10 Drama Korea Paling Best Tahun 2021


Sepanjang tahun 2021, banyak drama korea yang best dan menarik untuk ditonton. plot dan jalan cerita juga mempunyai variasi menarik dari kisah cinta sehinggalah fantasi dan thriller. Antara drama korea yang paling popular untuk tahun ini adalah Squid Game, Vincenzo, Mr Queen dan banyak lagi.

Sejujurnya aku pun tak sempat nak follow semua drama yang ada tapi tetap juga nak kongsi di sini antara drama korea yang sempat ditonton dan menjadi pilihan aku untuk tahun 2021. carta di bawah bukan based on rating tapi random letak mana yang ingat.

10 Drama Korea Paling Best Tahun 2021


1. Taxi Driver


Pelakon : Lee Je Hoon, Esom, Kim Eui Song, Pyo Ye Jin
Genre : Action, Thriller, Mystery
Episode : 16 
Network : SBS/VIU/Netflix

Taxi Driver mengisahkan Kim Do Gi yang menjadi pemandu Rainbow Taxi Deluxe yang sebenarnya sebuah organisasi rahsia ditubuhkan oleh Jang Sung Chul untuk membantu membalas dendam bagi pihak client mereka yang terdiri daripada golongan lemah dan teraniaya.

Review Drama : Taxi Driver


2. Hospital Playlist 2


Pelakon : Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho, Yoo Yeon Seok, Kim Dae Myung, Jeon Mi Do
Genre : Friendship, Romance, Life, Medical
Episode : 12
Network : TVN/Netflix

Hospital Playlist mengisahkan lima orang kawan baik yang bekerja sebagai doktor pakar di hospital yang sama. berbeza dengan drama medik yang lain, jalan cerita Hospital Playlist lebih memberi fokus kepada kehidupan doktor di hospital dan juga hubungan antara doktor dan juga pesakit.

Review Drama : Hospital Playlist 2


3. Hometown Cha-Cha-Cha


Pelakon : Kim Seon Ho, Shin Min Ah
Genre : Comedy, Romance, Life, Drama
Episode : 16
Network : TVN/Netflix

mengisahkan seorang doktor gigi bernama Yoon Hye Jin yang membuat keputusan untuk membuka klinik di sebuah pekan kecil dan kemudiannya bertemu dan jatuh cinta dengan Chief Hong yang popular dalam kalangan penduduk di situ.

Review Drama : Hometown Cha-Cha-Cha


4. D.P


Pelakon : Jung Hae In, Koo Kyo Hwan, Kim Sung Kyun
Genre : Action, Military, Comedy
Episode : 6
Network : Netflix

D.P mengisahkan Ahn Jun Ho yang menjalani khidmat tentera dan kemudiannya mendapat tawaran untuk menyertai pasukan D.P (Deserter Pursuit) iaitu satu pasukan khas yang mencari anggota tentera yang melarikan diri dari kem ketika masih dalam tempoh perkhidmatan.

Review Drama : D.P.


5. Move To Heaven


Pelakon : Tang Jung Sang, Lee Je Hoon, Hong Seung Hee, Jin Ji Hee
Genre : Life, Family
Episode : 10
Network : Netflix

Move to Heaven sebuah syarikat kecil yg diuruskan oleh Han Jung Woo dan anaknya Han Geun Ru yang menyediakan perkhidmatan trauma cleaner iaitu membersih dan menguruskan barang-barang orang yg sudah meninggal dunia.

Review Drama : Move To Heaven


6. The Red Sleeve


Pelakon : Lee Jun Ho, Lee Se Young
Genre : Historical, Romance, Melodrama
Episode : 16
Network : MBC/VIU

The Red Sleeve mengisahkan Yi San yang ditabalkan sebagai putera mahkota, menggantikan bapanya yang dihukum bunuh oleh datuknya, King Yeongjo. Yi San kemudianya jatuh cinta dengan seorang court maid yang bernama Sung Deok Mi.

Review Drama : The Red Sleeve


7. Sisyphus: The Myth


Pelakon : Cho Seung Woo, Park Shin Hye
Genre : Action, Thriller, Mystery, Sci-Fi
Episode : 16
Network : JTBC/Netflix

Sisyphus: The Myth mengisahkan Kang Seo Hae yang menaiki mesin masa dan kembali ke tahun 2020 dalam misi untuk menyelamatkan korea daripada perang nuklear dan melindungi Han Tae Sul.

Review Drama : Sisyphus: The Myth


8. Beyond Evil


Pelakon : Shim Ha Kyun, Yeo Jin Goo
Genre : Thriller, Mystery, Psychological
Episod : 16
Network : JTBC/Netflix/VIU

Beyond Evil mengisahkan Han Joo Won yg berpindah ke balai polis di sebuah pekan kecil di Manyang dan bekerjasama dengan Lee Dong Shik. dalam masa yang sama berlaku satu kes kehilangan gadis sama seperti kes yang berlaku 20 tahun yang lalu di pekan tersebut. Han Joo Won cuba merungkai misteri di sebalik kes tersebut dan menjejak penjenayah sebenar.

Review Drama : Beyond Evil


9. Chimera


Pelakon : Park Hae Soo, Kim Su Hyun, Lee Hee Joon
Genre : Thriller, Mystery
Episode : 16
Network : OCN/VIU

Chimera mengisahkan Detektif Cha Jae Hwan yang menyiasat satu siri kes pembunuhan yang mana pembunuh menggunakan bahan kimia tertentu dalam menghasilkan letupan. Cha Jae Hwan bekerjasama dengan Profiler Eugene dan Lee Joo Hyeop untuk menyelesaikan kes tersebut dan mereka mendapat modus operasi jenayah sama dengan kes Chimera yang berlaku pada tahun 1984.

Review Drama : Chimera


10. Bulgasal: The Immortal Souls


Pelakon : Lee Jin Wook, Kwon Na Ra, Gong Seung Yeon, Lee Joon
Genre : Thriller, Fantasy, Supernatural
Episode : 16
Network : TVN/Netflix

mengisahkan Hwal yang hidup selama 600 tahun untuk memburu seorang wanita dalam setiap kelahiran demi membalas dendam kerana telah menyebabkan dirinya bertukar menjadi Bulgasal.



Apa pula drama favourite korang?

Post a Comment

11 Comments

  1. Berjaya tengok DP je sampai habis. Yang lain semua halfway. Hahaha

    ReplyDelete
  2. semalam baru start layan chimera. amazed dengan modus operandi dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenayah dia memang di luar kotak sebab tu suka drama ni..haha

      Delete
  3. 3, 6 dengan no 7 je belum tengok lagi.. Yang lain tu memang best..

    ReplyDelete
  4. Move To Heaven macam best je.. nak cari la kat Netflix nanti :)

    ...

    ReplyDelete
  5. semua pun best.... cuma x sempt lagi tgk red leeve :D

    ReplyDelete