Review Drama Korea | Chimera (2021)


Title : Chimera
Director : Kim Do Hoon
Screenwriter : Lee Jin Mae
Network : OCN
Aired : 30 October 2021-19 December 2021
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Park Hae Soo, Kim Su Hyun, Lee Hee Joon, Cha Joo Young, Nam Ki Ae, Heo Jun Seok, Kwon Hyuk Hyun, Woo Hyun, Lee Gi Young, Kim Ho Jung, Kang Shin II


Chimera bermula apabila berlaku satu kes letupan kereta yang membunuh seorang penumpang, Detektif Cha Jae Hwan buntu apabila tidak menemui gasoline atau bahan lain yang menyebabkan letupan tersebut lalu meminta bantuan daripada Profiler FBI Eugene Hathaway (Kim Su Hyun) yang bertugas di korea dalam tempoh setahun untuk membantunya.

selepas Cha Jae Hwan secara tak sengaja masuk perangkap pembunuh, mereka dapat kesan yang gas oksigen digunakan dalam menghasilkan letupan tersebut. kes pembunuhan kedua pula pembunuh menggunakan air yang mana terdapat bahan kimia yang boleh menghasilkan api apabila bertindakbalas dengan air.

persamaan antara dua kes ini ialah pembunuh meninggalkan pemetik api yang mempunyai lambang Chimera iaitu satu makhluk dalam greek mythology.


selepas disiasat, kedua kes ini sama dengan kes Chimera yang berlaku pada tahun 1984 tapi pesalah tersebut iaitu Lee Sang Woo telah ditangkap dan membunuh diri ketika berada dalam tahanan polis. Cha Jae Hwan dan Eugene cuba merungkai misteri kes tersebut dan mencari apa kaitan antara Chimera kes yang berlaku pada 1984 dan 2019.

lagi mereka gali kes lama lagi complicated dan banyak benda tak kena dengan kronologi mayat Lee Sang Woo ditemui. Mereka syak yang Lee Sang Woo bukan pembunuh sebenar. persoalannya siapakah Chimera sebenar dan adakah kes yang berlaku pada 2019 dari orang yang sama?


Han Joo Seok yang merupakan kapten pasukan Cha Jae Hwan, pernah terlibat dengan kes Chimera 1984 tapi cuba menyembunyikan fakta tersebut dan memberitahu Chief Bae Sung Kwan sebab risau Chimera telah kembali tapi Chief Bae suruh tutup segera kes tersebut.

sebabnya benda tu macam sejarah hitam Chief Bae kerana dia juga terlibat dalam kes Chimera 1984. dan telah menyebabkan suspek mati ketika disoal siasat dan cuba cover kematian tersebut. kalau kes tersebut dibuka semula akan menjadi masalah besar kepada pihak polis.


Lee Joo Hyeop adalah doktor pakar bedah dan kembali ke korea untuk menyiasat kes Chimera. walaupun Cha Jae Hwan tidak tahu motif sebenar Lee Joo Hyeop tapi dia mula bekerjasama dengan Lee Joo Hyeop untuk merungkai misteri di sebalik kes Chimera.

dalam masa yang sama Kim Hyo Kyung (Cha Joo Young) yang merupakan wartawan di sebuah stesen penyiaran turut berminat untuk mendedahkan identiti Chimera yang sebenar.

apa yang berlaku pada 1984 adalah disebabkan ketamakan manusia sehingga mengorbankan nyawa yang tak bersalah. bila Cha Jae Hwan dan Lee Joo Hyeop semakin hampir mendapat jawapan, nyawa mereka pula terancam bahaya kerana individu yang terlibat 35 tahun lepas kini telah menjadi orang berpengaruh.


drama Chimera bergenrekan misteri dan penyiasat, plot dan jalan ceritanya disusun kemas dan smooth, plot twist juga sangat menarik. ada dua misteri yang cuba diselesaikan iaitu misteri di sebalik kematian Lee Sang Woo yang menjadi suspek kes 35 tahun yang lalu dan juga kes pembunuhan yang berlaku.

modus jenayah dalam Chimera juga sangat menarik sebab pembunuhnya pakar dalam bidang kimia jadi kes pembunuhan yang berlaku agak unik. selain itu ada juga individu yang merasakan kes chimera sangat menarik dan cuba meniru sebagai modus mereka untuk membalas dendam. 


aku rasa panjang juga nak habiskan bila ada sampai 16 episod tapi tak boleh nak skip sebab takut terlepas klu. dari awal memang tak boleh nak teka langsung pembunuh dia, bila pengarah bagi klu agak mengejutkan tapi plot twist dia lagi menarik.

drama Chimera start shooting pada tahun 2019 tapi sayang terpaksa peram sampai dua tahun sebab ada kontroversi dengan krew produksi. overall jalan ceritanya sangat menarik, kalau suka drama misteri dan penyiasatan bolehlah menonton Chimera.

Post a Comment

2 Comments

  1. slalu nampak lalu lalang drama ni kat viu tapi blm tergerak nak tgk... dah baca sinopsis ni mcm menarik plak sbb suka citer penyiasatan camni hehehe.. ok bole layan ar pasni :D

    ReplyDelete