Leftenan Sirena by Rey Amane | Review Novel

Leftenan Sirena by Rey Amane | Review Novel

Tajuk : Leftenan Sirena
Penulis : Rey Amane
Mukasurat : 600
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Jun 2026

Mengisahkan Leftenan Reen Areeth, callsign Sirena yang terpilih mengetuai Marlin, pasukan khas penyelam wanita dan ini membawa kepada pertemuan dengan Komander Ateeq Neer yang mengemudi kapal selam KD Laksana. 

Dari pertemuan pertama. Reen ni tak berapa suka dengan Neer pastu baru dia tahu yang Neer ni kawan baik abang dia, orang yang sama dia perdajal letak gam kat kerusi masa zaman sekolah dulu. Mereka selalu berjumpa bila ada operasi khas yang melibatkan pasukan Marlin dan kapal selam KD Laksana.

Konflik dalam novel ni menarik juga bila melibatkan pengkhianatan yang dilakukan oleh orang dalam tentera sendiri yang memberi kesan pada pasukan Reen dan juga Neer. maybe tak closure sangat watak sampingan yang lain so part ni macam hambar sikit sebab tak boleh nak agak siapa villain yang sebenar.

aku dah pernah baca karya penulis sebelum bertajuk Kapten Jane, memang menarik gaya penulisan dia dan buku kali ni pun best untuk dibaca. Part percintaan Neer dan Reen bagi aku sangat kelakar sebab banyak sangat benda random antara pasangan ni yang akhirnya membawa kepada perkahwinan.

Reen tak suka Neer sebab dia rasa Neer macam annoying tapi waktu malam Mess Night, boleh pula dia menyamar jadi tunang Neer sebab dia rasa menyampah dengan Nafisa (bekas kekasih Neer) yang tuduh Neer still tak move on sebab sampai sekarang tak kahwin-kahwin. Reen ni ingat benda tu habis malam tu tapi dia tak sangka kisah Nafisa dan Neer famous satu markas so bila dia jump into the scene terus jadi nama dia jadi gosip terhangat kat markas tu, tak pasal kena berlakon jadi tunang Neer buat sementara waktu.

Nak dijadikan cerita, bapa Reen nak Reen kahwin dengan calon menantu pilihan mereka tapi Reen tak setuju sebab dia nak stay kat Sabah sebab dia sayangkan pasukan dia dan ada misi rahsia yang dia mahu lakukan tanpa pengetahuan ibu bapanya so Reen terus ajak Neer kahwin.

So lepas kahwin, walaupun duduk satu rumah mereka jarang berjumpa sebab Neer bila pergi operasi berbulan-bulan baru nak balik. tapi satu yang suka pasal Neer, dia seorang lelaki dan suami yang bertanggungjawab. so ada lah konflik yang berlaku antara mereka sampai satu tahap baru Neer sedar yang dia sebenarnya dah lama jatuh cinta sayang dengan Reen.

aku suka dengan watak Reen ni sebab dia komited dan tegas dengan kerja dia tapi bila lepas waktu kerja jenis masuk air sikit. yang tak suka, Reen ni jenis degil dan suka berahsia daripada Neer, bila Neer dapat tahu tentang Pulingan dan misi peribadi dia, Neer tegur sebab takut benda tu akan bagi kesan pada kerjaya tapi Reen pula merentan nak marah. dia punya degil tu adoyai hurmm nasiblah suami tu jenis penyabar.

Buku ni banyak fokus pada kerjaya Reen dan Neer so part cinta tu macam tak banyak tapi fahamlah sebab masing-masing pun dengan kerja mereka yang kena berkhidmat pada negara. tapi overall, sis enjoy baca buku ni


Leftenan Reen Areeth Mansor, call sign Sirena, adalah antara tulang belakang unit elit Marlin-FED, pasukan yang bergerak sebagai pelapis penyelam wanita dalam tentera laut. Misi mereka adalah untuk menyelamat dan memastikan setiap ancaman di laut disenyapkan sebelum sempat timbul ke permukaan.

“Pedelaan miring (lelaki gila)…”

“Sorry? Did you just curse at me?”

Pertemuan pertama yang tidak begitu baik. Leftenan Reen harus bekerjasama dengan Komander Ateeq Neer, pegawai kapal selam yang agak dingin dan berprinsip teguh. Entah bagaimana, perlahan-lahan kedinginan itu mula bertukar hangat. Cukup hangat untuk Komander Neer berikan lawak tidak kelakarnya khas hanya untuk Leftenan Reen.

Macam orang tua. - Reen

Dah memang aku tua. Tua-tua berisi makin tua makin menjadi. - Neer

Tolonglah jangan buat lawak pak cik-pak cik. – Reen

Haa, kalau kau dah start dapat dad jokes daripada aku, tu bermaksud aku dah selesa nak borak dengan kau.- Neer

Tetapi yang manis-manis di dalam hidup mereka selalunya hanya sekadar singgah. Segalanya berubah apabila Reen menemui sesuatu yang tidak sepatutnya…

Kini, ada ancaman dan bahaya yang lebih menjadi fokus teratas. Ancaman yang sudah sekian lama berakar, membuatkan Reen tersedar sesuatu. Musuh sebenar dia dan Marlin bukan sekadar bahaya di laut.

Kehilangan demi kehilangan menguji ketahanan mentalnya, termasuk tragedi yang meragut nyawa rakan seperjuangan dan insiden kapal selam KD Laksana yang mengorbankan kru termasuk Neer.

Mampukah Sang Sirena berenang hingga ke Jurang Mariana mencari kebenaran buat seseorang yang mula mendiami hatinya?

A navy diver doesn’t seek the safe waters. They go where someone’s last hope is waiting…

Post a Comment

0 Comments