Review Drama | Projek Anchor SPM (Astro Citra)

Drama : Projek Anchor SPM
Produksi : Alpha 47
Pengarah : Razaisyam Rasyid, Anwari Ashraf
Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Khor Tai Yieng
Siaran : Astro Citra
Mula Tayangan : 15 Mac 2021
Episod : 8
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman Ramlee, Tony Eusoff

Sinopsis Drama Projek Anchor SPM

Projek Anchor SPM mengisahkan sekumpulan pelajar Sekolah Tengku Anuar Isa (STIA) di Cameron Highland, sebuah sekolah berasmara penuh berprestij yg bakal menduduki peperisaan SPM pada tahun 2003.

Aidaa (Daiyan Trisha) pelajar cemerlang dalam batch dia tapi semua itu tak dapat pujian dari bapanya. bagi Zubir (Tony Eusoff), Aida masih lagi gagal kalau tak dapat bantu adiknya, Jaja (Shasha Abedul) untuk sama-sama dapat keputusan cemerlang.

perkara ini sedikit sebanyak bagi tekanan pada Aidaa untuk jadi pelajar cemerlang pada masa yg sama kena bantu juga pelajaran Jaja.

Aizat pula pemain terbaik pasukan ragbi sekolah tapi jauh ketinggalan dalam akademik. suatu hari, Aizat kantoi curi keluar dari asrama dan hampir dibuang sekolah.

Pengetua Awang (Adlin Aman Ramlee) bagi satu lagi peluang akhir pada Aizat iaitu Aizat kena pastikan pasukan ragbi sekolah menang pada kejohanan akan datang dan skor 8A dalam trial SPM.

Aidaa dan Jaja sebenarnya adik beradik tiri, satu bapa lain emak. Jaja mempunyai personaliti yg ceria dan mempunyai ramai kawan manakala Aidaa lebih suka menyendiri dan fokus pada pelajaran. walaupun begitu, hubungan mereka sangat rapat.

teruk Aidaa dibuli gara-gara tak sengaja sebabkan pasukan ragbi kalah, Jaja yg bengang cuba backup Aidaa. oleh kerana hal tersebut Aidaa terharu lalu setuju dengan idea Jaja untuk beri jawapan dalam trial spm menggunakan bahasa isyarat.


Aizat terdesak untuk dapat 8A dalam trial selepas pasukan ragbi kalah untuk mengelak dirinya daripada dibuang sekolah. dengan baki peperiksaan yg tinggal beberapa hari lagi memang tak sempat nak belajar kebetulan ada kawannya offer soalan bocor tapi waktu exam lain pula soalan yg dapat.

Aizat makin panik dalam dewan, waktu itu juga dia perasaan Aidaa bagi jawapan pada Jaja menggunakan bahasa isyarat. secara tak langsung Aizat dapat meniru jawapan Aidaa.

masalahnya tempat duduk mereka dirombak dalam peperiksaan sebenar, Aizat risau bila tempat duduk dia jauh daripada Aidaa. so Aizat cuba berunding dengan Aidaa untuk membantunya. apa jawapan Aidaa kenalah tunggu episode seterusnya.

Review Drama Projek Anchor SPM

percubaan Razaisyam Rasyid mengarah drama remaja patut diberi pujian. kalau tengok filem dia pun dah rasa best sebab cinematography dan muzik latar yg mantap, bila buat drama begini lagilah semangat nak menonton drama melayu, harapnya jalan cerita makin menarik pada episod seterusnya.

Projek Anchor SPM berlatarkan tahun 2003, dapatlah tengok balik props yg ada pada zaman tu macam gajet lama nokia 3310, zaman kad topup dan banyak lagilah.

Projek Anchor SPM banyak fokus pada persahabatan macam watak Jaja, Botol (Chubb-E) dan Helmi (Nadhir Nasar). moto Helmi, budak STIA kena setia pada kawan sebab tu walaupun jadi ketua pelajar sebenarnya Helmi banyak backup kawan-kawannya daripada dimarahi Pak Awang dan warden asrama. 

apa yg berlaku pada Aizat dan Aidaa pun sebenarnya tekanan yg mereka dapat daripada orang dewasa seperti Zubir dan Pak Awang. nak tahu apa lagi yg Aizat plan kenalah tonton drama Projek Anchor SPM.

Post a Comment

33 Comments

  1. suka drama budak2 sekolah...selalu tngok drama china & korea, nak tengok Malaysian made pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan..dah lama drama melayu tak produce cite remaja macam ni.

      Delete
  2. Tak berkesempatan lagi tengok drama ni. Tengok dari review ni macam best pulak.

    ReplyDelete
  3. Banyak cerita baru dan ramai juga pelakon baru..

    ReplyDelete
  4. Seen this review before and indeed it was a fresh breath of air for our local drama scene. Would want to watch this personally as it is themed around shchool-going youths. Must be really interesting.

    ReplyDelete
  5. Ini tentang zaman persekolahan, kisah dengan teman2 sekolah kan?. Macam oh my english juga cuma ini bukan cerita komedi.

    ReplyDelete
  6. Selalu tengok iklan drama nie di Astro. Tapi x pernah lagi tengok drama dia. Nampak fun juga drama nie ek.

    ReplyDelete
  7. I can not wait to marathon this series, kalau nak follow weekly dekat tv mmg tak mampu... i need all one series together.. mohon one day masuk netflix :)

    ReplyDelete
  8. Pergh, ingatkan cerita K-drama tadi sebab poster tak macam filem kita. Bangga lah kita dah boleh hasilkan filem berkualiti macam ni.

    ReplyDelete
  9. Camera dan warna drama ni nampak macam mahal la kan? Rasa macam tengah tengok movie sambil mengimbau zaman SPM kita dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem dari razaiyam memang cantik, bila buat drama dengan story yg macam ni nampak ada kelainan dalam drama melayu :)

      Delete
  10. suka tengok cerita pasal sekolah. ala2 cerita korea. cerita ni pun macam best je

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi tengok drama ni tapi anak suka tengok. Dia siap rekod cuma sbg ibu tak pernah nak tgk dgn dia. Mmg puji pengarah ni garap cerita sbbnya style mcm k-drama.

    ReplyDelete
  12. menarik gak storyline cerita ni. rasa macam nak tengok juga lah. bagus lah produksi kat malaysia makin kreatif buat drama

    ReplyDelete
  13. Wah, ramai pelakon baru ya sekarang. Yg saya kenal dalam barisan pelakon ni cuma Tony Eusoff dan Adlin Aman Ramlee je.

    ReplyDelete
  14. Ooo Astro Citra yaa.. rumah dah takde astro so lama tak tengok darama mereka.. nanti boleh tengok online ni, macam best pulak kalau drama sekolah gini..

    ReplyDelete
  15. Pengarah muda. Masih boleh pergi lebih jauh lagi. Jakan cerita agak.menarik

    ReplyDelete
  16. Menarik2! Boleh tengok juga ye filem ni, but sure buat me rindu zaman persekolahan dulu2 dan zaman uni...

    ReplyDelete
  17. Ehhh baru tahu ada drama camni. Suka drama pelajar sekolah camni. Rasa memori zaman persekolah muncul satu persatu. Selalu tengok drama Korea dan Thai je. Hehehe. Nanti nak tengok. Tq share.

    ReplyDelete
  18. Macam menarik plak bila baca plot yang shared kat atas. Mana la diorang dapat props 2003 tu ye? Hehe

    ReplyDelete
  19. Cantikla dia punya gambar. Menarikla dia punya storyline. Suka citer gini

    ReplyDelete
  20. Jarang ada drama tentang remaja sekolah, bagus jgk jln cerita dia, klu tgk K_Drama mereka lbh suka buat dram2 remeja di sekolah, mybe drama begini dpt ranting tinggi

    ReplyDelete
  21. Ada tengok satu filem macam ni jugaklah lebih kurang jalan ceritanya. Tapi tak ingat apa tajuknya. Tapi walaupun lebih kurang sama mesti ada kelainan juga kan . Nanti nak tengok jugaklah sebab suka jugak cerita2 pasal student macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang konsep dia sama tapi jalan ceritanya berbeza :)

      Delete
  22. tak tengok lagi. sbb sy kena hilangkan tanggapan drama ni dr filem Bad Genius hahahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita dia tak sama pun dgn bad genius. try la tengok dulu :)

      Delete
  23. selalu tengok iklan kat tv memang nampak pun macam best tapi tak sempat nak tengok lagi

    ReplyDelete
  24. First impression cite ini ialah drama yang menggunakan guna konsep sama seperti skop jalan cerita filem Bad Genius tapi olahan cerita rasa agak berbeza dan ia disesuaikan dengan budaya tempatan. Jalan cerita seperti drama ini adalah sesuatu yg rare kat Malaysia. Walaupun ia pasti akan dibanding dengan filem Thailand Bad Genius tapi at least drama Malaysia sudah mula variasi dan hope one day drama kita boleh lawan drama Korea, Jepun dan Thailand. hihi. Nice info kak. hihi

    ReplyDelete
  25. laa citer malaysia rupanya tengok poster ingat cerita thai.. mmg kelas

    ReplyDelete
  26. Drama budak skeolah.. mengimbas kenangan nie..

    ReplyDelete