Movie Review | 18 Puasa Di Kampong Pisang (2021)


Tajuk : 18 Puasa Di Kampong Pisang
Produksi : Enjit-Enjit Semut Motion Pictures
Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip : Mamat Khalid, Nelly Nasir, Nazeed Mahat
Siaran : Astro First
Tayangan : 15 April 2021
Durasi : 1 jam 35 minit
Pelakon : Bell Ngasri, Aziz M Osman, Kazar Saidi, Mat London, Namron, Siti Elizad, Dewa Sapri, Joey Daud, Afea Deanna, Yeop Hitler Zami, Rashid Othman, Ustaz Kazim, Rani Kulup

belum ada kesempatan lagi nak tengok 16 Puasa dan 17 Puasa, bila keluar movie terbaru Mamat Khalid terus subscribe sebab ternampak Ustaz Kazim dalam trailer 18 Puasa Di Kampong Pisang.

sebut Kampung Pisang mesti tahu banyak perkara mistik dan misteri yg melanda dan bila bergabung dengan 18 Puasa, apa pula yg terjadi pada bangsa Kampung Pisang?



masuk hari ke-18 puasa, Barkoba (Bell Ngasri) teringin nak berkongsi rezeki dengan masyarakat. kongsi rezeki tu tak salah yg salah bila belanja orang kampung makan di siang hari waktu bulan ramadan yg mulia. betul-betul buat hal si Barkoba ni.

Yah Kucai geram bila Barkoba tak nak belanja dia makan terus pergi report pada Ustaz Kazim. lepas kena serbu dengan Ustaz Kazim pun Barkoba tak serik malah makin gigih cari jalan untuk supply makanan pada mereka yg memerlukan.



Sampailah suatu hari, Barkoba terjumpa dengan Tyson (Namron). mungkin movie ni diinspirasi dari filem korea Along With The Gods, satu persatu kejahatan yg dilakukan Barkoba sepanjang hidupnya ditayang semula di hadapan Barkoba.

apa yg terjadi sampai si Barkoba boleh terjumpa dengan ketua setan ni? nak tahu kenalah tengok sendiri filem 18 Puasa Di Kampong Pisang.

watak-watak dalam movie ni sama saja macam drama Kampung Pisang bersiri, peranan Namron tu mantap. Ustaz Kazim sebagai cameo sangat best cuma lagi dua orang cameo tu macam kurang menyengat.



selalunya filem arahan Mamat Khalid jarang mengecewakan, first half pecah perut tengok perangai masing-masing yg gigih tak nak puasa, dialog semua watak pun best dan kelakar dengan lawak yg diselitkan juga sindiran isu semasa yg ada sekarang.

masuk second half, mood komedi slow sikit sebab part ni lebih fokus pada mesej tersurat tentang isu agama seperti puasa, zakat dan kepentingan baitulmal. rasa macam kelakar juga bila Barkoba kena tarbiah dengan si setan ni, masalah sekarang siapa yg jahat sebenarnya..haha

kalau korang peminat filem Mamat Khalid wajiblah layan 18 Puasa Di Kampong Pisang, sangat berbaloi, untuk menonton boleh melanggan di Astro First saluran 408 mulai 15 April 2021.

Post a Comment

27 Comments

  1. Mesti ramai dah tengok semalam ni. Semua watak sangat function :)

    ReplyDelete
  2. Adoi.. baca review Tiara je dah bet.. nak kena tengok juga nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni lagi best dari drama bersiri dia kak sha. wajib tengok 👍

      Delete
  3. Movie Mamat Khalid ni mesti kelakar. Pernah menonton Kampung Pisang bersiri-siri tu. Kelakar sangat. Pasti nak menonton yang ni jugak.

    ReplyDelete
  4. Ini yang paling akak nak tengok bulan puasa ni. 16 dan 17 Puasa pun kalau ulang tengok memang asyik gelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada dalam list tapi tak ada masa lagi nak layan 16 dan 17 puasa. kalau akak cakap best memang kena tengok juga ni..haha

      Delete
  5. Wahhh karya Mamat Khalid ke. Mesti menarik ni. Ramai kata best ni.

    ReplyDelete
  6. ohhh movie ke khai igtkan drama series. nampak viral kat twitter. boleh la tgok macam kelakar and best je. hahha

    ReplyDelete
  7. Kena tengok ni. Mesti kelakar abis. Lama dh nantikan karya mamat khalid.

    ReplyDelete
  8. Nie kira hasil tangan terbaru Mamat Khalid la ye. Kira movie lawak la kan? Boleh nak rekomen kat my friends la nie.

    ReplyDelete
  9. yak yak yee.. haha baru smlm i tgk meletop diorg promote this

    ReplyDelete
  10. i belum tengok lagi.. tak sempat lah nak layan movie ni... tapi ramai kata best dan kelakar teruk ni lah nak layan juga takot ketinggalan pula...

    ReplyDelete
  11. Barisan pelakon semua otai kuat buat lawak ni. Nak tengok lah nanti. Hehehee. Astro First sekarang best pula kerap cerita best mereka tayang.

    ReplyDelete
  12. Belum layan lagi ni. Baru keluar mesti ramai dah tengok. So far cerita Mamat Khalid tak pernah tak best

    ReplyDelete
  13. Alolo xde rezeki tgk movie yg satu ni

    ReplyDelete
  14. 16 puasa je sis dah tengok. Tiap2 raya mesti ada cerita ni kan. Hehe. Boleh tgk 18 puasa di kg pisang ni pula nanti.

    ReplyDelete
  15. wahh nak tengok tapi takde astro kat umah bujang iena haha..okay nanti nak pergi rumah adek la boleh tengok :D

    ReplyDelete
  16. Wah ada nomron.. suka dengan cara dia berlakon bersahaja dan mantap

    ReplyDelete
  17. Astro ke? Nanti nak bukak tvBox tu, ada ke takde, kalau youtube dah masuk boleh gak tengok ni hehehe.. sebab lama uii tak tengok drama..

    ReplyDelete
  18. Hahahaha, kulit orang tak bayar zakat dan puasa :) Aduiii.. auchhh betul hahaha.. macam menarik jer ni.. dibarisi pelakon hebat2 lak tue..

    ReplyDelete
  19. such a unique movie there. can watch with the whole family and enjoy together

    ReplyDelete
  20. Kalau dr mamat khalid mmg terbaik 👍

    ReplyDelete
  21. Ramai review kata best belum tgk lagi

    ReplyDelete
  22. alaaaaa....tak tengok lagi!!😂

    ReplyDelete
  23. I olls lah itu peminat mamat Khalid. Ok nanti nak tengok

    ReplyDelete