Drama Thailand | Bad Genius The Series (2020)


Title : Bad Genius The Series
Director : Pat Boonnitipat
Network : GMM One
Aired : 3 August 2020
Episodes : 12
Duration : 55 minutes
Genres : School Drama, Thriller, Chrime
Cast : June Plearnpichaya, Jaonaay Jinjett, Nana Sawanya, Ice Paris

Movie Bad Genius ditayang pada 2017, aku memang plan nak tengok tapi sampai ke sudah tak tengok. bila ternampak dah keluar siri terus layan yg versi drama ni.


Bad Genius mengisahkan Lyn seorang pelajar genius, mendapat biasiswa untuk sambung belajar ke sekolah terbaik di Bangkok. Lyn berkawan baik dengan Grace yg mempunyai impian untuk masuk ke kelab drama.

Grace terpaksa melupakan impiannya kerana peraturan baru menetapkan hanya pelajar gred yg tinggi sahaja boleh join aktiviti kelab. Lyn menawar diri untuk mengajar Grace.

sewaktu peperiksaan, Lyn perasaan soalan matematik sebiji macam soalan dia tengok kat library. so Lyn tak hairan pelajar yg masuk kelas tuisyen cikgu Sophon boleh score tinggi kalau cikgu tu sendiri yg bocorkan soalan exam. Lyn nekad bagi Grace tiru jawapan dia dalam exam dan Grace lulus.


walaupun belajar di sekolah mahal, Lyn tak payah fikir pasal yuran sebab dia ada biasiswa tapi Lyn pelik tengok ayah dia makin busy dan siap berhutang lagi.

kemudian Lyn dapat tahu yg biasiswa yg dia dapat cuma separuh sebab terpaksa kongsi dengan pelajar lain. Lyn tak puas hati bila tahu ayahnya terpaksa bayar duit kopi yg tinggi kepada pengetua.

bermula dari situ Lyn fikir kalau sekolah boleh menipu pelajar why not diorang tipu balik. so Lyn mula buat bisnes menipu bagi jawapan waktu exam.


mula-mula client Lyn cuma Pat (boyfriend Grace) sahaja. bila Lyn perlukan duit lebih untuk bayar yuran semester hadapan, Lyn minta Pat cari lebih ramai client.

bila makin ramai yg join, Lyn kena fikir cara yg lebih kreatif daripada guna pemadam lepas tu guna teknik jari. bila budak kelas sebelah pun join sekaki, Lyn kena fikir cara lain pula nak bagi jawapan pada semua client dia waktu exam tu yg penting tak ditangkap cikgu.


Bank adalah pelajar yg terpaksa berkongsi biasiswa dengan Lyn. Bank memang perlukan biasiswa sebab keluarga dia miskin dan mak dia pun tak berapa sihat. Bank start rapat dengan Lyn bila Lyn give up dan bagi full biasiswa padanya tapi Bank tak tahu yg Lyn buat bisnes haram dalam sekolah.

sampailah Bank tertangkap Lyn bagi jawapan memang Bank tak boleh nak terima cara Lyn, kenapa sampai nak menipu untuk cari duit.


time tengok drama ni aku ada juga tengok sikit movie dia sebab nak tahu ending. sebenarnya jalan cerita sama je tapi dah tentu dalam siri lebih drama sikit tapi ending dia tak tergantung macam dalam movie, ada sambungan lagi lepas mereka gagal dalam exam STIC (SAT) tu, Bank pula ajak mereka curi kertas exam.

eh dah kenapa tetiba Bank join sekaki pula? itu memang kena tengok sebab macam tak best pula cerita kat sini. owh ada plot twist juga di situ.

yg best dalam drama Bad Genius time diorang meniru tu, saspen giler kot lagi-lagi bila sampai mencuri kertas exam. aku pun tak faham kenapa budak-budak ni gigih giler nak menipu, kalau guna masa terluang tu belajar bersungguh-sungguh tak mustahil boleh lulus. tak tahulah kalau sistem sekolah ni guna standard tinggi sangat untuk pelajar lulus exam.


paling kesian dengan si Bank ni sebab dia pelajar cemerlang dan baik tapi at the end Bank yg paling teruk kena hukuman. sebab tu kalau korang nak buat jahat seriusly jangan ajak member paling baik kalau tidak jadi macam Bank.

suka dengan ending, walaupun Lyn dapat belajar balik tapi Lyn give up banyak benda yg jadi impian nya selama ini sebab menyampah dengan sistem yg ada. Lyn ajak Grace, Pat dan juga rancang masa depan mereka untuk mengubah sistem yg ada supaya tak ada orang yg corrupt lagi dalam sistem ini pada masa hadapan.

Post a Comment

33 Comments

  1. i baru download! u dah tgk dulu... haha tak adil hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak plan pun tengok, kebetulan terjumpa..haha

      Delete
    2. and i still tak tgk lagi ,terlalu bykkkk series in the list hahah

      Delete
  2. menariklah cerita dia..boleh layan ni..thanks review tiara!

    ReplyDelete
  3. mesti best. alahai rindunya zaman belajar dulu

    ReplyDelete
  4. eee mcm best pula !! saya nak tengok nii

    ReplyDelete
  5. Teringat masa kat sekolah dulu. Dapat masuk sekolah asrama penuh lepas PMR. Setahun belajar kat situ, baru tau rupa-rupanya kat sekolah tu semua murid yang nak exam berpakat dengan cikgu buat strategi untuk make sure student dapat result cemerlang dan nama sekolah sentiasa baik. Cikgu ajar tips untuk meniru dan lantik budak pandai jadi tukang kasi jawapan guna signage. Kami geng2 pelajar baru dari sekolah agama ni brainwash budak2 nak exam (time tu adik2 PMR), siap gaduh pulak budak2 baru dengan senior lama sekolah..aisey, rasanya boleh buat movie jugak kes kitorang ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer ni pun dari kisah benar juga. memang advance lah cikgu pun buat kerja tak bermoral macam ni..

      Delete
  6. pelakon thailand cantik2 dan hensem2 la

    ReplyDelete
  7. Cerita Thailand pun banyak best-best gak kan. Thanks for recommending this!

    ReplyDelete
  8. Akak dah tengok tahun sebelum ni filem ni. Hebat betul kan pelajar perempuan tu. Pastu mereka buat pensel tu akak rasa macam "huh got such thing ke?". Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kagum juga tengok level menipu diorang guna pensel tu..haha

      Delete
  9. baru tauuu ada version drama niiii rasa macam nak tengok tapi just nak tau plot twist and ending dia je sebenarnya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita dia lebih kurang sama je macam movie tapi dalam drama ada plot twist dan diorang plan mencuri kertas exam pula. lagi bertambah saspen..haha

      Delete
  10. Wah dia buat series pulak ye. Yg movie pun dh best dan kelakar.. Boleh la tgk nnt.

    ReplyDelete
  11. Tau drama ni. Best giler kata dia org tpi x sempat lgi nak tgk... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok yg movie je lah sebab pendek je. kalau series ni panjanglah sikit..hehe

      Delete
  12. Naim layan yang movie dulu. best juga di dalam mereka cara menipu dalam exam. belajar cord lagu huhu. Lepas ini nak layan yang siri pula. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab menipu bukan main kreatif, bab study malas. tak faham dengan budak2 ni..haha

      Delete
  13. weiiii nasihat tu tak boleh blahhh haha kesian Bank kena punishment paling berat. Ada nampak jugak series ni tapi tak sampai mood lagi nak layan sebab dah tahu jalan cerita dalam movie tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya boleh tengok siri ni sebab tak tengok lagi movie dia..haha

      Delete
  14. suka cite2 thailand best2. nanti nak cari amd tengok. thanks review

    ReplyDelete
  15. Wahh Bad Genius ada series dah... Filem/series Thailand ni tak pernah mengecewakan... malah semakin mendapat sambutan kan.. Nak tengok la series ni..

    ReplyDelete
  16. Ooo kalau cite Thai sekolah gini memang best layan.. nasib juga ada haa review gini, boleh kasi bookmark tajuk dan nanti free boleh tengok..sebab boasa cite Thai Sis ko melayan cite hantu dia je hahahahaha

    ReplyDelete
  17. Dari review macam best je drama ni. Tak pernah lagi melayan drama thailand.

    ReplyDelete
  18. Wow thanks for intro Bad Genius The Series Thai drama. Looks good to watch

    ReplyDelete
  19. wah dah ada cerita bersiri..menariknya...suka tgk movie dia sekarang dah ada siri haruslah nak tengok nanti

    ReplyDelete
  20. amboi nampak menariknya cerita ni. Cerita bersiri orang muda-muda ni dan dari Thai ni biasanya memang best.. hehe. tapi saya takde masa nak tengok

    ReplyDelete
  21. Baru tau ada drama. Pernah tgk sikit yg movie dia. Movie dah suspen drama mesti lg suspen. Nk tgk jgk la.

    ReplyDelete
  22. Didn't know now they made it into series. Have watched the movie version. Ok going to watch this now. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  23. tengok filem je.. drama ini nantilah dulu.. hehehe

    ReplyDelete