Kimse Bilmez mengisahkan Sevda (Ozgu Kaya) mempunyai impian untuk menjadi bintang terkenal tapi bapanya menghalang sebab nak kahwinkan dia dengan Uygar kerana terhutang budi.
Sevda tekad melarikan diri dari rumah bila bapanya menekan-nekan suruh dia kahwin sampai kurung dalam bilik. tapi satu persatu masalah muncul dalam hidup Sevda sampai dia terjumpa Ali seorang lelaki yang masa lalunya penuh dengan misteri.
Alkisah, Ilhan (ayah Sevda) hampir, dan Uygar seorang business datang untuk menawarkan bantuan kononya nak baik hati nak tolong bayar hutang tapi dia ni dah obsess giler dengan Sevda so dia cakap kat Ilhan, Sevda kena kahwin dengan dia baru hutang mereka setel.
Sevda berjaya melarikan diri tapi masalah lain timbul bila Sinan (adik Sevda) jadi runner dadah dah hilangkan barang dan mafia ni suruh bayar balik kalau tak nak kena bunuh. Demi menyelamatkan Sinan, Sevda tiada pilihan terpaksa pergi jumpa Uygar untuk pinjam duit tapi Uygar ni pula nak gatal nak ambil kesempatan nasiblah Sevda dapat lari dan pecah masuk rumah Ali untuk bersembunyi.
Ali (Keremcem) seorang yang low profile dan sangat dihormati oleh penduduk setempat sebab suka meolong orang. tapi Ali ni sebenarnya dulu ejen perisikan tapi berhenti sebab anaknya dibunuh.
Bila Sevda tiba-tiba muncul di rumahnya, Ali biarkan Sevda bersembunyi kat situ sebab tahu gadis tersebut dalam kesusahan. Namun akhirnya Uygar berjaya jumpa Sevda kat rumah Ali dan culik Sevda. Ali pula tidak berdiam diri dan pilih untuk pergi menyelamatkan Sevda walaupun dia baru je kenal Sevda.
Selepas kejadian tersebut, hubungan Ali dan Sevda semakin rapat dan saling jatuh cinta. tapi kisah cinta mereka bukan mudah sebab masa lalu Ali penuh rahsia yang bagi kesan pada hubungan mereka.
Pilot (Burak Serdar Sanal) pula ketua mafia. mula-mula aku tak suka sangat watak dia ni sebab jahat dan punca juga bagi adik Sevda benda terlarang tu. tapi makin lama makin suka pula dengan watak Pilot sebab dia ni samseng yang ada prinsip gitu.
Duygu pula crush dengan Ali dan mereka tinggal di kejiranan yang sama. Duygu tak suka Pilot dan rasa rimas bila Pilot muncul dan kacau hidup dia.
part paling kelakar, bila Pilot ni terjatuh cinta pandang pertama pada Duygu (Zeynep Elcin), pharmasict. kalau boleh tiap-tiap hari lah dia nak pergi lepak kat farmasi Duygu, itu belum dari mode samseng bertukar sopan bila terjumpa parent Duygu.
Pilot ni sebenarnya adik kandung Ali tapi mereka terpisah waktu kecil. Ali sedaya upaya guna kabel dia untuk jejak adik kandung dia tapi sampai sudah tak berjaya. Pilot juga berusaha cari abang kandung dia tapi tak berjaya.
tup-tup Uygar ni dapat tahu yang Pilot adik kandung Ali so dia guna Pilot untuk balas dendam Ali sebab nak rampas balik Sevda. serius cakap nyampah giler dengan watak Uygar ni, dah lah jahat bodoh pula tu. Ali ni boleh je bunuh dia tapi sebab pacik Uygar datang merayu so Ali lepaskan juga tapi itulah dia punya obsess sampai dah kena warning dengan Ali banyak kali pun still tak insaf juga.
Walaupun Uygar nampak kamceng dengan Pilot tapi Pilot pula jenis cerdik juga sebab dia buka membuta tuli ikut arahan Uygar. Walaupun Pilot tak suka Ali tapi dia bukan jenis yang suka-suka pergi serang kalau Ali tak kacau hal dia. so si Uygar guna juga Sinan yang jadi runner Pilot untuk mengucar kacirkan lagi hubungan Ali dengan Sevda dan juga Pilot.
aku terjumpa drama ni kat youtube, drama ni dah lama keluar tapi tak pernah perasan sebelum ni. apa yang aku boleh komen, plot dan jalan cerita dia agak menarik sebab banyak rahsia gitu so kita curious juga bila Ali dan Pilot nak tahu yang mereka ni sebenarnya adik beradik kandung. banyak lagi rahsia dan konflik menarik dalam drama ni.
tersangkut kejap tengok drama ni sebab hero dia hensem, cuci mata jap. pastu hero pula jenis green flag dan susah giler nak tengok Ali ni marah walaupun Sevda ni kadang macam annoying juga tapi memang smart habislah bila tengok part dia lawan.
aku sebenarnya lagi excited nak tengok kisah cinta Pilot dengan Duygu dari main couple sebab comel bila Pilot ni tengah angau dengan Duygu.









0 Comments