Badass Wife Ungku Jabbar by Mia Azwari | Review Novel

Badass Wife Ungku Jabbar by Mia Azwari | Review Novel

Tajuk : Badass Wife Ungku Jabbar
Penulis : Mia Azwari
Mukasurat : 357
Penerbit : HA Novels Publication
Terbitan : April 2024

beli buku ni gara-gara teracun dengan teaser di Tiktok, bila nak beli tu baru tahu diorang dah stop jual ebook dia sebab dah publish buku fizikal so inilah dia.

Badass Wife Ungku Jabbar mengisahkan Nilam yang mahu membalas dendam kepada Jabbar dan adiknya, Jiyad. padahal Nilam bercinta dengan Jiyad dan yang membuat onar merosakkan maruah dia adalah Jiyad tapi Nilam memaksa Jabbar untuk bertanggungjawab sebab Jabbar pernah menghinanya plus Jabbar terlebih sayangkan adiknya. 

Jabbar terpaksa bersetuju sebab tak nak reputasi keluarga mereka terjejas dan dalam masa yang sama juga dia nak bebaskan diri dari maksu dia yang tak habis suruh kahwin dengan anak maksu dia. klise sangatlah kahwin terpaksa tanpa cinta, mula-mula bergaduh kemudian terjatuh cinta. permulaan cerita, kesian juga dengan Nilam sebab mulut Jabbar ni kemain laser menghina dia. 

walaupun luarannya Nilam nampak kuat tapi sebenarnya dia menyimpan seribu luka. watak Jabbar ni seorang suami yang bertanggungjawab dan prihatin, dalam duk cari gaduh dengan Nilam tetap juga tak boleh tengok Nilam tersakiti so dia cuba protect Nilam dengan cara dia.

konflik bertambah menarik apabila satu persatu rahsia mula terbongkar, Jabbar mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada Nilam dan Jiyad. so at the end dia kena pilih untuk melindungi Nilam ataupun adiknya. overall kisah yang agak pain tapi menarik untuk bacaan santai.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ /5


Ungku Jabbar
Sejak bergelar anak yatim piatu, hidupnya berubah. Demi Jiyad, Jabbar sanggup korbankan segalanya. Dia perlu pastikan adik kesayangannya tidak berasa kurangnya kasih sayang tanpa dibesarkan oleh mama dan papa.

​Namun kemunculan seorang gadis di sisi Jiyad, buat Jabbar tak senang hati. Dia tahu gadis itu berniat jahat terhadap si adik.

​“Perempuan tu tak sekufu dengan kita. Dia tak layak. Kalau sekadar untuk suka-suka dan isi kekosongan masa Jiyad, along benarkan kamu berdua berkawan.”- Ungku Jabbar

​Itu kata muktamad Jabbar. Dia yakin dengan arahan itu Jiyad tak akan membantah. Tapi lain pula yang berlaku setelah Jiyad betul-betul tinggalkan gadis itu. Munculnya gadis itu buat hidup Jabbar menjadi huru hara.

​Bergelar suami kepada Nilam tidak semudah yang dijangka. Wanita itu kuat melawan dan sering mencabar kesabarannya. Setiap kali dia mahu mengenakan si isteri, dia pula yang terkena.

​Walaupun hampir setiap hari bergaduh, hati masing-masing sudah mula terusik. Sehinggalah Jabbar hampir rebah ke bumi saat menerima kenyataan sebenar. Munculnya Jiyad kembali menambahkan masalah dalam rumah tangga mereka.

​Jiyad terus mendesak untuk bersama kembali. Mana mungkin dia akur sedangkan hatinya sudah berubah sejak bergelar isteri Jabbar. Saat sekali lagi dia dihidangkan dengan pengkhianatan seseorang, Nilam tak mampu lagi hidup di sisi Jabbar.

Post a Comment

2 Comments