Mak Nak Peluk Boleh (TV3) | Review Telefilem

Mak Nak Peluk Boleh (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Mak Nak Peluk Boleh
Produksi  :Ansar Creative Media Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Azlina Din
Siaran : TV3
Tayangan : 4 Januari 2022
Pelakon : Nasha Aziz, Rita Rudaini, Norman Hakim, Fizz Fairuz, Ruminah Sidek, Dhia Irdina, Gen Darwish, Ameerul Asyraf

Mak Nak Peluk Boleh mengisahkan Daisy (Nasha Aziz) yang membuka pusat jagaan kanak, pelbagai ragam dan telatah anak-anak dan perangai ibu bapa yang Daisy jumpa, salah seorangnya adalah Syafikah (Rita Rudaini).

Review Telefilem | Mak Nak Peluk Boleh (TV9)

Daisy juga telah lama bertunang kerana mempunyai trauma yang masih tersimpan hingga kini, membuka pusat jagaan juga merupakan salah satu cara dia melepaskan kerinduan pada masa lalunya.

Syafikah pula baru berpindah ke Kuala Lumpur bersama anaknya dan suaminya masih lagi menetap di Sarawak. Kesibukan kerja dalam masa yang sama menguruskan anak menyebabkan Syafikah selalu melepaskan marahnya kepada Nelly.

Daisy yang melihat keadaan tersebut cuba memberi nasihat namun tidak diendahkan oleh Syafikah dan menganggap wanita itu menyibuk hal peribadinya tambahan pula Daisy tidak mempunyai anak tidak memahami keadaannya.

Review Telefilem | Mak Nak Peluk Boleh (TV9)

Kisah sebegini banyak terjadi sekarang, ibu-ibu mempunyai kerjaya hebat, terlalu pentingkan kerja sehingga tidak sedar telah mengabaikan perasaan anak-anak. Mungkin bagi ibu bapa dengan menyediakan keperluan anak seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal sudah cukup padahal anak-anak cuma mahu dapatkan perhatian sekejap sahaja.

Plot dan jalan ceritanya sangat menarik tambahan pula lakonan dari barisannya pelakonnya sangat mantap lagi-lagi pelakon cilik yang pegang watak Nelly, memang menangislah melayan citer macam ni pastu bila tahu pasal kisah silam Daisy pula.

Overall, Mak Nak Peluk Boleh sebuah kisah yang penuh dengan emosi dan banyak pengajaran dan mesej yang cuba disampaikan melalui telefilem ini.

Post a Comment

0 Comments