10 Drama Korea (TVN) Terbaik Yang Boleh Ditonton di Netflix


10 Drama Korea (TVN) Terbaik Yang Boleh Ditonton di Netflix | Senarai drama korea yg akan aku kongsi ni berdasarkan drama korea yg aku rasa best dan maybe boleh bagi korang idea nak tengok drama apa kat Netflix. kalau tak ada netflix masih lagi boleh tengok kat tempat lain.

kalau nak senaraikan drama korea yg best memang banyaklah so aku tak nak peningkan diri sendiri makanya aku kecilkan skop dan pilih drama dari TVN sahaja. kenapa aku tak senaraikan drama dari stesen tv lain, jawapannya aku banyak tengok drama tvn.


1. Signal


Signal drama yg ditayangkan pada tahun 2016 dilakonkan oleh Park Je Hoon, Kim Hye Soo dan Choi Jin Woong antara drama thriller terbaik yg wajib tonton. Signal mengisahkan dua orang detektif dari latar masa berbezaa berhubung menggunakan walkie talkie untuk menyelesaikan cold case.

aku sebenarnya lebih suka tonton drama bergenrekan romantik komedi tapi lepas tengok Signal baru start minat nak layan drama crime thriller.

Review Drama : Signal


2. Reply Series


Reply Series antara drama popular arahan PD Shin Won Ho yg juga pengarah untuk Prison Playbook dan Hospital Playlist. settingReply Series ini berbeza, kalau Reply 1997 (2012) tentang heroin yg fanatik dengan kpop idol, HOT. Reply 1994 (2013) pula tentang pelajar yg tinggal di boarding house dan Reply 1988 pula tentang kawan baik di satu kawasan kejiranan.

jalan ceritanya mengisahkan sekumpulan kawan baik yg bertemu kembali sambil mengimbas semula kenangan mereka di zaman remaja. manariknya Reply Series ni, penonton berteka-teki siapa suami heroin antara mereka. stress tengok drama ni sebab jawapannya kena tunggu ending baru tahu..haha

yg best pasal drama siri boleh tengok dialek bahasa, fashion dan prop yg ada pada zaman tersebut dan juga peristiwa penting yg berlaku di korea pada tahun itu. antara 3 siri ini, aku paling suka Reply Series 1994.

3. Prison Playbook


Prison Playbook mengisahkan pemain besbol terkenal yg dipenjara kerana membelasah orang yg cuba merogol adiknya. dalam penjara tersebut dia jumpa macam-macam jenis ragam manusia, ada yg baik ada yg cuba ambil kesempatan dan belajar banyak benda.

waktu Prison Playbook ditayangkan tak rasa nak tengok sebab ingatkan drama ni banyak keganasan tapi bila ramai komen positif end up terus jatuh suka dengan drama ni plus drama ni kelakar giler. 

Review Drama : Prison Playbook


4. Goblin


Goblin sebuah drama fantasi romantik mengenai seorang general perang yg hidup beratus tahun dan perlu mencari goblin bride untuk mencabut pedang di dadanya seterus menamatkan riwayatnya.

jalan cerita Goblin memang best dengan cinematography cantik giler macam tengok movie. dah tentu barisan pelakon yg mantap seperti Gong Yoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eun dan Yoo Inna juga antara faktor yg buat drama ni best.

Review Drama : Goblin


5. My Mister


My Mister drama arahan Kim Won Seok, pengarah yg sama juga untuk drama Misaeng sebab tu rasa dua drama ni ada vibe yg sama. mengisahkan seorang gadis yg hidup susah bertemu dengan tiga orang ahjusshi.

drama ni sebenarnya agak berat dan complicated tapi yg best sebab kita boleh relate banyak benda dengan drama ni pasal kerja, pasal life.

Review Drama : My Mister


6. Hospital Playlist


Hospital Playlist mengisahkan lima orang doktor yg berkawan baik selama 20 tahun dan bekerja di hospital yg sama. dilakonkan oleh Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho, Yoon Yeon Suk, Kim Dae Myung dan Jeon Mi Do.

yg menariknya drama ni tak ada plot so just enjoy the show dan tengok diorang jamming. disebabkan sambutan yg hangat drama ni disambung ke musim kedua yg tengah ditayangkan mulai Jun 2021.

Review Drama : Hospital Playlist


7. Chicago Typewriter


Chicago Typewriter kisah tentang penulis yg mengalami writer block kemudiannya menerima hadiah sebuah mesin taip antik yg merungkai sebuah misteri kisah kehidupan mereka di masa lalu.

Review Drama : Chicago Typewriter


8. He Is Psychometric


He Is Psychometric kisah tentang seorang remaja yg mempunyai keistimewaan yg dapat membaca memori orang lain melalui sentuhan. drama ni bergenrekan mistery thriller juga mengenai jenayah. storyline dan plot twist dia sangat menarik.

Review Drama : He is Psychometric


9. Live Up To Your Name


Live Up To Your Name sebuah drama time travel tentang dua orang doktor dari zaman yg berbeza, kepakaran berbeza dan pemikirn yg berbeza tentang perubatan. drama lakonan Kim Nam Gil dan Kim Ah Joong.

Review Drama : Live Up To Your Name


10. Her Private Life


Her Private Life drama romantik komedi mengenai seorang wanita bekerjaya yg terpaksa merahsia identitinya sebagai peminat idol kpop. chemistry antara Kim Jae Wook dan Park Min Young yg buat drama ni best untuk ditonton.

Review Drama : Her Private Life


banyak lagi drama yg best kat tvn untuk ditonton antaranya Hotel Del Luna, Crash Landing On You, It's Okay to Not Be Okay dan banyak lagilah tapi dah lenguh tangan nak panjangkan entry ni. maybe kalau rajin next time boleh list drama best yg ada kat OCN dan JTBC pula.

Post a Comment

29 Comments

  1. Stranger & Stranger 2..crime thriller pihak atasan police & prosecutor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah lupa. stranger pun best juga tapi malas nak tengok musim 2 sebab i tak minat sgt cite pasal lawyer dan prosecutor ni..hehe

      Delete
  2. Tengah tengok extraordinary you tapi di tv.
    Kalau drama kegemaran memang drama sudah lama ditayangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar drama tu tapi tak tahu cite dia pasal apa..

      Delete
  3. Bahaya betul nie panjang senarainya. I tak suka tengok siri sebab I memang takleh buat benda lain kalau dah start tengok hahahaha
    Tapi He Is Psychometric tu macam best

    ReplyDelete
  4. Reply series my favourite! tengok ulang-ulang pun takpe :)

    ReplyDelete
  5. My Mister tu sempat tgk smp episod 2 je sbb tetiba rasa cam x menarik nak tgk smp abs hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham..tak semua boleh masuk drama sebab konflik dia agak berat :)

      Delete
  6. Ai dah tengok Reply 1988, Goblin and Her Private Life. Tunggu ada banyak masa terlebih nanti nak tengok yang lain-lain pula.

    ReplyDelete
  7. Yay!!!!!!!!! I watched some of these dramas. And ada some yg I tengah follow. My Mister to memang favorite giler. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Panjangnya senarai. Best-best pula sinopsis drama Korea tu semua. Ada yang Eiza dah tonton dan ada yang belum.

    ReplyDelete
  9. Dalam semua ni sis dah tonton Goblin. Best betul cite ni. Hehe. Syok sebab layan dengan anak sis sekali.

    ReplyDelete
  10. Drama best, pelakon best. Tapi itulah tak sempat nak layan drama Korea ni.

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya banyak lagi drama Korea best kat Netflix. Akak pun auto play next drama. Hahaa. Satu satu habis dan continue baru. Drama Korean ni akak suka sebab apa tau. Even drama lama. Jalan cerita dan kualiti sinematografi tu terbaik.

    ReplyDelete
  12. wahh bestnyaaa... thank you bagi list, ada few yang dah tengok nanti nak cari yang lain, boleh marathon hehe

    ReplyDelete
  13. Sekali-sekala layan cita korea jugak. Kalau dah start tengok tak boleh stop pula. Haha...

    ReplyDelete
  14. Wahh, panjang list ni. Should try watching it for myself.

    ReplyDelete
  15. Drama typewriter tu mcm menarik. Nanti nak carila suka genre mcm tu..

    ReplyDelete
  16. wah banyaknye..boleh la suggest dekat adek iena si deqnor..dia memang minat tengok cerita korea.

    ReplyDelete
  17. Thanks sbb share senarai ni. Nanti kalau bosan2 boleh la layan.

    ReplyDelete
  18. Dalam 10 senarai tu yang saya paling suka ialah Goblin dan Signal. Reply series pun best jugak. Memang in to the scene masa menonton. OST 2 drama tu pun best. Suka dengar.

    ReplyDelete
  19. Siap senarai ni waduh bahaya ni.. so far ada gak lerr tu dalam list dah tengok.. macam nak tgk plak yang hospital tu..

    ReplyDelete
  20. kalau khai tak suka sangat drama korea melainkan running man! hahahah maybe sebab tak suka cerita romance kot. tapi teringat dlu masa kecik-kecik layan winter sonata hiks

    ReplyDelete
  21. Banyak K-drama sekarang ye.. selalu tertinggal trend dah habis viral baru Nell sempat nak tengok drama tue.. berapa banyak pending list ni.. kena clear this 10 dulu la..

    ReplyDelete
  22. signal tu macam menarik untuk ditonton tapi smpai skrg belum tengok..

    ReplyDelete
  23. I paling suka prison playbook sebab i dont expect this drama to be good but turn out the storyline best.

    ReplyDelete
  24. He Is Psychometric tu memang dalam list nak tengok hihi

    ReplyDelete