10 Drama Thailand Pilihan Terbaik Untuk Ditonton


kalau korang suka drama romantis komedi atau suka dengan jalan cerita yang penuh konflik dan bosan dengan drama korea, boleh juga cuba menonton drama Thailand atau lakorn. terdapat pelbagai variasi menarik drama thailand dan semuanya bergantung kepada citarasa masing-masing.

senarai drama di bawah mungkin nampak bias sebab dibuat berdasarkan pelakon thailand yang aku minat. kalau korang tak bersetuju, sila buat list sendiri 😜


Senarai 10 Drama Thailand Pilihan Terbaik Untuk Ditonton:

1. Love Destiny (Bpoop Phaeh Saniwat)


Pelakon : Bella Campen, Pope Thanawat
Tahun : 2018
Episod : 15
Kat Mana Tonton : Netflix

Love Destiny mengisahkan Kadesurang yang mengembara ke zaman Ayutthaya dan berada dalam jasad Karakade, ramai yang terkejut dengan perubahan yang berlaku kerana gadis itu seorang yang sombong. Por Date yang membenci Karakade mula jatuh cinta apabila melihat perubahan positif  tunangnya.

Love Destiny merupakan drama yang sangat popular di Thailand sampai ada perancangan untuk keluarkan sekuelnya tapi tak tahu bila tarikhnya. chemistry antara Bella dan Pope juga yang buat drama ni menarik untuk ditonton.



2. Thong Ek: Herbal Master


Pelakon : Mario Maurer, Kimmy Kimberley
Tahun : 2019
Episod : 14
Kat Mana Tonton : Netflix

mengisahkan Thong Ek yang mewarisi kepakaran keluarganya untuk menjadi dukun herba dan mahu berbakti pada penduduk kampungnya tapi datuknya menghalang cita-cita Thong Ek. Thong Ek kemudianya jatuh cinta kepada Chaba yang merupakan anak orang berpengaruh di kampung itu tapi hubungan mereka ditentang oleh bapa Chaba.

walaupun jalan cerita Thong Ek: Herbal Master nampak macam complicated tapi bila start tengok drama memang terhibur dan tergelak habis sebab watak dalam drama ni semuanya jenis masuk air dan sengal.



3. Bad Genius The Series


Pelakon : June Plearnpichaya, Jaonaay Wattanasin, Ice Paris, Nana Sawanya
Tahun : 2020
Episod : 12
Kat Mana Tonton : WeTV/VIU

Bad Genius The Series mengisahkan Lyn seorang pelajar genius dan belajar di sekolah terbaik tapi memilih untuk menjual jawapan sewaktu peperiksaan selepas biasiswa yang dia dapat terpaksa dikongsi dengan pelajar lain.

sebelum keluar siri dah ada versi filem, jalan cerita pun lebih kurang saja sebenarnya. yang best tengok drama ni bila tengok level diorang menipu tu memang kreatif dan di luar kotak, saspen betul melayan drama ni.

ada yang cakap Projek: Anchor SPM meniru filem Bad Genius, walaupun konsep nampak sama tapi keduanya ada jalan tersendiri yang menarik untuk ditonton.

Review Drama : Bad Genius The Series


4. The Gifted


Pelakon : Nanon Korapat, Chimon Wachirawit, Lilly Apichaya, Jane Ramida, Gun Atthapan, Sing Harit, Fiat Pattadon, Puimek Napasorn, Victor Chatchawit
Tahun : 2018
Episod : 13
Kat Mana Tonton : GMMTV (Youtube)

The Gifted diadaptasi dari novel The Gifted dan pernah diterbitkan dalam versi filem pendek pada tahun 2015, mengisahkan 10 orang pelajar yg mempunyai kebolehan luar biasa dan terpilih menyertai program Gifted.

jalan cerita The Gifted bagi aku sangat menarik dan fresh untuk ditonton, banyak persoalan yang dibangkitkan sehingga tak sabar nak tahu kebenaran sebenar. drama ni dah keluar musim kedua iaitu The Gifted: Graduation tapi aku belum sempat lagi nak tonton sambungannya.

Review Drama : The Gifted


5. Ugly Duckling Series


Pelakon : Push Puttichai, Mook Worranit, Esther Supreeleela, Sean Jindachot, Mild Lapassalan, Mek Jirakit, Victor Chatchawit
Tahun : 2015

Dalam Ugly Duckling The Series ada 4 kisah iaitu: Perfect Match, Pity Girl, Boy's Paradise dan Don't. drama yang ringan sahaja mengenai kisah cinta remaja di sekolah dan kolej.

jalan cerita yang aku suka, Perfect Match dan Don's. Boy's Paradise pun best juga sebab aku suka gandingan Esther dan Sean tapi yang Pity Girl tu stress tengok sebab heroin dia kayu.



6. Tarm Ruk Keun Jai


Pelakon : Nadech Kugimiya, Mew Nittha
Tahun : 2015
Episode : 14

mengisahkan Noona yang sanggup meninggalkan kemewahan dan pergi ke kawasan pendalaman untuk mencari ayah kandungnya yang lama terpisah. Noona kemudiannya bertemu dengan pemilik ladang, Singh lalu bekerja di situ dan menyembunyikan identiti sebenarnya untuk mendekatkan diri dengan ayahnya.

first drama Nadech yang aku tengok dan suka betul watak dia dalam drama ni sebagai Singh, best tengok chemistry Nadech dengan Mew. jalan cerita juga menarik dan tak serabut dengan watak jahat macam tipikal lakorn yang lain.

Review Drama : Tarm Ruk Keun Jai


7. Sapai Import


Pelakon : Mik Thongraya, Min Peechaya
Tahun : 2020
Episod : 17

mengisahkan Don yang mewarisi segala harta kekayaan datuknya tapi dengan syarat dia perlu berkahwin dan ada anak dalam tempoh setahun. Mak Don berkenan dengan Lisa untuk dijadikan menantu tapi Don dan Lisa tak sebulu. nak dijadikan cerita mereka bersetuju untuk berkahwin untuk penuhi permintaan terakhir Mak Don.

Min Peechaya antara pelakon thailand yang aku suka sebab dia selalu ada chemistry yang kuat dengan pasangannya termasuk dengan Mik. drama ni memang kelakar tengok gelagat hero dan heroin bergaduh dan kemudian bercinta tapi kena tahan sabar sikit sebab watak jahat dia psiko betul.

Review Drama : Sapai Import


8. Payakorn Sorn Ruk (Prophecy of Love)


Pelakon : James Jirayu, Ice Preechaya
Tahun : 2020
Episod : 13

mengisahkan Rose yang mempunyai kelebihan untuk melihat masa depan seseorang dengan bunga ros.  nyawa Rose dalam bahaya selepas menilik nasib orang kenamaan di suatu majlis. Theerut pula selalu berada di tempat kejadian ketika Rose diserang kemudiannya melindungi Rose dan bekerjasama dengan pihak polis untuk mencari penjenayah sebenar.

start minat dengan James Jirayu bila tengok dia berlakon dalam Game Sanaeha, cair habis tengok watak dia dalam drama tu tapi stress dengan heroin dia. selalunya drama James memang begitu kalau tak heroin dia yang annoying, watak dia yang annoying.

berbalik kepada drama Payakorn Sorn Ruk, jalan cerita menarik juga sebab ada misteri dan berteka teki siapa penjenayahnya. selain itu, banyak watak yang menarik dan chemistry yang mantap antara hero dan heroinya.

Review Drama : Payakorn Sorn Ruk


9. Sampatan Hua Jai (Concession of the Heart)


Pelakon : Weir Sukollawat, Thisa Varitthisa
Tahun : 2018
Episod : 16

mengisahkan Rattawan yang diculik bersama anaknya dan hampir dibunuh tapi berjaya diselamatkan oleh pemilik pulau yang bernama Naboon. Rattawan kemudiannya dapat tahu suaminya yang merancang penculikan tersebut. Naboon yang risau dengan keselamatan Rattawan dan anaknya bertindak melindungi mereka daripada bahaya.

banyak drama Weir yang aku suka dan yang paling favourite bila Weir digandingkan dengan Min Peechaya dan Thisa Varitthisa. suka dengan drama Sampatan Hua Jai sebab watak main lead dia sangat matang dan plot jalan cerita tersusun kemas dan menarik.

Review Drama : Sampatan Hua Jai


10. My Secret Bride


Pelakon : Kao Supassara, Great Warintorn
Tahun : 2019
Episod : 18
Kat Mana Tonton : VIU

mengisahkan Suam seorang gadis yang ceria walaupun banyak rintangan dalam hidupnya. suatu hari, Suam dapat tawaran untuk kahwin kontrak dengan Danurut, dalam masa yang sama dia dapat tawaran untuk menjadi perisik bagi mengumpul maklumat mengenai satu sindiket berbahaya.

walaupun kisah hidup Suam sangat sedih tapi tengok drama ni memang terhibur habis dengan perangai Suam yang gila-gila, lain orang suruh lain pula yang dia buat. Selain pasangan utama, second couple dalam drama ni juga sangat comel.

Review Drama : My Secret Bride


Apa drama thailand paling best yang korang pernah tengok?

Post a Comment

8 Comments

  1. Banyak jugak drama Thai. Sempat tengok Bad Genius tu je sampai habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bad genius memang best, lain sikit dari drama remaja yg selalu tengok :)

      Delete
  2. No 1 dan 2 tu je pernah tengok. Memang best. Suka drama setting zaman lama-lama je sebab drama setting zaman moden banyak plot LGBT. Segan nak tengok dengan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak je drama yg takde plot lgbt ni tapi itulah kena tonton dulu baru tahu ada ke tidak.. tapi selalunya drama gmmtv memang banyak selit scene macam tu sebab tu malas nak tengok drama diorang..hehe

      Delete
  3. selamat menonton pada semua peminat drama siam

    ReplyDelete
  4. Heee sis bru tgk no 8 ngan no 2 je. Haha Yang lain xpernah. Secret Bride mcm best. Nanti kita cari tiket blek siam lak. 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tengoklah..penat gelak tengok perangai gila2 heroin dia..haha

      Delete