Drama Thailand | The Gifted (2018)


Title : The Gifted
Director :  Patha Thongpan, Waasuthep Ketpetch, Jarupat Kannula
Screenwriter : Dhammarong Sermrittirong
Network : GMM ONE
Aired : 5 August 2018
Episodes : 13
Duration : 55 minutes
Genre : School Drama, Supernatural, Thriller
Cast : Nanon Korapat, Chimon Wachirawit, Lilly Apichaya, Jane Ramida, 
Gun Atthaphan, Sing Harit , Fiat Pattadon, Puimek Napasorn, Victor Chatchawit

The Gifted sebuah drama bersiri adaptasi novel The Gifted dan pernah diterbitkan dalam versi filem pendek pada tahun 2015, mengisahkan 10 orang pelajar yg mempunyai kebolehan luar biasa dan terpilih menyertai program Gifted.

Di Ridtha High School, pelajar diasingkan kelas mengikut gred keputusan peperiksaan. pelajar pandai dari kelas pertama akan mendapat layanan istimewa dari segi infastuktur dan fasilititi sekolah. Gifted Program menjadi impian pelajar di situ sebab akan dapat top access semua kemudahan yg ada.


Parawet a.k.a Pang pelajar kelas 8 yg merasakan sistem sekolah mereka tidak adil, dah macam sistem dua darjat bila tercipta banyak jurang antara budak pandai dan budak kelas belakang. sekolah ini terlalu mengutamakan pencapaian akademik sampai terlupa apa yg pelajar ini perlukan.

Pang dapat merasakan dorm yg selesa pun disebabkan kawan baiknya Nac yg duduk di Kelas 1. Nac tekad nak bawa Pang masuk dalam Gifted Program selepas dicabar oleh rakan sekelasnya Wave. 

Pang sebenarnya tak kisah pun pasal program tersebut dan dia pun malas nak nak perform waktu exam. bila keputusan diumumkan, Pang terkejut apabila terpilih masuk Gifted Program tapi Nac tak dapat. 


Program Gifted sebenarnya rahsia sekolah, tak ada siapa yg tahu apa sebenarnya program tersebut dan bagaimana pelajar ini semua terpilih. Pang sendiri bila masuk kelas Gifted ni, dia blur dan tak faham apa yg mereka belajar. 

bila terjadi peristiwa pelik melibatkan Gifted baru Pang sedar yg mereka mempunyai kebolehan luar biasa. masalahnya tak semua yg tahu kebolehan sendiri macam si Pang so mereka kena explore sendiri kuasa sebenar mereka.


yg menariknya dalam The Gifted Series, setiap pelajar Gifted akan jadi watak utama untuk setiap episode so kita boleh faham cerita tersebut dari sudut pelajar itu sendiri. memang best bila tengok setiap pelajar explore kuasa masing-masing.

kuasa mereka sangat menarik contoh macam Wave, genius matematik dan top hacker tapi ada kebolehan istimewa juga yg buat dia terpilih dalam Gifted. tapi tak semua yg dari awal tahu kebolehan sendiri macam Wave dan Namtharn.

Ohm dan Pang antara yg struggle cari kebolehan sendiri padahal mereka tak sedar dari awal lagi mereka dah benda tu. pendek cakap kalau nak tahu kuasa mereka, korang kena tengok sendiri baru thrill..haha


Pang sepatutnya gembira bila terpilih dalam Gifted sebab dapat layanan first class daripada pihak sekolah tapi tak juga sebab semua benda ni buat dia makin menyampah dengan sistem sekolah. 

Pang hilang kawan baiknya Nac malah ada pelajar lain cuma ambil kesempatan pada mereka. Pang juga merasakan Director sebenarnya nak gunakan mereka sebagai bahan uji kaji sahaja. so Pang mula siasat mengenai Director dan rahsia yg pihak sekolah cuba sembunyikan. 

paling menarik perhatian Pang iailah tentang pelajar Gifted bernama Chanon yg satu batch dengan cikgu Pom yg berhenti dari program tersebut dan hilang begitu sahaja.


Walaupun The Gifted drama budak sekolah yg cuba ubah sistem sekolah mereka dan juga tentang persahatan tapi jalan ceritanya sangat menarik. dari awal lagi ceritanya dah penuh dengan persoalan sebab tu kena tengok setiap episode untuk tahu apa big secret yg Director cuba sembunyikan.

tapi sebenarnya banyak lagi persoalan yg belum terjawab dalam Gifted mungkin segala tanda tanya ini akan terjawab dalam The Gifted: Graduation yg akan mula ditayangkan pada 6 September 2020. 

aku pun baru plan nak marathon season 2 terus tapi hujung tahun baru nak complete semua episode, tengok tahun depan je lah. tapi seriusly The Gifted antara drama terbaik thailand wajib tengok 👍

Post a Comment

31 Comments

  1. wekeekeke.... its just so good! i tgk dua kali dah... and now marathon season two tapi kena on vpn baru boleh tgk .... hahaha so bias with all the cast :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cast dia semua best walaupun awal tu macam menyampah juga dengan wave tapi end up suka dengan semua watak..hahhaha

      itulah ramai yg merungut tak boleh tengok season 2 kat youtube, i tak retilah nak setting vpn tu terus download je..hahaha

      Delete
    2. ala takyah settingm u download then on vpn tu bila nak tgk anything..

      wave mmg mcm nak bg penampar.. masa dia suh claire dtg jumpa dia time tak make up... geram ja rasa hahah

      Delete
    3. time episode kesian pun ada tapi bila dia buat kerja giler geram pula. nasib baik dah jadi kawan baik pang..haha

      Delete
    4. season 2 dia tiba2 soft hearted and funny ! ehehehe wave takk annoying at all

      Delete
  2. Wow, cerita ni macam best je. Biasa tengok cerita omputeh je yang ada superpower, kali ni dari Thai pulak ye. Interesting...

    ReplyDelete
  3. follow here dear..
    ha da pernah tgk citer ni..mmg gempak..best giler hehehe..thai klo buat movie byk yg best best

    ReplyDelete
  4. Nampak pelakon dia semua comel je. Kalau season kena kena tonton setiap series baru menarik. Cerita persahabatan ni nampak menarik.

    ReplyDelete
  5. Best teruk. Nak tengok kat mana? LH nak tengok juga. Dia punya cerita macam lebih kurang satu anime jepun tu, the assasination classroom

    ReplyDelete
  6. Nak cari lah cerita ni. Ikut dari calan cerita tu sesuai untuk tontonan sefamily kan?

    ReplyDelete
  7. haritu ada tengok trailer cerita ni. tapi tak sempat2 lagi nak tengok full cerita. macam best jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best drama ni. kalau ada masa try laa tengok..hehe

      Delete
  8. Wah......nampak hot la drama The Gifted nie. Jln citer pun menarik. Actors pun cantik2 sumer.

    ReplyDelete
  9. Yes. Cerita with gifted powers nie yang Rawlins suka - pastu ianya in Thai plak - memang Rawlins suka bebenor!

    ReplyDelete
  10. Okay akan cuba tengok, sebab katanya drama terbaik yaaa... Memang selalu layan cite Thai, tapi horror hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak boleh tengok filem horror thai. seram sangat..haha

      Delete
  11. Dekat mana nak layan series Gifted ni? Nampak menarik jalan cerita dia. Netflix eh? Suka juga layan cerita lain dari yg lain ni

    ReplyDelete
  12. Dah season 2 rupanya... nak catch up la selalu nampak kat youtube tapi x buka and tengok

    ReplyDelete
  13. Tak sangka thailand pun ada drama mcm ni. Nampak menarik utk ditonton. Nk tgk lah nanti.

    ReplyDelete
  14. Alamak banyak nya cerita best sekarang ni ek..sampai tak terkejar dah ha..boleh la masukkan cite ni dalam queue sebab tiara punya sinopsis sangat seronok!

    ReplyDelete
  15. nampaknya mmg kena ada no 2 utk menjawab segala persoalan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah keluar musim kedua. mungkin akan terjawab semua persoalan tu :)

      Delete
  16. Thai mmg terkenal dgn jalan cerita plot, konsep movi or drama yang rare kan. Honestly, Madam tak pernah follow sebab bukan 'kakidrama'. Plus non prefer suspense or horror one. But then I'll try to watch this soon since not heavy ghost related. Hihi.

    ReplyDelete
  17. Drama Thai ni belum lagi tengok. Akak masuk dalam list lah camni. Nampak best review awak. Hehe

    ReplyDelete
  18. Ok ni best cerita dia ni.. Kene tengok ni.. Boleh tengok dekat man ni.. Kalau pasl budk2 sekolah ad epower memng best utk ditonton

    ReplyDelete
  19. Best layan cite thai ni, kak mmg suka tgk drama sbb jln cite sgt menarik dan penuh teladan

    ReplyDelete
  20. alamak ika kureng la layan cerita thai. tak sure kenapa unless movie hantu thai hehe

    ReplyDelete
  21. Ada jumpa drama ini tapi sebab thai kan.. hehehe struggle sikit nak nengoknya.. Tapi baca review tiara nie, macam best je..

    ReplyDelete