My Secret Bride (2019) | Review Drama Thailand

My Secret Bride (2019) | Review Drama Thailand

Title : Kao Waan Hai Noo Pen Sai Lub
Another Title : My Secret Bride
Director : Pawanrat Naksuriya
Screenwriter : Kartarhut Bussabpaket
Network : Channel 3/ VIU
Aired : 8 November - 15 December 2019
Episodes : 18
Duration : 1 hour 45 minutes
Genre : Romance, Comedy, Action
Cast : Grate Warintorn, Kao Supassara, Pariit Timthong, Rinrada Kaewbuasai, Au Tanakorn, Yard Yardthip, Auan Rangsit, Ton Jakkrit, Mint Mintita, Mint Nutwara

My Secret Bride (2019) | Review Drama Thailand

My Secret Bride mengisahkan Suam (Kao Supassara) seorang gadis ceria tapi hidupnya penuh dengan kesusahan apabila dihalau rumah oleh bapanya. Walaupun begitu, Suam berjaya hidup berdikari sehingga berjaya masuk ke universiti.

Suatu hari, Suam mendapat tawaran menjadi perisik daripada Thuan (Au Tanakorn) untuk menyiasat seorang pengawal polis bernama Danurut (Grate Warintorn).

My Secret Bride (2019) | Review Drama Thailand

Suam agak rapat dengan Pak Cik Thuan kerana lelaki itu selalu mengutip sampah di kawasan perumahannya. setelah beberapa lama baru Suam tahu yang sebenarnya Thuan merupakan seorang anggota polis dari unit rahsia yang menjalankan risikan dan menyiasat kegiatan haram yang dijalankan oleh Sia Hia, seorang yang berpengaruh disitu. 

Thuan dan pasukannya sudah lama menyiasat Sia Hia tapi setiap kali mereka dapat bukti untuk tangkap  Sia Hia mesti berakhir dengan kegagalan. so Thuan syak mesti ada anggota polis yang menjadi tali barut Sia.

Antara orang yang disyaki mereka adalah Danurut dan memandang Thuan nampak  Suam agak rapat dengan lelaki itu so dia minta Suam bekerja dengannya walaupun Suam langsung tiada pengalaman buat kerja-kerja spy ni.


Danurut yang baru berpindah ke balai polis kawasan tersebut bertemu dengan Suam dalam satu insiden yang menyebabkan dia tak suka dengan Suam tambahan pula dia banyak dengar gosip buruk pasal Suam kononnya Suam kaki sailang boyfriend orang. tapi makin lama kenal dengan Suam, Danurut nampak yang Suam tak seperti apa yang orang katakan.

Suatu hari, Danurut minta Suam berkahwin kontrak dengannya sebab rimas bila bekas kekasihnya sibuk nak goda dia balik. alasan lain pula, Danurut nak protect Suam sebab tahu Suam hidup susah nak cari duit untuk tanggung yuran pengajian dan kehidupannya.

Niat Danurut nak menolong tapi dia tak tahu yang Suam ni dapat offer untuk spy dia. agak apa yang terjadi bila Danurut tahu motif sebenar dan misi rahsia Suam? Adakah Danurut menjadi tali barut seperti yang disyaki Thuan?

My Secret Bride (2019) | Review Drama Thailand

watak Suam dan Danurut antara faktor utama yang buat ceritanya bertambah menarik. Suam ni jenis yang gila-gila, ada sahaja perangai dia yang kelakar sebab lain orang suruh lain yang dia buat. memang haru betul. Watak Danurut pula sangat matang sebab jenis tak terpengaruh dengan dengan orang lain. mereka berdua ada chemistry yang sangat baik.

selain itu, pasangan kedua iaitu Padet dan Neung sangat comel dan best. antara penyeri juga dalam drama ni.

Walaupun tema kahwin kontrak agak klise tapi overall jalan cerita My Secret Bride sangat menarik dan menghiburkan cumanya kalau dikurangkan scene orang jahat ni mungkin lagi best.

Post a Comment

1 Comments

  1. Wahh bc jalan citer mmg menarik... Dh lm gila x lyan drama thai mcm ni

    ReplyDelete