Drama Thailand | My Forever Sunshine (2020)

My Forever Sunshine

Title : My Forever Sunshine
Director : Chudapa Chantakett
Network : Channel 3 / Viu
Aired : 19 November 2020 - 15 December 2020
Episodes : 19
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Kao Supassara, Mark Prin, 
Punjan Kawin, Lingling Sirilak, Freud Chatphong


My Forever Sunshine mengisahkan Paeng (Kao Supassara) yg tinggal dengan keluarga Arthit (Mark Prin) selepas kematian ibu bapanya. Tarathep (bapa Paeng) dan Prateep (bapa Arthit) berkawan baik. semasa ladang Prateep tergadai gara-gara ditipu pelabur, Tarathep menolong dengan membeli balik ladang tersebut. disebabkan hal tersebut Prateep sangat terhutang budi dan menjaga Paeng dengan baik selepas kawan baiknya meninggal.

My Forever Sunshine

hubungan Paeng dan Arthit pada awalnya sangat rapat, walaupun Paeng ni agak nakal dan selalu bergaduh di sekolah tapi Arthit sangat matang nak handle Paeng dan selalu beri nasihat supaya Paeng mengubah perangai buruknya. lama-lama Paeng jatuh cinta dengan layanan baik Arthit.

Arthit tak setuju bila tahu yg bapanya nak jodohkan dia dengan Paeng sebab Arthit menganggap Paeng seperti adiknya. makin lama Arthit makin rimas dengan perangai Paeng yg erlalu obsess dengannya. Arthit tinggal di kampus dan jarang balik sebab nak mengelak daripada Paeng.

sampai satu tahap, perangai Paeng ni makin melampau sampai Arthit bergaduh besar dengan bapanya gara-gara Paeng. Arthit keluar rumah dalam keadaan marah lalu ditimpa kemalangan. sejak itu Arthit makin benci dengan Paeng.

My Forever Sunshine

Paeng rasa bersalah dengan apa yg terjadi pada Arthit lalu mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran. selepas enam tahu, Paeng kembali semula ke ladang tersebut, juga sebagai menghormati permintaan Prateep yg mahu dia belajar menguruskan ladang. tapi kepulangan Paeng tak disambut baik oleh Arthit, teruk Paeng kena buli dengan Arthit.

Paeng sekarang memang tak sama yg dulu, kalau dulu memang dia cinta buta pada Arthit tapi sekarang ni perasaan tu dah tak ada. Paeng sekarang lebih matang dan terima sahaja apa yg Arthit buat padanya dengan harapan Arthit boleh maafkan dia atas perbuatan dia yg kurang matang dahulu.

My Forever Sunshine

Paeng ni sebenarnya memang anak manja dan selalu buat masalah untuk dapat perhatian ibu bapanya. lepas tinggal dengan keluarga Arthit, Paeng agak behave. tapi orang gaji keluarga Arthit ni mulut macam longkang selalu mengumpat Paeng, sampai satu tahap Paeng tak boleh bersabar terus naik angin belasah orang gaji.

mak Arthit terkejut bila tengok perangai buruk Paeng, sejak hari tu dia tak pernah suka Paeng dan tak setuju dengan cadangan suaminya yg mahu menjodohkan Paeng dengan Arthit. lain pula dengan perangai suaminya, Prateep.

walaupun perangai Paeng makin hari makin melampau, Prateep tak pernah sekali pun marah dengan Paeng. sebenarnya Prateep sahaja yg tahu apa yg Paeng lalui waktu kehilangan orang tuanya. yg best cara Prateep ni, dia tunggu Paeng sedar kesilapan sendiri dulu baru bagi nasihat dan tegur Paeng dengan cara yg baik.

My Forever Sunshine

Arthit ada tiga kawan baik iaitu Ling, Thanon dan Kot. Arthit dan Non ada perasaan pada Ling dan mereka berdua ni selalu bersaing untuk tarik perhatian Ling.

Arthit ada ambil peluang untuk meluahkan perasaannya pada Ling tapi Ling menolak cinta. Ling sebenar dah lama simpan perasaan pada Non tapi ada something yg buat dia teragak-agak nak terima cinta Non. sebenarnya aku lagi suka tengok kisah Non dan Ling lagi best daripada main couple.

mereka masih berkawan baik dan selalu melepak bersama selepas habis belajar sebab Ling bekerja dengan Arthit dan Kot bekerja dengan Non. dalam masa yg sama juga, Ling, Thanon dan Kot semakin rapat dengan Paeng dan selalu menolong bila Paeng dibuli Arthit.

My Forever Sunshine

bila tengok poster  My Forever Sunshine, aku ingatkan ceritanya sweet pasal crush macam drama My Husband in Law tapi bila tengok drama ni, setiap episode ada je perangai manusia yg bikin stress, paling menyampah dengan perangai orang gaji Arthit yg macam terlebih sudu dari kuah.

bagi aku, ada beberapa plot dalam drama ni agak menarik macam tragedi yg berlaku pada ibu bapa Paeng yg menjadi tanda tanya. tapi tapi lakorn ni bila lebih daripada 15 episode, akan banyaklah benda yg tak perlu cuba disumbat untuk memanjang cerita contohnya perangai hero yg buat benda kurang matang sebab benci dengan heroin, itu banyak yg ditunjuk dalam episode 6 sampai 15. lepas tu baru jalan cerita menarik dan best sikit.

aku pun tak tahu macam mana aku boleh habiskan tengok drama ni sebab banyak kali juga give up lepas tu sambung balik tengok. tapi nak ucap tahniahlah untuk diri sendiri sebab berjaya habiskan lakorn ni walaupun banyak benda yg aku dok komplen..haha

Post a Comment

11 Comments

  1. dulu2 sis layan jugak drama thai ni,, jalan cerita macam menarik.. pelakon pun cantik2 n hensem2 hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Jalan cerita dia memang menarik tapi panjang sgt..haha

      Delete
  2. i setuju, klu more than 12/13 mmg dah merepek diorg buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau dalam 12 episode mmg jalan cerita nampak cantik. Xtau kenapa drama thai tahun ni panjang sgt

      Delete
  3. cantiknya heroin dia sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  4. second lead lagi best ye Tiara.. kemain lama satu episod.. jenuh nak habis ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab dok pulun nak habiskan drama ni..haha

      Delete
  5. Boleh tahan annoying jugak eh perangai orang gaji diorang ni. Terhutang budi panya pasal sanggup bersabar dan jodohkan dengan anak sendiri. Kalau millenials dah lama kena halau keluar rumah hahaha

    ReplyDelete
  6. Thailand ni dia punya girl cantik2..suka tengok^^

    ReplyDelete
  7. Sekali pandang gambar nombor 2 pakai baju sekolah tu macam pelakon korea Son Ye-jin pulak. Cerita Thailand jarang tak best.

    ReplyDelete