Makbul (TV3) | Review Telefilem


Telemovie : Makbul
Produksi : Country Universal Sdn Bhd
Pengarah : Fairuz Loy
Penulis Skrip : Sofia J Ryhland
Siaran : TV3
Tayangan : 3 Oktober 2020
Pelakon : Aedy Ashraf, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Rahim Omar, Shah Faris


Makbul sebuah telefilem arahan Fairuz Loy mengisahkan Hafiz (Shah Faris) seorang pelajar tahfiz yg meninggal dunia akibat dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke masjiduntuk qiamullail.

ibu Hafiz tak dapat menerima kepergian Hafiz kerana begitu sayang anak bongsunya dan menyalahkan Along (Hafeez Mikail) kerana tidak mahu mencari Hafiz walaupun dia dah beritahu tak sedap hati pada malam tersebut. 

Along tak mahu ibunya terus-terusan bersedih dengan kehilangan adiknya lalu cuba menggunakan platform media sosial untuk mencari maklumat orang yg bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.


Akhbar (Aedy Ashraf) gemar melakukan aktiviti lumba kereta haram bersama kawan-kawannya. pada malam tersebut, Akhbar telah terlanggar Hafiz ketika berlumba dan memilih untuk melarikan diri tanpa melihat keadaan mangsa.

kawan-kawan Akhbar yg berlumba pada malam tersebut berpakat untuk menyembunyikan rahsia tersebut namun ada salah seorang yg belot kerana tidak suka dengan Akhbar. Akhbar pula cuba melupakan kejadian tersebut tapi timbul rasa bersalah pada keluarga mangsa lagi-lagi bila ternampak posting abang Hafiz.

Makbul (TV3) | Review Telefilem

jalan cerita Makbul sangat sedih sebab bukan senang seorang ibu nak menerima berita kematian anaknya secara tiba-tiba. walaubagaimanapun doa seorang ibu sangat makbul dan memudahkan urusan Along untuk mencari orang yg bertanggungjawab dalam kematian adiknya.

Baca juga : 

Post a Comment

6 Comments

  1. Tgk iklan kt tv aritu... Cite sedih

    ReplyDelete
  2. Sedih ceritanya. Kepulangan yang dinanti bertukar sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Dapat tengok iklan je haritu. hehehe sebab sekrang tengah marathon drama melayu hehehe

    ReplyDelete
  4. Akak ingat-ingat lupa lah dah tengok ke belum cerita ni. Makanya, kena tengok sekali lagi hehehe

    ReplyDelete
  5. Ibu bapa kehilangan anak lagi sedih dari anak kehilangan ibu bapa kan

    ReplyDelete