Telefilem | Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph (2020)


Tajuk : Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph
Produksi : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
Pengarah : Megat Fauzi Isa
Saluran : Astro Ria 
Masa : 31 Ogos 2020 | 2.00 Petang
Pelakon : Lisa Surihani, D'Boy Hamdan, Jibrail Rajhula, Nadia Aqilah


Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph mengisahkan Latifah yg tidak dapat menerima hakikat tunangnya, Yusuf yg berkhidmat dalam pasukan tentera telah meninggal dunia. 

setiap hari Latifah menunggu kepulangan Yusuf dan enggan makan ubat kesannya dia berhalusinasi ternampak Yusuf dalam siaran tv.


Yusuf Posmen pula ada menyimpan perasaan pada Latifah dan setiap hari menghantar surat kepada Latifah kononnya surat itu dikirimkan tunang. hakikatnya Yusuf Posmen sendiri yg menulis surat itu untuk memujuk Latifah makan ubat. 

rimas dengan Yusuf Posmen ni sebab asyik repeat dialog yg sama je iaitu 'Aku Posmen'. bak kata Latifah macam siaran radio buruk.


Joseph pula orang elektrik yg hantar bil ke rumah setiap bulan. kesan tak makan ubat, Latifah tersalah anggap Joseph ni Yusuf tunanganya. Joseph mula tu takut tapi kesian dengan Latifah, dia layankan sahaja.


aku tengok citer Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph sebab Lisa Surihani dan boleh dikatakan aku terhibur dengan scene Lisa saja yg lain tu terasa hambar giler ntah la maybe tak kenal pelakon yg lain kot. tak tahu juga latar masa telemovie ni tahun berapa, kalau tv hitam putih dengan radio tu rasanya tahun 70-an kot tapi perabot dalam rumah Lisa nampak moden sangat.

telemovie ni ditayang sempena hari kemerdekaan tapi tak tahu apa yg relate dengan hari kemerdekaan kecuali part tunang askar, tetiba masuk last scene pacik robert tu monolog tentang kawan dia dan Lisa menjerit dah merdeka daripada ubat. hambar.

Post a Comment

26 Comments

  1. Kak ana pun kenal lisa je dalam tu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak lisa dalam ni comel giler dan kelakar..haha

      Delete
  2. haha alamak macam hambar bebenar cerita ni kalau baca review TS ni..tapi lisa tetap cantik..hahaha...

    ReplyDelete
  3. lisa not one of my favorite..tapi she mcm pandai pilih skrip juga kan.. so i nak tgk la cita ni.. since lisa is better than Siti Saleha ..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. i suka dia berlakon dari zaman im not single lagi..hehe

      Delete
  4. Seronok tengok Lisa berlakon dan scene dia je yang best kan. Walaupun takde kaitan dengan merdeka sangat tapi kira oklah la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je tapi bila kat hujung tertiba nak relate dgn kemerdekaan tu, macam tak kena pula rasa..haha

      Delete
  5. suka dengan lisa..dia berlakon memang best dan selamba..nanti nak tgklah cerita ni

    ReplyDelete
  6. Alaa terlepas tengok telefilem ni..iena sibuk masa 31 ogos takde kat rumah..Ade review kene keluar kerja hehe..okay nanti nak cari cerita ni nak tengok

    ReplyDelete
  7. Mujur ada lisa, kalau takde mesti lagi hambar cerita ni kan huhuhu

    ReplyDelete
  8. agak best sinopsisnya... kalaua da siaran ulangan.. mahu juga menonton.. tajuk telemovienya menarik..

    ReplyDelete
  9. memng suka tengok lisa berlakon, bersahaja dan simple. thanks review

    ReplyDelete
  10. Kalau LS berlakon. Memang Ruby suka. Cerita biasa pun jadi luar biasa. Hehehe.

    ReplyDelete
  11. Haha hambar ke cerita ni? Tapi sebab ada Lisa Surihani yaya akan tengok juga sebab suka lakonan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hambar sebab semangat patriotisme tu tak sampai, hambar juga sebab i tak kenal pelakon dalam citer ni kecuali lisa dan nadia aqilah..haha

      Delete
  12. Tak ada astro tapi nak tengok . Ada lisa pulak tu

    ReplyDelete
  13. Gelak saya baca last word Tiara tu... Hambar... hahaha... Ni cerita kelakar ke ni? Saya jarang tengok tele Melayu... Di tambah lagi sekarang tukar Astro kepada Netrflix... Nanti ada peluang nak juga tengok sebab lepas baca review Tiara ni rasa macam nak tahu full cerita pula...

    Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
    Replies
    1. supposedly kot tapi saya cuma terhibur scene lisa je..haha

      Delete
  14. tajuk macam menarik... tapi kenal lisa je, yang lain entah siapa

    ReplyDelete
  15. tengok tajuk je pun dah menarik tu

    ReplyDelete
  16. Tak tgk pun tp minat kat lisa yg cute, jrg tgk. Telemovie

    ReplyDelete
  17. part hambar tu agak setuju.. heheh

    ReplyDelete
  18. Terasa mcam nk tgk sbb lisa surihani jgk. Tajuk cerita dia unik la tapi dapat feel jgk cerita dia mcm hambar.

    ReplyDelete
  19. Cari kat youtube takde pulak cerita ni. Nak tengok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni saya tengok di astro. kena cari kat tempat lain kalau nak tengok online..hehe

      Delete