Tarm Ruk Keun Jai (2015) | Review Drama Thailand

Tarm Ruk Keun Jai (2015) | Review Drama Thailand

Title : Tarm Ruk Keun Jai
English Title : Pursue Love Back To The Heart
Director : Yuthana Lorphanpaibul
Network : Channel 3
Release Date : 8 December 2015
Episodes : 12
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Nadech Kugimiya, Mew Nittha, Au Tanakorn, Diana Flipo, Rada Sirimaneewattana, Gosin Rachakrom, Tanyares Engtrakul, Montree Jenuksorn, Vivid Bavornkiratikajorn

Tarm Ruk Keun Jai (2015) | Review Drama Thailand

Tarm Ruk Keun Jai mengisahkan Nara (Mew Nittha) yang dibesarkan oleh datuknya dengan penuh kemewahanan. Suatu hari, Nara terbaca surat yang dikirim bapanya lalu berasa marah dengan ibunya, Rasamee (Tanyares Engtrakul) sebab selama ini dia menyangka bapanya sudah meninggal dunia.

Walaupun Nara mendesak tapi Rasamee tetap tidak mahu menceritakan hal yang sebenar. Nara tekad untuk tinggal segala kemewahan lalu pergi ke Buoka Farm yang terletak di kawasan pendalaman untuk bertemu bapanya, Naram (Au Tanakorn).

Nara bertemu dengan pemilik ladang tersebut bernama Singh (Nadech Kugimiya) untuk bekerja di situ dan  memperkenalkan dirinya sebagai Noona kerana tidak mahu identitinya diketahui oleh bapanya.

Tarm Ruk Keun Jai (2015) | Review Drama Thailand

Nara atau Noona dah biasa hidup senang macam princess, semua kerja rumah sebelum ini ada orang gaji yang akan buat untuk dia. Bila kena hidup berdikari macam orang biasa agak susah untuk Noona menyesuaikan diri. tapi disebabkan mahu mendekatkan diri dengan bapanya, Noona sanggup redah buat kerja ladang di bawah terik matahari.

satu lagi boleh tahan juga tahap clumsy dia sampai pekerja ladang kat situ sakit jiwa bila kena bekerja dengan dia. Lepas tu, Singh suruh Noona jadi pembantu rumah dekat rumah dia tapi Singh pula yang stress tengok cara Noona buat kerja. nak pecat pun tak boleh juga sebab Singh dah terjatuh hati dengan Noona.

Last sekali, Singh suruh Noona tolong dia buat kerja pejabat dari situ baru nampak bakat sebenar Noona. Singh curious juga dengan identiti Noona walaupun Noona cakap dia orang susah tapi tengok cara Noona pun Singh boleh agak yang background Noona bukan biasa-biasa. Dalam diam, Singh cuba menyiasat untuk tahu siapa sebenar Noona dan apa tujuan dia datang bekerja di ladang miliknya.

Tarm Ruk Keun Jai (2015) | Review Drama Thailand

Noona terus berdiam diri dan langsung tak dedahkan dirinya sebenar sebab tujuan dia nak dekatkan diri dengan bapanya so dia risau kalau Naram tak boleh terima dirinya sebagai anak sebab mereka dah lama tak berjumpa sejak Noona kecil lagi.

bila Noona memanjang asyik nak berkepit dengan Naram, semua orang tuduh Noona nak mengorat Naram. Singh pun kemain jelous sampai siap perli Noona punya taste level bapa-bapa. nak dijadikan cerita, sepupu Singh iaitu Khun Nong pun dah lama simpan perasaan pada Naram. suka tengok part Singh dan khun Nong jealous, comel sangat..

Tarm Ruk Keun Jai (2015) | Review Drama Thailand

Overall, plot dan jalan cerita Tarm Ruk Keun Jai agak menarik dan konflik yang ada pun tak berat sangat. Barisan pelakon juga sangat best bawa watak masing-masing. suka tengok gandingan Mew Nittha dan Nadech nampak comel dan serasi sangat.

Post a Comment

0 Comments