Review Drama Korea | Hometown Cha-Cha-Cha (2021)


Title : Hometown Cha-Cha-Cha
Director : Yoo Je Won
Screenwriter : Shin Ha Eun
Network : TVN/Netflix
Aired : 28 August 2021 - 17 October 2021
Episodes : 16
Duration : 1 hour 20 minutes
Cast : Shin Min Ah, Kim Seon Ho, Lee Sang Yi, In Gyo Jin, Jo Han Chul, Lee Bong Ryun, Kang Hyung Suk, Kim Young Ok, Gong Min Jung, Cha Chung Hwa, Kim Min Seo, Yoon Seok Hyun, Kim Joo Yeon, Ki Eun Yoo, Go Do Yeon


Pada hari ulangtahun kematian ibunya, Yoon Hye Jin (Shin Min Ah) melawat pantai di Gongjin kerana di situ kerana terakhir yang terindah bersama ibunya. Namun beberapa kejadian malang berlaku kepada Hye Jin pada hari itu menyebabkan dia terkandas semalaman di Gongjin.

Hye Jin kemudiannya membuat keputusan untuk membuka klinik pergigian  di Gongjin bila tahu ramai penduduk di situ sukar mendapatkan rawatan gigi kerana tiada klinik di situ. lagipun Yoon Hye Jin sukar mendapatkan kerja sebagai doktor gigi di Seoul selepas bergaduh dengan boss dia.


pada mulanya agak sukar Yoon Hye Jin bergaul dengan komuniti penduduk di situ sebab selama ini dia dah terbiasa buat hal sendiri dan tak ambil kisah dengan jiran sebelah rumah di Seoul. kerana perangai Hye Jin yang tak berapa mesra, penduduk di situ memboikot klinik Dr Yoon yang baru dibuka.

nasib baik ada Chief Hong (Kim Seon Ho) yang menegur dan mengajak Hye Jin pergi ke event yang diadakan untuk penduduk di situ. sejak dari itu, Hye Jin cuba bergaul dan mulai rapat dengan penduduk di situ. klinik dia juga dapat beroperasi dengan baik bila ramai yang datang ke situ untuk mendapatkan rawatan.


Chief Hong  atau nama penuhnya Hong Du Shik sangat popular dan dihormati penduduk di situ. ramai yang mendapatkan bantuan Chief Hong bila mereka ada masalah so tak hairanlah kalau Chief Hong ada banyak kerja part time di Gongjin.

Hye Jin pada mulanya memandang rendah pada Chief Hong sebab tak ada kerja tetap lepas tu terkejut bila tahu yang Chief Hong lulusan SNU (Seoul National University) but still macam pelik juga kenapa Chief Hong hidup macam tu sedangkan dia boleh dapatkan kerja yang bagus dan gaji yang besar di Seoul.

sebenarnya bukan Hye Jin sahaja yang pelik tapi penduduk di situ pun tak tahu apa terjadi pada Chief Hong sebelum lelaki itu pulang menetap di Gongjin, benda itu menjadi antara tiga benda misteri juga di Gongjin dan macam-macam teori yang mereka buat tapi tak pernah tahu kebenaranya bila Chief Hong terus mendiamkan diri mengenai hal tersebut.


dalam drama ni banyak betul supporting cast dia sampai dah habis tengok pun aku struggle nak ingat nama watak-watak ni. watak sampingan ini juga yang sebenarnya menceriakan keadaan tapi ada juga episode yang bagi aku agak membosan bila banyak side story macam kisah cinta tiga segi tuan rumah Hye Jin dengan suaminya.

walaupun ada watak ni yang agak annoying tapi mereka ini sebenarnya baik. ada episode yang kelakar bila masing-masing dah tahu Chief Hong dan Dr Yoon bercinta tapi layankan sahaja drama pasangan ini yang mahu berahsia sebelum Dr Yoon beritahu status dia dan Chief Hong.


tengok drama ni sebenarnya sebab Shin Min Ah dan Kim Seon Ho, suka tengok chemistry mereka berdua. dari first episode nampak comel interaction antara mereka berdua dan bila Chief Hong dan Hye Jin start bercinta, alahai  sweetnya. yang tengok ni pun ada masalah bila tersengih sorang-sorang tengok scene mereka bercinta.

suka tengok bila penulis tunjuk healthy relatinship antara Chief Hong dan Yoon Hye Jin. ada satu scene bila mereka keluar dating dan Hye Jin beli barang branded, tak ada pula bila Chief Hong nak bising atau rasa tercabar bila gilfriend dia lebih kaya. Chief Hong siap buatkan kotak khas lagi supaya Hye Jin boleh simpan barang kemas dia.

ada satu masa Hye Jin terasa juga apabila Chief Hong tak terbuka hati nak cerita mengenai apa yang pada hidupnya. tapi Hye Jin tak cepat gelabah bila dia beri masa dan sanggup tunggu Chief Hong untuk beritahu rahsianya.


sepanjang tengok drama Hometown Cha-Cha-Cha, curious juga nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada Chief Hong. rahsia Chief Hong tak ada dark sangat bila didedahkan di episode 15. apa yang terjadi sebenarnya bila masing-masing tak boleh terima apa yang berlaku dan menyalahkan orang lain padahal semuanya mangsa keadaan.

siapa yang tengah tak tahu nak tengok drama apa bolehlah melayan Hometown Cha-Cha-Cha sebab jalan ceritanya sangat menarik dan santai yang buat korang ketawa dan siapa yang hati tisu tu sila sediakan kotak tisu sebab ada episod yang boleh bikin menangis. 

overall, sis suka drama Hometown Cha-Cha-Cha kerana gandingan Shin Min Ah dan Kim Seon Ho 😍

Post a Comment

8 Comments

  1. wahh rajin buat review kpop erk.,. ;p

    ReplyDelete
  2. Tajuk cerita unik. Jalan cerita pun apabila baca lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  3. bestkan tengok aktor Korea..mereka hensem dan cantik

    ReplyDelete
  4. kite suka tengok pelakon wanita tu

    ReplyDelete
  5. Tengah trending drama ni. Saya belum terjebak lagi nak tengok. hihi

    ReplyDelete
  6. da habis tengok hari tu...ending dia agak meaningful jugak la...nangis ciksun tengok tiga episod last dia..

    ReplyDelete
  7. kat medsos pun ramai betol yg rekomen cite ni

    ReplyDelete
  8. kita baru terjebak tenguk tapi memang suka tenguk hero dan heroin sebab comel dengan lesung pipit masing2. Bila tenguk citer ni macam karektor kat kg yang kecuh dengan makcik bawang. Nampak macam penyibuk tapi sebenarnya mereka baik dan sentiasa tolong menolong satu kg. Yg kelakor part makcik2 tumpang keta nak ke seoul...aduhaiiii asyik berhenti je sebab nak buang air

    ReplyDelete