Review Drama Korea | Move to Heaven (2021)


Title : Move To Heaven
Director : Kim Sung Ho
Screenwriter : Yoon Ji Ryun
Network : Netflix
Aired : 14 May 2021
Episodes : 10
Duration : 52 minutes
Cast : Tang Jun Sang, Lee Je Hoon, Hong Seung Hee, Jin Ji Hee, Im Won Hee, Jung Suk Yong, Jung Young Joo, Lee Moon Shik, Yang Hong Seok, Lee Jae Wook

Move to Heaven sebuah syarikat kecil yg diuruskan oleh Han Jung Woo (Jin Ji Hee) dan anaknya Han Geun Ru (Tang Jun Sang) yg menyediakan perkhidmatan trauma cleaner iaitu membersih dan menguruskan barang-barang orang yg sudah meninggal dunia.


Han Jung Woo membesarkan anaknya seorang diri selepas isterinya meninggal dunia kerana cancer. bukan senang nak membesar anak yg mempunyai autism atau asperger syndrome tapi boleh nampak hubungan Jung Woo dan Geun Ru sangat rapat.

Suatu hari, Han Jung Woo meninggal dunia dan meminta adiknya iaitu Cho Sanggu (Lee Je Hoon) untuk menjadi penjaga Geun Ru). 

cerita dia juga agak touching, first episode lagi aku dah menangis tengok drama ni waktu scene bapa dia minta nak peluk Geun Ru, macam tahu-tahu je hidup dia tak lama. 


Cho Sanggu pada awalnya menolak sebab hubungan dia dengan abangnya tak baik dan mereka dah lama terpisah. kemudian Sang Gu setuju sebab dia nak bolot harta abang dia tapi dia tak tahu penguam lagi cerdik. 

Penguam abangnya minta Sanggu ikut syarat yg ditetapkan sebelum layak jadi penjaga Geun Ru yg sah termasuk bekerja di Move To Heaven. perangai Sanggu ada kalanya menyakitkan hati juga tapi dia tak boleh nak abaikan Geun Ru. rupanya ada salah faham yg berlaku antara Sanggu dan Junghoo.


plot dan storyline drama Move To Heaven menarik, benda yg nampak simple tapi sangat membantu untuk si mati dengan menguruskan harta benda mereka dan memudahkan perjalanan mereka.

Geun Ru percaya yg orang dah meninggal dunia ada cerita dan pesanan terakhir mereka yg mana menjadi tanggungjawab dia untuk menyampaikan amanat terakhir si mati walaupun ada juga waris si mati yg tak nak terima barang-barang berharga tersebut.


walaupun Geun Ru ni tak normal macam orang lain tapi dia ada daya ingatan yg tinggi dan pandai menilai seseorang melalui hati. walaupun perangai Sanggu nampak macam jahat tapi Geun Ru percaya yg pacik dia ni seorang yg baik hati.

overall, the whole story sangat menarik dan heartwarming, gandingan pelakon senior dan baru sangat mantap. tabik juga dengan lakonan Jin Ji Hee sebagai Han Jung Woo, walaupun scene dia tak banyak tapi setiap kali dia muncul mesti touching giler tengok cara dia melayan anaknya.

Post a Comment

5 Comments

  1. mama kena kumpul kekuatan sebelum tgk citer macam ni huhu

    ReplyDelete
  2. menarik..lama x tengok JJH berlakon..

    ReplyDelete
  3. lama suda nda layan kdrama ni..
    sbb terlampau busy layan anime haha

    ReplyDelete
  4. Lain betul imej Lee Je-hoon dalam drama ni. Macam best je untuk ditengok.

    ReplyDelete
  5. alamak... kalau sedih takbestnyaaa

    ReplyDelete