Review Drama Korea | The Red Sleeve (2021)


Title : The Red Sleeve
Director : Jung Ji In
Screenwriter : Jung Hae Ri
Network : MBC/VIU
Aired : 12 November 2021 - 1 January 2022
Episodes : 17
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Romance Drama, Historical
Cast : Lee Se Young, Lee Jun Ho, Lee Deok Hwa, Kang Hoon, Jang Hee Jin, Park Jin Young, Kang Mal Geum, Seo Hyo Rim, Oh Dae Hwan, Lee Eun Saem, Ha Yul Ri, Lee Min Ji, Kwon Hyun Bin, Kim Yi On, Ji Eun, Yoon Hyo Sik

dah lama rasanya tak menonton saeguk drama, last yang aku follow drama Scarlet Heart Ryeo. selalu cerita historical ni jalan cerita lebih kurang saja, banyak main dengan konflik politik dan ending mesti sedih. my favourite saeguk drama ialah The Moon Embracing The Sun lakonan Han Gain dan Kim Soo Hyun.

aku decide tonton drama ni sebab ada Junho 2PM tapi lagi excited nak tengok bila tahu The Red Sleeve sapu lapan anugerah dalam MBC Drama Awards 2021 dan diangkat sebagai drama terbaik untuk tahun 2021.


The Red Sleeve diadaptasi dari novel 'Otsomae Beulgeun Kkeuddong. karya Kang Mi Yang yang diinspirasi dari kisah cinta antara King Jeongjo atau Yi San dengan court lady Sung Daek Im. 

mengisahkan Yi San (Lee Jun Ho) yang ditabalkan sebagai putera mahkota menggantikan bapanya, Crown Prince Sado yang dihukum bunuh oleh datuknya, King Yeongjo (Lee Deuk Hwa). sejak kecil lagi Yi San mempunyai ramai musuh yang mahu merampas kedudukannya. King Yeongjo pula tidak pernah percaya dengan Yi San kerana takut Yi San mengikut jejak langkah anaknya. 

Yi San mahu melakukan banyak perubahan untuk rakyat sebaik dapat menaiki takhta dan berazam untuk tidak mengikuti pemerintahan datuknya yang dirasakan kejam. antara benda yang mahu dilakukan oleh Yi San adalah sistem water control dan membebaskan hamba.


Yi San kemudiannya bertemu dan jatuh Sung Deok Im (Lee Se Young) dan mahu mengambil gadis itu sebagai royal concubine tapi Sung Deok Im menolak permintaannya.

Sung Deok Mi dibawa masuk ke istana dan dilatih menjadi court maid dalam usia yang muda. bakatnya yang bijak dan pandai menulis telah menarik perhatian Head Court Lady Cho lalu assign Sung Deok Mi untuk jadi court maid Crown Prince secara tak langsung nak libatkan Deokmi dalam permainan politik istana.

tapi Sung Deok Mi tak pernah berminat untuk jadi royal concubine sebab dia lebih suka hidup bebas dan bergembira dengan kawan-kawannya. Crown Prince Yisan nak ambil dia jadi gundik pun dia tetap menolak tawaran tersebut walaupun Sung Deok Mi dari awal lagi sudah ada perasaan pada Yi San.


Hong Deok Ro (Kang Hoon) merupakan orang kuat dan kawan Yi San sejak kecil. dari awal lagi tak berapa suka watak dia sebab boleh nampak ada sesuatu di sebaliknya senyuman dia yang menawan. dia ada motif sendiri nak jadikan adiknya sebagai gundik raja.

satu kelemahan Yi San ni dia tak ada orang kanan yang betul-betul setia dan berkongsi visi dan misi yang sama dengannya. macam Deok Ro ni selalu bagi cadangan yang bikin Yi San naik darah seperti beri cadangan gulingkan King Yeongjo yang tengah uzur. satu lagi kelemahan Yi San juga bila dia terlalu bagi muka pada Deok Ro, makin naik lemak mamat ni bila Yi San jadi raja.

walaupun menyampah dengan watak Hong Deok Ro tapi suka pula tengok pelakon ni sebab muka dia ada iras pelakon Lee Sang Yoon. 


nyawa Yi San selalu diancam bahaya sama tapi kesian bila raja tak pernah percaya Yi San kerana terpengaruh dengan pembesarnya. antara musuh Yi San adalah Head Court Lady Cho yang mempunyai organisasi rahsia sendiri dan mempunyai motif tersendiri untuk menjatuhkan Yi San.

selain itu, Princess Hwa Wan (Seo Hyo Rim) yang merupakan anak King Yeongjo juga mempunyai cita-cita untuk melantik anak angkatnya sebagai raja walaupun tahu peluang tersebut sangat tipis.


walaupun banyak konflik politik yang berlaku tapi jalan cerita tak terasa berat sangat sebab drama The Red Sleeve banyak fokus kepada kehidupan Sung Deok Mi di dalam istana sebagai court maid sehinggalah diangkat sebagai Royal Consort Uibin Sung oleh  King Jeongjo (Yi San).

plot dan progress jalan ceritanya sangat menarik, banyak scene yang menarik dan menghiburkan. watak bodyguard Yi San sangat kelakar. lakonan dan chemistry antara Junho dan Lee Se Young memang best. masuk dua episode akhir, jalan cerita makin sedih. dari awal lagi sis dah prepare mental sebab dah  boleh agak ending dia ke arah mana tapi still lagi good ending dan berbaloi untuk ditonton.

Post a Comment

3 Comments

  1. lama tak tgk drama mcm ni
    best drama2 mcm ni

    ReplyDelete
  2. Alaa tak sempat nak tengok lagi. Sekarang tengah tengok Mr Princess yang tertinggal dulu.

    ReplyDelete
  3. x habis lg tengok ep17..sad ending..huhu..

    ReplyDelete