Drama Korea | D.P. (2021)


Title : D.P / Deserter Pursuit Dog Day
Director : Han Jun Hee
Screenwriter : Han Jun Hee, Kim Bo Tong
Network : Netflix
Aired : 27 August 2021
Episodes : 6
Duration : 50 minutes
Cast : Jung Hae In, Koo Kyo Wan, Kim Sung Kyun, Son Seok Koo, Jo Hyun Chul, Shin Seung Ho, Hyun Bong Shik, Kim Bum Soo, Joo Jong Hyuk, Go Kyung Pyo


Di Korea Selatan, khidmat tentera diwajibkan kepada semua lelaki yang berumur 18 tahun ke atas mereka perlu menjalani latihan ketenteraan sekurang-kurangnya dalam tempoh 21 bulan.


D.P mengisahkan Ahn Jun Ho (Jung Hae In) seorang pemuda yang tiada arah hidup dan menyertai khidmat tentera apabila mendapat panggilan. hidup sebagai seorang tentera sangat sukar dengan rutin harian yang ketat dan bertambah sukar apabila ditempatkan dalam unit yang ada senior kaki buli.

Suatu hari, Ahn Jun Ho mendapat tawaran daripada Sarjan Park Bum Goo (Kim Sung Kyu) untuk menjadi anggota D.P bersama Han Ho Yul (Koo Kyo Wan). D.P atau Deserter Pursuit adalah pasukan mencari anggota tentera yang melarikan diri dari kem ketika masih dalam tempoh perkhidmatan. 

tugas D.P agak mencabar tapi satu kelebihan juga buat Ahn Jun Ho apabila dia tak perlu berdepan dengan senior kaki buli dan boleh keluar kem menyamar sebagai orang awam untuk menjalankan misinya.


masalah buli ini bukan satu benda baru malah dah jadi macam tradisi pula dalam ketenteraan sebab bukan setakat orang bawah sahaja, pihak atasan pun ada yang menggunakan kuasa mereka membuli orang bawahan.

ramai yang tahu perkara tesebut tapi masing-masing lebih selesa berdiam diri dan tidak melaporkan kepada pihak atasan. sebab itu ada anggota yang tidak tahan dengan kehidupan tentera bertindak nekad untuk melarikan diri  tapi ada juga yang melarikan diri sebab benda lain.


watak Ahn Jun Ho tak begitu menonjol tapi itu yang buat jalan cerita nampak lebih realistik apabila  sebagai orang bawahan dia cuma boleh melihat rakan yang lain dibuli kerana tak mampu melawan sistem yang ada. nasib baik bila join D.P dapat senior yang baik dan gila-gila macam Han Ho Yul.

jalan cerita D.P (Deserter Pursuit) sangat menarik dan agak menyedihkan dengan isu buli yang berlaku dalam tentera, dalam masa yang sama tergelak tengok perangai gila-gila Han Ho Yul.

Post a Comment

10 Comments

  1. Akak nak tengok filem ni. Cuma rasa macam ganas pula cara training mereka. Sakit tu terasa kat kaki ku. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pula macam tu..hahaha

      training tentera memang strict tapi yang ganas tu sebab perangai orang atas yang teruk. sistem yang ada pun kuat membuli..

      Delete
  2. Aien tengok nangis part Suk Bong tu. Huwaaaa~ sedihnya dia yang warm hearted terluka begitu sekali.

    Jenayah buli ni memang susah nak dielakkan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih betul laa bila dia cakap nak buat perubahan at the end macam tak berbaloi pengorbanan dia bila orang atas cover kes dia dengan cerita lain

      Delete
  3. BEST!!! tapi x puas sbb 6 episod je hehhe...

    ReplyDelete
  4. Tak tengok lagi tapi ada dalam list. Nanti try tengok

    ReplyDelete
  5. sembang pasal kes buli dalam tentera ni teringat kes seterika wap tu. Tengok trailer drama ni macam menarik, nanti nak tengok lah. Thanks for the review!

    ReplyDelete
  6. menarik juga layan ni sure ada byk action kan

    ReplyDelete
  7. Cerita Korea tentang badan beruniform ni selalunya tak mengecewakan. Kadang tak sanggup nak tengok cerita buli ni. Dia punya buli tak tahu lah tahap apa, memang kesian. Lebih lagi kalau cerita buli dalam penjara tu.

    ReplyDelete
  8. baru tengok ep1..tak tahan tengok scene buli..paku kt dinding..

    ReplyDelete