Review Drama Korea | Hospital Playlist 2 (2021)


Title : Hospital Playlist 2
Director : Shin Won Ho
Screenwriter : Lee Woo Jung
Aired : 17 Jun 2021 - 16 September 2021
Network : TVN / Netflix
Episodes : 12
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Jo Jung Suk, Yoo Yeon Seok, Jung Kyung Ho, Kim Dae Myung, Jeon Mi Do, Shin Hyun Bin, Ahn Eun Jin, Kwak Sun Young, Kim Hae Sook, Kim Gab Soo, Kim Jun, Jung Moon Sung, Baek Hyun Sung, Ha Yoon Kyung, Moon Tae Yu, Moon Hee Kyung


sebelum musim pertama start lagi, Director Shin Won Ho dah bagitahu kalau drama ni dapat sambutan baru mereka akan buat sekuel dan selepas setahun semua cast kembali lagi dengan musim kedua.



Hospital Playlist mengisahkan lima orang kawan baik yang bekerja sebagai doktor pakar di hospital yang sama. berbeza dengan drama medik yang lain, jalan cerita Hospital Playlist lebih memberi fokus kepada kehidupan doktor di hospital dan juga hubungan antara doktor dan juga pesakit.

menarik juga jalan cerita pada musim kali ini diselitkan kisah cinta yang berlaku antara mereka berlima.


BIDULGI COUPLE - KIM JUN WAN & LEE IK SUN

dalam musim yang lepas, Kim Jun Wan (Jung Kyung Ho) yang paling bahagia apabila dilamun cinta dengan Lee Ik Sun (Kwak Sun Young). dalam musim kedua, Ik Sun yang merupakan anggota tentera mengambil keputusan untuk menyambung belajar di London. semuanya berjalan lancar sehinggalah Ik Sun tiba-tiba mahu putuskan hubungan mereka.

sebelum ini pun, Jun Wan tak pernah beritahu hubungannya dengan Iksun kepada kawannya yang lain antara sebabnya Ik Sun adalah adik kepada Ik  Jun. musim ni kesian juga bila Jun Wan frust cinta tapi tak boleh nak ceritakan masalah dia.


WINTER GARDEN COUPLE - AHN JEONG WON & JANG GYEOL WOOL

Ahn Jeong Won (Yoo Yeon Seok) hampir berhenti kerja untuk mengikut jejak langkah abang dan kakaknya menjadi paderi tapi membatalkan niat tersebut apabila Dr Jang Gyeol Wool (Shin Hyun Bin) meluahkan perasaannya pada Jeong Won.

hubungan mereka sangat smooth cuma mereka rahsiakan hubungan mereka daripada staff hospital yang lain. comel sangat bila tengok mereka dating diam-diam kat hospital. yang kelakar staff lain langsung tak syak mereka dating walapun pernah nampak Dr Jang naik kereta dengan Jeong Won.


GOM GOM COUPLE - YANG SEOK HYUNG & CHU MIN HA

Yang Seok Hyung (Kim Dae Myung) dan Chu Min Ha (Ahn Eun Jin) bekerja dalam department yang sama. kes Min Ha sama dengan Dr Jang masing-masing crush dengan senior sendiri tapi dalam kes Min Ha kesian juga asyik kena reject dengan Seok Hyung.

Seok Hyung seorang introvert dan antisosial sebab tu dengan staff lain pun dia tak rapat kecuali geng dia, Seok Hyung tak pernah terfikir untuk bercinta lagi sebab sebelum ini rumah tangga dia gagal kerana campur tangan emaknya.

musim kedua ni suka tengok progress Seok Hyung dan juga hubungan dia dengan Min Ha. Seok Hyung ambil serius nasihat Song Hwa untuk lebih berani supaya tak berulang lagi episod pahit dalam hubungan dia. 


IKSONG COUPLE - LEE IK JUN & CHA SONG HWA

dari musim pertama lagi ramai yang excited nak tengok Lee Ik Jun (Jo Jung Suk) dan Cha Song Hwa (Jeon Mi Do) jadi pasangan kekasih. sebenarnya Ik Jun dan Song Hwa saling menyukai sejak zaman kolej tapi ada sebab sendiri kenapa mereka asyik friendzone each other.

boleh nampak yang hubungan mereka sangat rapat dan nampak lebih daripada kawan cuma masing-masing tak berani nak ke depan. pasangan ni sangat comel, dah lah Ik Jun kelakar dan suka buat lawak tapi Song Hwa yang mudah terhibur dengan joke Ik Jun.


Hospital Playlist agak berbeza dengan drama medik yang lain sebab jalan cerita tak fokus kepada lima watak utama sahaja tapi tentang kehidupan yang dilalui oleh doktor di hospital dan juga hubungan dengan pesakit, jangan terkejut bila tengok drama ni banyak sangat watak yang random muncul dalam setiap scene.

bila tengok drama ni banyak juga info mengenai medik yang boleh dapat dan episod musim ini sama juga dengan musim pertama cuma durasi setiap episod makan masa hampir dua jam, jenuh juga nak habiskan setiap satu episod.


sebelum ni tak perasan pula kalau ada scene Jun Wan dan Seok Hyung berdua. scene ni kelakar bila mereka berlima plan nak pergi bercuti tapi last sekali tinggal Jun Wan Seok Hyung saja bila yang lain dapat emergency call. jadi awkward betul sudah la mereka berdua ni perangai berbeza, benda kecil pun boleh jadi gaduh.


scene yang ada Ik Jun tak pernah tak kelakar dan semuanya best. semua benda yang berlaku dalam hospital semua dia tahu. termasuk juga hubungan cinta yang berlaku pada kawan baik. 

walaupun Jun Wan nak rahsiakan hubungannya dengan Ik Sun tapi dari musim pertama lagi rasanya dia dah tahu. disebabkan mulut tempayan Ik Jun hampir saja dia nak buka rahsia hubungan Jeong Won dan Dr Jang pada staf lain.


bagi aku, ending dia sangat memuaskan hati dan semuanya dapat happy ending. ramai sebenarnya yang berharap ada musim ketiga sebab Director Shin dah beritahu yang mereka tak ada plan untuk sambung lagi siri Hospital Playlist walaupun musim kedua ni dapat rating yang tinggi di TVN.

Post a Comment

6 Comments

  1. Ya ampun... MY memang suka sangat sangat drama ni.. siap boleh repeat repeat part yang kelakar

    ReplyDelete
  2. baru habis nonton semalam...best drama ni sbb takde watak jahat, banyak medical info..semua scene bedah2 mcm real je...

    ReplyDelete
  3. Kaaann!! Ending dia best! Memang puas hati.. Harap2 thn depan ada smbgan lagi haha maybe next season semua pun dh kawen plak haha

    ReplyDelete
  4. Lahhh ingatkan dah lama habis. Baru habis rupanya. Saya tak pernah tengok hospital playlist ni. Trending juga drama ni, kan. Suka jo jung suk berlakon.

    ReplyDelete
  5. Tak berkesempatan lagi nak tengok drama ini..

    ReplyDelete