Drama Korea | Taxi Driver (2021)


Title : Taxi Driver
Director : Park Joon Woon
Screenwriter : Oh Sang Ho, Lee Ji Hyun
Network : SBS
Aired : 9 Apr 2021 - 29 May 2021
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Genre : Action, Thriller, Chrime
Cast : Lee Je Hoon, Esom, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin, Jang Hyuk Jin, 
Bae Yoo Ram, Cha Ji Yeon, Yoo Seung Mok, Lee Yoo Joon,

Taxi Driver kisah tentang pemandu teksi tapi teksi ni special sikit apabila  mendengar luahan client dan membantu mereka membalas dendam dengan cara tersendiri. hanya orang terpilih yg dapat naik teksi ini.

Syarikat Rainbow Taxi yg  dimiliki Jang Sung Chul (Kim Eui Sung) nampak seperti sebuah syarikat teksi biasa tapi Jang Sung Chul membentuk satu team rahsia, Deluxe Taxi yg terdiri daripada Kim Dok Ki (Lee Je Hoon), Ahn Go Eun (Pyo Ye Jin), Choi Kyung Goo (Jang Hyuk Jin) dan Park Ji Eon (Bae Yoo Ram).


Jang Sung Chul masih tak boleh lupa peristiwa ibu bapanya dibunuh 20 tahun yg lepas dan dia rasa undang-undang tak adil bila hukuman yg ada tak setimpal dengan jenayah yg dilakukan pembunuh. sebab itu dia pilih untuk membantu mereka yg teraniaya untuk membalas dendam dengan cara tersendiri.

Don't Kill Yourself. Take Revenge. We'll Do it for yourself.

luarannya Jang Sung Chul nampak jenis yg baik hati bila membantu orang melalui badan kebajikan Blue Bird dan bagitahu kat semua orang yg dia dah boleh lupakan peristiwa hitam tersebut dan maafkan pembunuh.


kesemua member dalam Deluxe Taxi ni ada sejarah hitam masing-masing macam Kim Dok Ki yg masih tak boleh peristiwa ibunya dibunuh sebab itu dia terima tawaran Jang Sung Chul untuk menjadi pemandu deluxe taxi.

Kim Dok Ki asalnya seorang askar special team so tak ada masalah bila nak fight geng jahat seorang diri. Kim Dok Ki dibantu oleh Ahn Go Eun yg merupakan hacker dan juga dua orang mekanik iaitu Choi Kyung Goo dan Park Ji Eon untuk menjalan misi membalas dendam.


Jang Sung Chul ada cara tersendiri untuk menghukum penjenayah yg mereka kidnap dan bekerjasama dengan Chairman Baek Sung Mi (Cha Ji Yeon) untuk menyimpan kesemua penjenayah tersebut.

masalah terjadi bila Chairman Baek belot dan nak guna penjenayah yg mereka simpan dalam bisnes haram jual organ.


Prosecutor Kang Hana (Esom) mula menyiasat Deluxe Taxi apabila kes yg dia siasat tak dapat selesai bila penjenayah hilang tanpa jejak. Prosecutor Kang tak setuju dengan cara Kim Dok Ki bila tahu kegiatan sebenar Deluxe Taxi.

tapi selepas orang yg paling rapat jadi mangsa baru Prosecutor Kang faham apa yg Kim Dok Ki cuba lakukan dan Prosecutor Kang cuba bekerjasama dengan Kim Dok Ki.


plot yg paling best dalam drama ni bila salah seorang daripada mereka kena scam dengan voice phishing. bila nak pergi report ke balai terus speechless bila ramai lagi yg terima nasib yg sama.

nak tunggu polis buat kerja memang mereputlah nak dapat balik duit yg hilang tu makanya mereka buat keputusan untuk balas dendam pada penjenayah voice phishing. part ni yg paling kelakar bila tengok macik scammer kena scam dengan Kim Dok Ki, jatuh cinta punya pasal dengan ayat manis Kim Dok Ki habis semua benda tergadai.


pelanggan Deluxe Taxi terdiri daripada mereka yg lemah dan teraniaya seperti pekerja yg ditindas majikan mereka, budak sekolah yg dibuli dan juga mangsa scammer. semua benda ini tunjukkan betapa sakitnya sistem yg ada.

drama Taxi Driver sebenarnya secara tak langsung mengkritik sistem undang-undang apabila hukuman yg dikenakan terhadap penjenayah tak setimpal dengan trauma yg mangsa dan keluarga mereka kena tanggung. itu belum masuk lagi jenis yg kaya menggunakan duit untuk lari dari hukuman.

actually ada kes dalam drama ni berdasarkan kisah benar yg mana orang yg tak bersalah dipenjarakan selama 20 tahun atas tuduhan membunuh. selepas 20 tahun baru tahu kebenaran bila pembunuh sebenar mengaku tapi kes ni tak boleh dibawa semula ke mahkamah sebab dah tamat tempoh.


walaupun penulis bertukar di pertengahan drama tapi langsung tak menjejaskan momentum jalan cerita dari awal hingga akhir. setiap watak yg ada sangat menarik dan jalan cerita pun tak terlalu fokus pada Kim Dok Ki sebab masing-masing ada peranan sendiri.

camera work dan action scene dalam drama ni sangat mantap. lagu ost dan muzik latar drama ni pun best dan kena dengan setiap emosi dan situasi. overall memang best kalau yg suka tengok cerita action thriller, highly recommended.

Post a Comment

12 Comments

  1. oo...nampak macam best pulak bila baca...

    ReplyDelete
  2. Rating tinggi tau drama ni and memang dah masuk waiting list. Tapi tak tertengok lagi. Banyak nau drama yang ada sekarang ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah banyak sgt drama yg ada sekarang, tak terkejar nak tengok semua..

      Delete
  3. femes kan cite ni. xsempat lagi nak tgok.hehe

    ReplyDelete
  4. crime thriller...best ni...banyak drama Lee Jee Hoon tahun ni..Move to Heaven pun dia jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Move to heaven tu pun best juga. banyak drama dia yg best :)

      Delete
  5. Wow, macam best je cerita ni. Nanti nak cari cerita best lain, cari dalam ni je la..complete review.

    ReplyDelete
  6. i right now tgk penthouse hahaha .. org dah tgk habis i baru season 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. i ada tertengok drama penthouse tu kat tv then baru dah masuk season 3. terus give up..haha

      Delete
  7. Cerita aksi yang best ni. setiap orang ada kisahnya. kena tengok sebab ada Lee Je Hoon gak :)

    ReplyDelete
  8. Dengar-dengar cerita ni best tapi tak sempat nak tengok lagi. 😅

    ReplyDelete