Review Drama Korea | Sisyphus: The Myth (2021)


Title : Sisyphus: The Myth
Director : Jin Hyeok
Screenwriter : Jeon Chan Ho, Lee Je In
Network : JTBC / Netflix
Aired : 17 Feb 2021 - 8 Apr 2021
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Cho Seung Woo, Park Shin Hye, Kim Byung Chul, Kim Jong Tae, Sung Dong II, Tae In Ho, Jung Hye In, Heo Jun Seok, Go Yoon, Chae Jong Hyeop

Sisyphus: The Myth mengisahkan Kang Seo Hae (Park Shin Hye) yg menaiki time machine untuk kembali ke tahun 2020 bagi menyelamatkan korea daripada perang nuklear dan melindungi Han Tae Sul.


perang nuklear yg tercetus menyebabkan negara korea telah musnah. Kang Seo Hae yg membesar dalam keadaan sukar tersebut telah diajar oleh ayahnya untuk menembak dan mahir seni mempertahankan diri.

takde yg best pun bila hidup dalam keadaan tersebut sebab nak kena fikir macam mana nak survive, nak dapat bekalan air dan makanan pun susah dengan udara yg tercemar disebabkan radiasi yg tinggi. 

Seo Haae tekad untuk menyelamatkan dunia dari peperangan dan dia yakin boleh mengubah masa depan jika kembali ke masa lalu dan protect Han Tae Sul dan halang lelaki tersebut daripada mencipta mesin masa.


Han Tae Sul adalah pemilik syarikat Quantum & Time, genius engineer yg mahir dalam coding. Han Tae Sul juga pencipta time machine iaitu uploader dan downloader yg membolehkan manusia mengembara ke masa lalu.

nyawa Han Tae Sul dah banyak kali diancam bahaya selepas terselamat daripada kapal terbang terhempas, Han Tae Sul jumpa banyak benda pelik. abangnya, Han Tae San yg mati 10 tahun yg lepas tiba-tiba muncul semula apabila dia terjumpa suitcase yg ada barang milik Han Tae San.

dalam nak mencari dan menyiasat apa yg sebenarnya terjadi kepada Han Tae San, Han Tae Sul bertemu dengan Kang Seo Hae yg tiba-tiba muncul menyelamatkannya daripada ditembak seterusnya mereka berdua melarikan diri mengelakkan daripada ditangkap Control Bureau.


sebenarnya Han Tae Sul sendiri tak percaya yg dia akan mencipta time machine yg menyebabkan berlakunya perang. tapi bila tak habis kena kejar dengan musuh takkan dia tak percaya dengan cerita Seo Hae.

ramai juga puak yg nak menangkap Han Tae Sul macam Asia Mart yg diketuai President Park (Sung Dong II) yg nak guna time machine untuk kepentingan sendiri dan buat duit. 

puak Asia Mark nampak macam musuh tapi boleh juga jadi kawan sebab geng ni juga yg banyak tolong Han Tae Sul dan Kang Seo Hae.


ancaman terbesar sekali adalah puak Control Bureau yg kononnya mereka ada kuasa untuk menangkap geng time traveller tapi sebenarnya mereka juga membantu Sigma (Kim Byung Chul) yg dalam misi menghancurkan dunia.

apa yg boleh komen, penjahat dalam drama ni sebenarnya psiko yg rasa dunia tak adil buat dia dan nak lebih perhatian. nak tahu siapa Sigma dan apa masalah sebenarnya dia dengan Han Tae Sul kenalah tengok sendiri drama Sisyphus.

Sisyphus: The Myth dengan drama Alice guna konsep yg sama iaitu sci-fiction dan time travel tapi plot Sisyphus nampak lebih kemas dan smooth. setiap persoalan juga akan terjawab dalam next episode dengan lebih details so tak payah nak sibuk buat teori sendiri macam drama Alice.


lakonan Cha Seung Woo sebagai Han Tae Sul memang best sebab watak  dia jenis yg playful dan genius kalau tidak memanjang tengok muka serius dia dalam Stranger. Park Shin Hye pula memang tak ada masalah untuk berlakon aksi sebab sebelum ni dah pernah tengok dia buat fighting scene walaupun tak banyak macam dalam Sisyphus.

aku memang suka tengok gandingan Cha Seung Woo dan Park Shin Hye walaupun ada romance scene mereka yg ada yg macam tak kena dan agak menganggu aku. satu je lah masalah mereka sebab sibuk nak protect orang yg tersayang sampai kadang tu terlupa misi mereka yg sebenar.. 

macam kata Sigma, orang jahat selalu menang sebab orang baik sibuk nak fikir pasal orang lain. macam kes Han Te Sul sibuk nak fikir pasal abang dia kalau dari awal dia tembak present Sigma dah tentu semua benda settle tapi biasalah dalam drama mesti kena ada drama.


bab visual dan cinematography tak payah nak sembang sebab cgi drama korea dah next level. impress betul bila diorang gambarkan future Seoul yg musnah selepas perang dan jadi bandar berhantu memang nampak real.

walaupun terbaca banyak komen negatif tapi bagi aku, plot dan storyline sangat menarik cuma aku kena admit yg aku tak puas hati dengan ending dia sebab penulis dan rosakkan moment 15 minit terakhir drama ni. 

dari awal lagi ramai yg cakap pada Kang Seo Hae yg dia tak  boleh ubah future tapi banyak benda yg berubah sampai Sigma sendiri nervous bila dia tak boleh nak predict future lagi. so kita yg tengok ni excited juga nak tahu sama ada misi Han Tae Sul dan Kang Seo Hae berjaya ke tidak.

actually penulis boleh saja bagi happy ending tapi nak juga buat open ending bila tiba-tiba penulis bagi plot twist yg ramai tak expect di hujung cerita. kesimpulannya jangan terlalu percayakan orang sebab yg kawan pun boleh jadi lawan.

Post a Comment

10 Comments

  1. Best2... Cuma cite kena tgk btul2 sbb byk flashback haha.. Btw ending mmg unsangkerable laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka sebab flashback dia sebenarnya menjawab persoalan dalam episode sebelum itu. yes, ending dia memang tak boleh nak jangka dan saya tak suka..haha

      Delete
  2. Pelakon hebat hebat yang biasa nampak dalam drama/film. Last tengok Park Shin Hye berlakon dalm film alive.Sung Dong II mostly banyak berlakon dalam action film.

    Tak syoklah kalau ending dia agak spoil.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ending drama korea memang selalu spoil sebab tu tak boleh letak expectation yg tinggi sangat untuk ending.

      Delete
  3. sampai sekarang tak tengok lagi tapi dah add to list dalam netflix

    ReplyDelete
  4. Baca review Tiara ni buat rasa nak tengok je drama nie.. best pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tryla tengok kak sha..memang menarik jalan cerita dia :)

      Delete
  5. uishhh kawan makan kawan ni ada rata2 oooo

    ReplyDelete
  6. Baru nak tengok... Tapi pening giler bacanya.. tengok sikit ni pun pening juga.. macam citer Doraemon + detective Conan dah... 😂😂😂

    ReplyDelete