Title : Bulgasal : Immortal Souls
Director : Jang Young Woo
Screenwriter : Seo Jae Won, Kwon So Ra
Network : TVN / Netflix
Aired : 18 December 2021 - 6 February 2022
Episodes : 16
Duration : 1 hour 15 minutes
Genre : Thriller, Fantasy, Supernatural
Cast : Lee Jin Wook, Kwon Na Ra, Lee Joon, Gong Seung Yeon, Jung Jin Young, Kim Woo Seok, Park Myung Shin, Choi Jae Woong

Bulgasal adalah mitos dalam legenda cerita Korea iaitu makhluk yang tidak mempunyai roh, tidak dapat dibunuh dan tidak akan mati, dan hidup dengan memakan darah manusia. Bulgasal dikatakan muncul pada zaman Dinasti Goryeo sekitar 1000 tahun yang lalu.

Dalam Bulgasal: Immortal Souls, kisah bermula 600 tahun yang lalu apabila Dan Hwal (Lee Jin Wook) dilahirkan dengan sumpahan Bulgasal dan membawa nasib malang kepada orang sekelilingnnya menyebabkannya dipulau penduduk kampung.


Hwal kemudiannya menjadi anak angkat kepada General Dan Geuk (Jung Jin Young) dan menghapuskan semua raksasa yang memakan manusia sehinggalah misi terakhir Hwal adalah membunuh Bulgasal walaupun ramai yang percaya Bulgasal hanya mitos kerana tiada manusia pernah berjumpa dengannya.

bagi Hwal, dia mahu menghapuskan sumpahan Bulgasal kerana tidak sanggup melihat anak dan isterinya menderita kerana dirinya. malangnya rancangan Hwal bertemu kegagalan apabila mereka dibunuh oleh Bulgasal (Kwon Na Ra), Hwal juga ditikam oleh Bulgasal tapi dia tak mati sebalik bertukar menjadi Bulgasal dan Bulgasal tersebut mati setelah mencuri rohnya.

Sebelum Bulgasal mati, dia sempat bersumpah akan dilahirkan semula dengan parut yang Hwal bagi dan mempunyai ingatan apa yang berlaku ke atas dirinya pada hayat lepas. Hwal pun bersumpah akan mencari Bulgasal dalam setiap kelahiran untuk membunuhnya demi membalas dendam terhadap keluarganya.


Selama 600 tahun, Hwal mencari wanita tersebut tapi selalu terlambat bertemu kerana selain dirinya ada lagi makhluk lain yang memburu wanita tersebut untuk membalas dendam. ini kerana semua raksasa yang dibunuh Hwal dulu bersumpah akan membalas dendam tapi disebabkan rohnya telah dicuri, wanita tersebut yang menjadi buruan mereka.

ada juga raksasa ini memberitahu yang mereka bekerjasama dengan Dark Hole tapi sampai kesudah Hwal tak tahu siapa sebenarnya Dark Hole sehingga di bertemu kelahiran semula Bulgasal iaitu Min Sang Un (Kwon Na Ra), satu demi satu misteri mula terbongkar.


Dalam kehidupan terkini, wanita tersebut dilahirkan semula sebagai kembar seiras yang mana roh mereka terbahagi kepada dua. Min Sang Yeon yang mempunyai ingatan tentang kehidupan masa lalu telah dibunuh dengan kejam oleh Bulgasal.

manakala Min Sang Un tidak mempunyai ingatan tapi berkongsi takdir yang sama dengan kembarnya. sebelum kakaknya mati, dia sempat berpesan untuk mencari pedang yang boleh membunuh Bulgasal. sejak hari itu, Min Sang Un hidup bagai perlarian menyembunyikan diri dari semua musuhnya dari kehidupan masa lalu.


Selepas 600 tahun, Hwal berjaya bertemu Bulgasal yang kini adalah Min Sang Un tapi ragu-ragu membunuh wanita tersebut bila mengetahui isterinya dari hayat lalu kini adalah adik Min Sang Un, Min Si Ho (Gong Seung Yeun). dalam masa yang sama Hwal berjumpa semula dengan bapa angkat yang kini adalah Detektif Kwon dan kemudiannya anaknya A-chan.

apa yang membingungkan Hwal adalah bukan dirinya sahaja Bulgasal yang hidup tapi ada satu lagi Bulgasal iaitu Ok Gyu Tae (Lee Joon) yang hidup selama 1000 tahun dan bijak menyembunyikan diri dari ditemui Hwal selama ini. Hwal dan Min Sang Un membuat keputusan untuk bekerjasama dan mencari jalan untuk membunuh Ok Eul Tae.


Ok Eul Tae atau digelar juga sebagai Dark Hole oleh raksasa lain adalah Bulgasal yang hidup selama 1000 tahun. target dia adalah untuk membunuh wanita Bulgasal dalam setiap kelahiranya dan kini begitu obsess untuk mendapatkan Min Sang Un..

boleh dikatakan semua yang terjadi berpunca daripada Ok Eul Tae yang begitu obsess untuk menjadi immortal dan hanya dia yang tahu apa yang berlaku 1000 tahun lalu tapi memilih menyembunyikan hal tersebut selagi Hwal tidak menyerahkan Min Sang Un kepadanya.

sejujurnya sangat kagum dengan lakonan Lee Joon sebab psiko betul. kalau tengok dia bercakap, kita rasa macam kesian dengan cerita dia tapi sebenarnya psiko yang pandai manipulasi keadaan.


kalau tengok drama fantasi macam ni memang best tengok cinematography dia yang cantik, shot kamera pun cantik. kalau sebelum ni tengok drama Tale of The Nine-Tailed asyik membebel tak faham jalan cerita dia tapi Bulgasal ni, jalan cerita develop dengan baik sekali.

jalan cerita Bulgsal banyak fokus kepada kehidupan Hwal, Min Sang Un dan Ok Eul Tae. watak lain seperti Min Si Ho, Do Hyun, Detektif Kwon dan Lee Hye Seok bagi aku tak nampak main peranan besar sangat cuma bila last episode tu baru tahu mereka ni sebenarnya ada kena mengena dengan sumpahan Bulgasal 1000 tahun dahulu.

banyak hint yang diberikan agak mengelirukan sebab Ok Eul Tae cakap lain tapi ingatan Hwal dan Min Sang Un pula lain. confius tak tahu siapa sebenarnya yang betul tapi penulis simpan misteri ni dengan baik sekali sebab last episode baru terungkai semua teka-teki.

drama Bulgasal banyak bercakap pasal karma dan apa yang terjadi sebenarnya bermula 1000 tahun yang lepas. aku tak nak bagi spoiler kat sini tapi apa yang cakap drama ni banyak sangat sumpahan dan Bulgasal yang asal ni sebenarnya terkena sumpahan sendiri. so nak tahu siapa pemilik roh Bulgasal yang asal tu kena tengoklah sampai habis drama ni.


walaupun tak ada adengan romatis antara Hwal dengan Min Sang Un atau Si Ho tapi suka dengan plot dan jalan cerita dari awal sampai habis. tapi ada juga plot yang lompong dalam drama ni. contohnya Ok Eul Tae ada cakap dia tak boleh bunuh Min Sang Un akan berkongsi kesakitan yang sama. tapi sampai kesudah part ni tiada jawapan.

pendek cakap drama Bulgasal ni banyak sangat bercakap pasal sumpahan dan dendam last diri sendiri yang termakan sumpahan. overall, still drama yang menarik untuk ditonton, kalau suka drama fantasi macam Goblin dan Hotel Del Luna bolehlah cuba menonton Bulgasal: Immortal Souls.