Drama Korea | Beyond Evil (2021)


Title : Beyond Evil
Director : Shin Na Yeon
Screenwriter : Kim Soo Jin
Network : JTBC
Aired : 19 Feb 2021 - 10 Apr 2021
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Shim Ha Kyun, Yeo Jin Goo, Choi Dae Hoon, Kim Shin Rok, Choi, Sung Eun, Choi Jin Ho, Chun Ho Jin, Nam Yoon Su, Kil Hae Yeon, Heo Sung Tae, Kang Min Ah


Beyond Evil mengisahkan Han Joo Won (Yeo Jin Goo) yg berpindah ke balai polis di sebuah pekan kecil di Manyang dan bekerjasama dengan Lee Dong Shik (Shim Ha Kyun) sebagai partner.

kedatangan Han Joo Won menjadi persoalan juga sebab prestasi dia sangat bagus dan bapanya pula bakal dilantik sebagai ketua polis tapi kenapa dia pilih untuk datang ke Manyang.


tak lama selepas itu berlaku kes kehilangan gadis bernama Kang Min Jung, 10 jari milik gadis tersebut diletakkan di hadapan rumahnya. ikut undang-undang korea kalau tak jumpa badan kes tersebut tak boleh dikategorikan sebagai pembunuhan sebaliknya kehilangan.

Lee Dong Shik yg kenal rapat dengan Kang Min Jung terganggu juga dengan kes tersebut sebab kes tersebut sama seperti 20 tahun yg lepas iaitu kes adik Lee Dong Shik iaitu Lee Yoo Yeon yg hilang dan sampai ke sudah tak jumpa.

20 tahun yg lepas di Manyang, bukan adik Lee Dong Shik sahaja tapi ramai lagi mangsa yg hilang dan jasad mereka pun tidak dijumpai. banyak persoalan juga apa yg terjadi kepada semua mangsa tersebut, sama ada mereka sengaja menghilangkan diri atau menjadi mangsa bunuh.


stress juga nak follow drama ni sebab banyak sangat watak. pengarah juga cuba tunjukkan yg seorang pun langsung tak boleh dipercayai dan masing-masing nampak macam psiko terutama sekali Lee Dong Shik sebab dia pernah jadi suspek utama untuk kes kehilangan adik dia. 

persoalannya siapakah pembunuh Kang Min Jung, adakah orang yg sama terlibat dengan kes wanita hilang yg berlaku 20 tahun yg lepas? bila pembunuh sebenar didedahkan, rasanya mungkin ramai yg tak sangka.

walaupun dah jumpa pembunuh Kang Min Jung tapi itu baru permulaan untuk bongkar misteri semua kes yg berlaku 20 tahun lepas di Manyang.


kedatangan Han Joo Won ke Manyang ada motif sendiri dan cuba menyiasat sesuatu. boleh nampak yg dia ada konflik dengan bapa dia dan hubungan Joo Won dengan rakan sekerja lain pun tak berapa rapat.

satu masalah pasal polis dalam drama ni semua ada buat kerja kotor macam Han Joo Won juga cuba gunakan orang lain dengan palsukan bukti yg ada. cumanya bila orang yg dia gunakan jadi mangsa, baru Joo Won ni nak sedar dan bekerjasama dengan Lee Dong Shik dan detektif yg lain untuk selesaikan kes tersebut.

Lee Dong Shik dari awal lagi dia jadi polis sebab nak menyiasat kes kehilangan adiknya. semua kes yg berlaku 20 tahun yg lepas, walaupun pembunuh dia bukan orang yg sama tapi kes tersebut saling berkaitan antara satu sama lain sebab tu benda ni jadi complicated sebab ada konspirasi yg tersembunyi.


walaupun ramai pelakon dan aku sendiri struggle nak ingat semua nama watak dalam drama ni tapi kena bagi kredit juga kepada semua pelakon dan penulis sebab bagi aku tak ada pelakon yg cuba overshadow each other. 

selain dari main lead, banyak watak yg bagi aku sangat menarik contohnya macam Prosecutor Kwon yg kadang nampak baik kadang macam jahat bila dia banyak kipas bapa Han Joo Won tapi nasib baik watak dia jadi bijak sikit kat ending.

paling impress dengan pelakon yg pegang watak Park Jung Je, tak pernah ingat lakonan dia sebelum tapi dalam drama Beyond Evil mantap wei lakonan dia, emosi tu betul-betul sampai. watak yg bagi aku agak berat sebab banyak konflik dalaman. mak dia pula terlebih sayang anak sampai sanggup cover kesalahan dia. kesannya Park Jung Je tanggung rasa bersalah tu selama 20 tahun.


tugas polis adalah menegakkan keadilan dan menjaga keselamatan orang awam tapi dalam drama Beyond Evil cuma tunjukkan sisi gelap yg berlaku dalam pasukan polis seperti rasuah, gila pangkat, gila kuasa dan melanggar undang-undang yg ada.

masing-masing memang gila dalam drama ni, macam kes Han Joo Won dan Lee Dong Shik ni bukan senang bagi mereka nak tangkap pesalah yg sebenar walaupun dah tahu siapa orangnya. sebab tu mereka sanggup langgar undang-undang untuk memastikan penjenayah sebenar dihukum.

overall, plot dan jalan cerita Beyond Evil sangat menarik dan lakonan masing-masing sangat mantap. siapa yg suka layan drama thriller dan crime investigation bolehlah try tengok drama ni.

Tonton Online: Drama Beyond Evil (VIU)

Post a Comment

9 Comments

  1. Omoh, Jin Goo yaaa.. 😍😍
    .

    Apa la nak buat mood drama belom kuseru lagi.. Masuk la wishlist. Ntah bila nak tengok tak tau

    ReplyDelete
  2. Tengok cerita macam ni kan. saya perasan cerita korea kadang plot twist dia..orang yang kita tak sangka tu yang jahat sebenarnya. Memang tak boleh percaya sesape pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan percaya sesiapa pun termasuk diri sendiri..haha

      Delete
  3. Memang best layan drama ini.. plot twist dia tu ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat berteka-teki tengok drama ni tapi plot twist memang best. seram pula bila tahu siapa pembunuh dia.

      Delete
  4. Baru tahu undang2 diorang macam tu bab hilang dan pembunuhan ni. Kalau banyak watak tu stress jugak nak pulak banyak watak yang possible untuk jadi psiko. Nak tengok lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. undang2 diorang macam tu selagi tak jumpa body cuma boleh report kes orang hilang walaupun jumpa 10 jari milik mangsa. kesian dgn family mangsa..

      Delete
  5. baca pun plot dia menarik gila.aa... investigation and crime always has the best plot

    ReplyDelete