Senarai Drama Melayu Terbaru Jun-Julai 2022

Senarai Drama Melayu Baru Jun-Julai 2022

Bulan Jun dan Julai menyaksikan pelbagai variasi drama melayu menarik untuk ditonton di televisyen tempatan dan platform penstriman seperti VIU dan SOOKA juga tidak ketinggalan menerbit drama bersiri. Berikut adalah senarai drama bersiri tempatan yang sedang dan bakal ditayangkan sepanjang bulan jun dan julai 2022.

1. AKU YANG MERINDUIMU (WIDURI TV1)

AKU YANG MERINDUIMU

Mula Tayangan : 15 Jun 2022
Episod : 26
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Pelakon : Elisya Sandha, Shafie Naswip

Sinopsis : Husna yang kehilangan ibu bapanya dijaga oleh Tok Ayah. Husna kemudian berkenalan dengan Danial yang baru berpindah ke sekolah namun berlaku satu peristiwa hitam dalam hidup Husna. Emak Danial, tidak dapat menerima Husna dan selalu memandang Husna dan Tok Ayah yang berasal dari keluarga miskin.



2. TARIK AKU KE SYURGA (SAMARINDA TV3)

TARIK AKU KE SYURGA

Mula Tayangan : 23 Jun 2022
Episod : 28
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Zul Ariffin, Nelissa Nizam

Sinopsis : Zamri menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan ibunya, Zara Adelia. Namun rahsia silamnya mula terbongkar, mampukah Zara menerima Zamri seadanya?



3. RISIK PADA HATI (AKASIA TV3)

RISIK PADA HATI

Mula Tayangan : 27 Jun 2022
Episod : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Izzue Islam

Sinopsis : Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada Adam dan sanggup berkorban dengan meminta Adam mengahwini Aisya sebagai isteri kedua. Mereka bertiga bahagia ditambah pula dengan kehadiran Umar. Namun kebahagian mula goyah apabila timbul perasaan cemburu dalam diri Hayfa



4. THE MAID 2 (ASTRO RIA 104)

THE MAID 2

Mula Tayangan : 6 Julai 2022
Episod : 12
Masa : Rabu | 9.30 Malam
Pelakon : Sherry Alhadad, Eina Azman Ezzaty Abdullah, Marsha Milan, Norman Hakim

Sinopsis : Suhana, Nadia dan Fika yang baru sahaja diceraikan oleh Jay mengekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk membunuh Jay.  Namun, Jay telah dibunuh tanpa mereka sempat berbuat apa-apa. Suhana, Nadia dan Fika kini menjadi suspek utama pembunuhan Jay.



5. Jodohku Babysitter (Megadrama Astro Ria 104)

JODOHKU BABYSITTER

Mula Tayangan : 6 Julai 2022
Episod : 20
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Isaac Iman, Natasha Nazira

Sinopsis : Adam seorang bapa tunggal kepada dua orang anak selepas bercerai dengan isterinya yang curang. Adam memerlukan seorang pengasuh dan menerima Adel yang perwatakan tomboy walaupun berlaku salah faham sebelum gadis itu bekerja dengannya.



6. RATU TENPIN 2 : SHALIN (ASTRO RIA 104)

RATU TENPIN 2

Mula Tayangan : 11 Julai 2022
Episod : 20
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Jasmine Suraya, Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Nazim Othman, Yusuf Bahrin

Sinopsis : Diinspirasikan daripada kisah kehidupan ratu boling negara, Shalin Zulkifli, ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ mengisahkan perjuangan, cabaran dan keperitan yang perlu dilalui oleh Shalin, ahli baharu pasukan boling negara dalam perjalanannya untuk menjadi juara dunia.



7. Cinta Hilang Kata (Tiara Astro Prima)

CINTA HILANG KATA

Mula Tayangan : 18 Julai 2022
Episod : 
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Sophia Albarakbah, Shah Jaszle, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan

Sinopsis : Nurul Masmin dalam diam sukakan Rain Akhtar tetapi terpaksa menurut kemahuan ibunya berkahwin dengan Amirul. Rain yang juga menyukai Nurul rasa kecewa dan membawa diri. Amirul sangat pandai mengambil hati ibu Nurul untuk merealisasikan impian ibunya, Jah Gayah.


8. SHE WAS PRETTY MALAYSIA (VIU ORIGINAL)

SHE WAS PRETTY

Mula Tayangan : 23 Jun 2022
Episod : 16
Hari : Setiap Khamis
Pelakon : Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong, Daniella Sya

Sinopsis : Hanif dan Nadia berkawan baik sewaktu kecil. Selepas 15 tahun, Hanif ingin bertemu dengan Nadia tapi Nadia berasa malu dengan penampilannya sekarang lalu meminta kawan baiknya, Kejora untuk berlakon sebagai dirinya bertemu dengan Hanif


9. HANTU RAYA PERGI PERANG (SOOKA ORIGINAL)

HANTU RAYA PERGI PERANG

Mula Tayangan : 24 Jun 2022
Episod : 8
Hari : Setiap Jumaat
Pelakon : Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Iman Corrine

Sinopsis : Kadir mendapatkan hantu raya daripada Pawangis demi cintanya pada Manisah untuk berperang dengan Null Corporation yang merampas tanah penduduk Kampung Geliga.



10. Nenda (TV3)

Senarai Drama Melayu Terbaru Jun-Julai 2022

Mula Tayangan : 12 Julai 2022
Episod : 20
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Pelakon : Fauziah Nawi, Didie Alias, Kuna Muzani, Mandy Chong

Sinopsis : mengisahkan Hajah Aminah dan rakan-rakannya yang terpaksa turun padang menyelesaikan masalah penduduk kampung setelah ketua kampung mereka tidak lagi mendapat kepercayaan penduduk. 

Baca juga : Drama Nenda


11. Selamanya Suri Cinta (TV9)

Senarai Drama Melayu Terbaru Jun-Julai 2022

Mula Tayangan : 15 Jun 2022
Masa : Khamis-Jumaat | 9.30 Malam
Episod : 20
Pelakon : Siti Nordiana, Sham Visa, Farahdhiya, Fahrim Ahmad

Sinopsis : Rumah tangga Wanda bergolak selepas dia berkorban berhenti kerja demi menjaga anak-anaknya dan kemudiannya dapat tahu suaminya mempunyai skandal.



12. Honey-Moon (TV3)
Senarai Drama Melayu Terbaru Jun-Julai 2022

Mula Tayangan : 16 Julai 2022
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Ben Amir, Zara Zya

Sinopsis : mengisahkan Moon dan Ilham, dua watak yang berbeza personaliti disatukan oleh keluarga mereka.

Baca juga : Drama Honey-Moon


Selamat Menonton!

Post a Comment

1 Comments

  1. selalu nampak iklan she was pretty tu. comel betul diana danielle berlakon

    ReplyDelete