Review Drama | Aku Yang Merinduimu di TV1

Drama Aku Yang Merinduimu TV1

Drama : Aku Yang Merinduimu
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Amor Rizan, Maizurah Ideris, Siti Solehah Abd Ghani
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 15 Jun 2022
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 26
Pelakon : Elisya Sandha, Syafie Naswip, John Tan, Zarul Imran, Isaac Iman, Eleen Arisha, Mior Hashim Manap, Aliyah Lee, Jesse Lim

Saksikan drama Aku Yang Merinduimu yang menampilkan Syafie Naswip dan Elisya Sandha bagi menggantikan drama Juliet di slot Widuri RTM TV1 mulai 15 Jun 2022.

Sinopsis Drama Aku Yang Merinduimu


Aku Yang Merinduimu TV1

Selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, Husna dijaga oleh Tok Ayah, Pak Seman. Pak Seman berusaha mencari nafkah untuk membesarkan cucunya namun ada juga yang tidak suka dengan Pak Seman.

Engku Mariam yang mewarisi semua perniagaan suaminya selepas bercerai bertindak memecat Pak Seman kerana merasakan lelaki itu sudah terlalu tua untuk melakukan kerja berat di kilang miliknya. Selain itu, Engku Mariam juga tidak suka dengan Pak Seman dan Husna kerana menganggap orang miskin suka mengambil kesempatan.

Drama Aku Yang Merinduimu di TV1

Kesibukan Engku Mariam menguruskan perniagaan menyebabkan dia tidak sempat mengikuti perkembangan anaknya, Danial di sekolah. Suatu hari, Engku Mariam menerima laporan dari guru displin mengatakan Danial ditangkap merokok di sekolah. Engku Mariam tidak percaya anaknya berkelakuan begitu.

Engku Mariam membuat keputusan untuk menukar sekolah Danial ke Pekan Cengkih kerana dia semakin sibuk dengan projek resortnya bersama Vincent dan Eric. Di situ juga, Danial bertemu dengan Husna yang satu sekolah dengannya.

Drama Aku Yang Merinduimu di TV1

Eric yang belajar tahun akhir di kolej membantu perniagaan ayahnya, Vincent. Namun secara peribadi Eric masih belum dapat memaafkan Vincent atas kematian ibunya.

Engku Mariam yang merupakan kawan baik Vincent mahu bekerjasama dalam projek pusat peranginannya di Pekan Cengkih. Vincent menyerahkan semua keputusan projek kepada Eric.

Dalam masa yang sama, Eric tidak sengaja terlanggar Husna dan mahu membayar ganti rugi kepada Husna namun ditolak secara baik oleh Pak Seman kerana Eric dan Vincent telah membayar kos rawatan Husna. Akan tetapi, Engku Mariam menuduh Pak Seman dan Husna mahu mengambil kesempatan atas kecederaan tersebut.

Pelakon & Watak Drama Aku Yang Merinduimu

  • Syafie Naswip sebagai Tengku Danial
  • Elisya Sandha sebagai Husna
  • Eleen Arisha sebagai Siti
  • John Tan sebagai Eric
  • Mior Hashim Manap sebagai Pak Seman
  • Aliah Lee sebagai Engku Mariam
  • Isaac Iman sebagai Rayyan
  • Iman Suhana sebagai Tengku Zalia
  • Zarul Imran sebagai Zizan
  • Jesse Lim sebagai Vincent
  • Neera Azizi sebagai Tasya
  • Shekeen Waida sebagai Lily
  • Auni Zahra sebagai Husna



Review Drama Aku Yang Merinduimu

sis sempat tengok 3 episod drama ni di youtube, menarik juga jalan cerita dan barisan pelakonnya. kisah seorang datuk yang berusaha membesarkan cucunya walaupun kesempitan wang ringgit, kisah orang kaya yang bongkak kerana harta yang dimilikinya.

masih awal untuk diteka tapi boleh agak yang kemalangan yang menimpa ibu dan ayah Husna ada kaitan juga dengan kematian emak Eric. Selain itu, Tasha yang merupakan teman wanita Eric cakap mahu balas dendam so maybe ada kaitan dengan kemalangan tersebut juga.


so far best juga layan, siapa yang tak sempat follow di tv boleh menonton di youtube rasmi RTM Malaysia. Selamat Menonton 😊

Tonton Drama Aku Yang Merinduimu


Baca juga : 

Post a Comment

6 Comments

  1. Amboi Engku Mariam pun...mementang la kaya boleh cakap orang miskin suka ambil kesempatan pulak...eiii tiba2 marah pulak sis...tapi anak dia pulak buat hal kat sekolah...hmmm....

    ReplyDelete
  2. Nak tengok gak ni, ramai kata best.. kita nampak haritu Elisya tu masuk blog Tiara dalam IGs dia tau,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ye ke? alaa nape kita xperasan. bangga jap..haha

      Delete
  3. Biasa kalau drama terbitan Radiusone ni, memang best2 semuanya kan!

    ReplyDelete
  4. The plot of this drama is really interesting, everytime I read your updates it gets me excited.

    ReplyDelete
  5. best jalan cerita dia...mesti semua peristiwa berkait... and banyak part sedih

    ReplyDelete