Juliet (TV1) | Sinopsis Drama

Juliet (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Juliet
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
Penulis Skrip : Syed Mohd Taufik
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 3 Mei 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 26
Pelakon : Rita Nadira, Redza Rosli, Sofia Ibrahim, Louisa Chong , Rozita Che Wan, Azzarima, Haliza Misbun, Shah Iskandar, Khairil Anuar, Mak Jah, Shah Khan, Asha Merican, Scha Elinnea, Jabir Meftah, Azza Elite, Nur Azwani Izzati, Mas Anizan, Halmey Hamdah

Slot Widuri TV1 membawakan drama bersiri terbaru, Juliet mulai 3 Mei 2022 yang menampilkan gandingan Rita Nadira dan Redza Rosli yang sebelum ini pernah bekerjasama dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu. Drama arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar ini sebuah kisah penuh cinta, dendam dan air mata tentang rintangan seorang gadis bernama Julia yang ingin mengapai bahagia.

Juliet (TV1) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Juliet

Drama Juliet mengisahkan hubungan cinta Julia dan Ashraf terputus selepas mengetahui mereka sebenarnya adalah adik-beradik yang sudah terpisah lama akibat dari konflik silam hingga tidak mengenali satu sama lain.

Kepolosan Julia menarik perhatian Ashraff, seorang anak muda berasal dari keluarga berada. Persahabatan itu membunga menjadi cinta sejati tetapi di halang oleh Maryam yang bencikan orang kaya. Dia yang mempunyai sejarah bersuamikan orang kaya tidak mahu sejarah kembali berulang terhadap Julia.

Ashraff berkongsi kisah cintanya dengan neneknya, Matilda. Matilda menjaga Ashraff seperti menatang minyak yang penuh kerana cucunya membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Sewaktu kecil, ibu bapa Ashraff, Ariff dan Mina terlibat dalam satu kemalangan. Ariff disahkan meninggal dunia manakala Mina mengalami gangguan mental.

Selepas kematian Ariff, Matilda dihantui dengan amanah anaknya itu untuk mencari isteri dan anaknya hasil daripada perkahwinan yang sah tanpa pengetahuannya. Sejak itu, dia tidak pernah putus untuk menjejaki isteri dan anak Ariff.

Setelah 20 tahun mencari, akhirnya Matilda menemui Julia yang disahkan sebagai anak kandung Ariff. Julia di jemput Matilda untuk tinggal dalam rumah agam itu kerana dia juga pewaris harta Ariff. Ashraff tidak dapat menerima kebenaran itu nekad untuk membenci gadis yang dicintainya.

Julia ‘dibunuh’ oleh Ashraff. Ashraff berkahwin dengan Lily namun tidak bahagia. Keadaan lebih rumit setelah Ashraff mengetahui kegiatan ‘black money’ yang dijalankan oleh Matilda. Matilda tahu, ada seseorang yang cuba untuk menjatuhkannya.

Muncul Juliet dan Susan dalam misi untuk menjatuhkan Matilda. Susan adalah musuh tradisi Matilda dalam kegiatan ‘black money’. Juliet kini bangkit dalam usaha menentang Matilda dan Ashraff, kekasih yang dicintainya itu. Siapakah Juliet?

Barisan Pelakon & Watak Drama Juliet

  • Rita Nadira sebagai Julia/Juliet
  • Redza Rosli sebagai Ashraf
  • Sofia Ibrahim sebagai Matilda
  • Rozita Che Wan sebagai Raihani
  • Azzarima sebagai Vee
  • Haliza Misbun sebagai Mina
  • Mas Anizan sebagai Mariam
  • Khairil Anwar sebagai Borhan
  • Shah Iskandar sebagai Arif
  • Scha Elinnea sebagai Lily
  • Jabir Meftah sebagai Noah
  • Asha Merican sebagai Nani

Lagu Tema/OST Juliet

  • Ernie Zakri - Boneka

Post a Comment

2 Comments

  1. Lain macam sinopsis dia.. siap ada pasal black money.. cam menarik untuk ditonton..

    ReplyDelete
  2. Tengok gandingan pelakon ni teringat drama tak sempurna mencintaimu, masa tu rita dok kejar redza ni. Sekarang bergandingan berdua :)

    ReplyDelete