Tajuk : My Unwanted Husband
Penulis : Rehan Makhtar
Mukasurat : 460
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Jun 2026
Kisahnya Nur Syaima, keretakan rumahtangga ibu bapanya memberi kesan yang mendalam pada diri Syaima. Pada usia 13 tahun, ayah dia buat keputusan untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya dan sejak itu, Syaima diabaikan oleh ayah kandungnya sendiri. Pertemuan semula Syaima dengan abang tirinya, Syed Budriz semula luka lama.
Kisah hidup Syaima memang sangat sedih dengan bapa yang tak guna. bila jumpa semula anak, sibuk nak minta maaf dan perbetulkan keadaan
Sepanjang Syaima, dia langsung tak ada kenangan manis dengan bapa dia sampaikan waktu Syaima kehilangan ibunya pada usia 17 tahun pertama kali ye punyalah dia merayu kat bapa dia minta balik rumah teman dia sekejap tapi bapa dia boleh lupa janji so tak hairan kenapa hati Syaima begitu keras dan berdendam sekali dengan bapa dia.
Syed Budriz pula tak tahu nak cakap watak ni obsess ke apa tapi dia dari awal lagi dia sayangkan Syaima lebih dari seorang adik. salah dia sebab dia anak kepada emak tiri Syaima, bapa Syaima pun banyak lebihkan Budriz so secara tak langsung Budriz juga jadi mangsa kebencian Syaima.
Budriz dari awal lagi dia jaga Syaima walaupun Syaima ni benci berkasar dengan dia cumanya sampai satu tahap bila Syaima terus terus menolak dan mahu melarikan diri so Budriz buat keputusan gila dengan perangkap hingga memaksa Syaima berkahwin dengan dia.
Buku ni agak pain, jalan cerita tu menarik tapi penat juga la wei sebab Syaima begitu konsisten dengan kebencian dia dari awal sampai nak hujung cerita, kesian Budriz kena terima kebencian iyelah padan muka juga siapa suruh kahwin so hadap je lah jadi suami yang tak dihadap oleh Syaima. nak dekat hujung-hujung barulah Syaima nak berdamai dengan takdir.
kalau tak salah novel ni revamp dari novel lama Suami yang tak ku hadap. aku tak tahu apa beza dua versi sebab penulis pun cakap dia rombak balik jalan cerita tapi bagi aku kalau versi patutnya lebih baik tapi buku ni macam banyak yang kurang. satu yang aku stress typo kemain bersepah, selalunya aku pejam mata kalau terjumpa typo tapi ni bersepah wei dan agak menganggu pembacaan jugalah.
SELAMA MANA dia bernyawa dia hanya mahu hidup sendiri. Jauh daripada mereka yang katanya darah daging sendiri. Nur Syaima hidup sejak sekian lama memujuk tangis sendiri, merawat luka sendiri malah menjadi sebatang kara sebelum waktunya.Pemergian ibu tersayang mengeringkan air matanya. Membunuh senyuman dan menghidupkan kebencian yang tidak boleh lagi diukur dengan apa jua. Tapi, mereka muncul semula. Takdir membawa Budriz dekat di depan mata. Menjadi petualang untuk segalanya. Memaksa benci yang tidak pernah padam itu, kembali marak terbakar. Hanya kali ini, dia akan pastikan, dia tidak lagi terbakar sendiri.“Why should I listen to a ridiculous demand from a madman like you?”- Nur Syaima“Because… I’m afraid I will tie you down in the most cruellest way that we both hate it…” - Syed Ahmad BudrizBudriz akur bila menerima kebencian daripada Syaima. Bukan sahaja saat ini tapi sejak sekian lama. Yang telah utuh berakar umbi. Malah, bagaimana dia cantas dahan kebencian, itu hanya membuatkan perasaan itu kian tumbuh subur.Sedangkan, di hatinya sejak sekian lama, hanya ada cinta pada wanita itu. Tidak pernah berubah. Hanya sahaja keadaan mereka membuatkan dia tidak pernah akuinya. Namun, setiap tindakan menzahirkan cinta.



0 Comments