Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga di TV3

Drama Tarik Aku Ke Syurga

Drama : Tarik Aku Ke Syurga
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Malek Rahman
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 23 Jun 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Lisdawati, Keith Foo, Izzendra, Ayra Messi, Esma Daniel, Idzham Ismail, Afzan A.Rahman, Myra Zareil

Drama Tarik Aku Ke Syurga diinspirasi dari novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam di bawah arahan sutradara Malek Rahman bakal ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Drama Tarik Aku Ke Syurga

Sinopsis Tarik Aku Ke Syurga

Tarik Aku Ke Syurga mengisahkan Zamri yang tidak pernah terfikir untuk berkahwin, hubungannya dengan Natasha juga tidak pernah serius walaupun mereka tinggal bersama.

Suatu hari, hubungan Zamri dan Natasha telah diketahui ibunya, Hajah Raudah. Dia kecewa bila anak tunggalnya bergelumang dengan dosa, Hajah Raudah meminta Zamri untuk berkahwin dengan gadis pilihannya, Zara Adelia.

Zamri tiada pilihan dan terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Zara demi mendapatkan keampunan ibunya. Zara juga tidak mengenali Zamri dan bersetuju atas perkahwinan tersebut kerana keluarganya. Mampukah Zara menerima masa lalu Zamri?

Pelakon & Watak Tarik Aku Ke Syurga

  • Zul Ariffin sebagai Zamri
  • Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
  • Esma Daniel sebagai Dato Azman
  • Lisdawati sebagai Hajah Raudah
  • Ayra Messi sebagai Julia
  • Izzendra sebagai Natasha
  • Shawn sebagai Keith Foo
  • Aidil sebagai Nabil Aqil
  • Dr Chin sebagai Sean Lee

Lagu Tema/OST Tarik Aku Ke Syurga

  • Wanie Ooi - Bukti Cinta
  • Aiman Sidek x Aniq Muhai x Alif Azhari - Kekasih
  • Aiman Sidek - Teristimewa

Drama Tarik Aku Ke Syurga

Selepas kontroversi ketika mempromosikan drama Perempuan Itu, Zul Ariffin nampaknya tak ambil masa yang lama untuk comeback dengan drama terbaru, kali ini bergandingan dengan Nelissa Nizam. rasanya Tarik Aku Ke Syurga drama pertama Nelissa Nizam sebagai heroin, sebelum ini dia banyak mengambil peranan sebagai pelakon pembantu.

Drama Tarik Aku Ke Syurga agak berbeza sedikit dari versi novel yang mana watak Zamri adalah gay manakala dalam versi drama Zamri seorang playboy. 

Selamat Menonton!


Post a Comment

1 Comments