Hidden Love (2023) | Review Chinese Drama

Hidden Love (2023) | Review Chinese Drama

Title : Hidden Love
Director : Lee Ching Jung
Screenwriter : Shen Fei Xian
Network : Youku
Aired : 20 Jun 2023 - 11 Jul 2023
    Episodes : 25
Duration : 45 minutes
Genre : Comedy, Romance
Cast : Zhao Lu Si, Chen Zhe Yuan, Victor Ma, Zeng Li, Qiu Xin Zhi, Guan Zi Jing, Wang Yang, Zhang Hao Lun, Zhang Jiong Min, Smile Wei

SYNOPSIS:
Sang Zhi falls in love with Duan Jia Xu, a boy who often comes to her house to play games in her older brother’s room. He is five years older than her. Sang Zhi had a crush on Duan Jia Xu when she was young, but they lost contact with each other for some reason. After she graduates, she joins the university in the city he is in, and during their day-to-day intimate and close interaction, they slowly fall in love.

Hidden Love (2023) | Review Chinese Drama

bila tahu Zhao Lu Si ada drama baru dengan Chen Zhe Yuan, sis agak excited sebab suka tengok Chen Zhe Yuan berlakon dalam drama Our Secret. ingatkan lepas layan Here We Meet Again dan A Date With The Future nak stop kejap rom-com chinese drama tapi tak boleh kena follow juga, drama china ni sekejap sahaja habis sebab episod dia keluar hari-hari.

Hidden Love mengisahkan Sang Zhi (Zhao Lu Si) yang crush dengan kawan baik abangnya iaitu Duan Jia Xu (Chen Zhe Yuan) yang tua empat tahun daripadanya. mereka. Jia Xu selalu datang melepak di rumah Sang Zhi. Hubungan mereka juga sangat rapat dan Jia Xu selalu menolong bila Sang Zhi dalam kesusahan.

Hidden Love (2023) | Review Chinese Drama

Dipendekkan cerita waktu sekolah ni, Sang Zhi dengar daripada abangnya yang Jia Xu sudah mempunyai teman wanita. memang kecewa habislah sampai dia membuat keputusan untuk melupakan perasaanya pada Jia Xu dan terus lost contact sebab Jia Xu pun dah balik kampung di Jihe dan bekerja di sana sebagai game developer.

Selepas beberapa tahun mereka secara tidak sengaja bertemu semula apabila Sang Zhi menyambung pelajaran di universiti Jihe. Sang Zhi sebenarnya masih lagi ada perasaan pada Jia Xu dan dia agak kecewa apabila bertemu semula Jia Xu masih lagi menganggap dia seperti budak kecil. Adakah Jia Xu akan menyedari perasaan Sang Zhi padanya?

Hidden Love (2023) | Review Chinese Drama

Waktu zaman sekolah cite dia macam bosan sikit tapi paling suka scene yang ada abang Sang Zhi iaitu Sang Yan (Victor Ma) sebab dia  sejenis tipikal abang yang annoying yang selalu cari gaduh dengan Sang Zhi tapi bila tahu Sang Zhi dalam buli terus panggil kawan-kawan dia pergi basuh orang yang buli adik dia.

Sejenis abang yang proctective juga sebab bila tahu Sang Zhi ada cinta monyet memang teruk Sang Zhi kena marah dengan dia. tapi keluarga Sang Zhi ni memang best dan supportive.

Hidden Love (2023) | Review Chinese Drama

jalan cerita Hidden Love makin best dan menarik bila Sang Zhi belajar di kolej dan bertemu semula dengan Jia Xu. Apa yang terjadi seterusnya? sis pun tak tahu sebab baru tengok sampai episod 8 tapi apa yang boleh komen setakat ni, sis suka dengan chemistry hero dan heroin dia.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. Baru nak buat post sebab suka giler dorang ni. 😍😍 bulan ni kencing manis la kita layan cdrama. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok bila diorang start bercinta..comel sangat! haha

      Delete