Here We Meet Again (2023) | Review Chinese Drama

Here We Meet Again (2023) | Review Chinese Drama

Title : Here We Meet Again
Director : Tien Jen Huang
Screenwriter : Wu Yao
Network : WeTV
Aired : 22 May 2023 - 14 Jun 2023
Episodes : 32
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Comedy
Cast : Janice Wu, Vin Zhang, Huang De Yi, Nita Xia, Miffy Shi, Liu Yu Ting, Li Chun Lee, Zhang Xi Lin, Lu Yu Hao, Liya Cui

SYNOPSIS : 
Xiang Yuan, the eldest miss of Donghe group, is tasked with saving their Xi'an branch from bankruptcy. At this time, she meets her former crush Xu Yan Shi once again. 

In their school days, Xiang Yuan pursued Xu Yan Shi with all her might to no avail. Reunited as adults, she is trying to save a company while he is deep in the mud due to problems in the workplace. Despite facing inequality, he is determined to pursue his dream to become a navigation engineer. 

In the process of dealing with the company crisis, Xiang Yuan gradually learns to take matters into her own hands. The two come to support each other as they realize their dreams.

Here We Meet Again (2023) | Review Chinese Drama

Here We Meet Again mengisahkan Xiang Yuan (Janice Wu), anak orang kaya yang yang tiada passion dengan life dia selain main game tapi dalam diam tiada siapa pun yang tahu dia sebenarnya seorang pemain esport dengan menggunakan nama Asher.

Xiang Yuan dibesarkan oleh datuknya selepas ibu bapanya meninggal dunia, datuknya cuma boleh mengharapkan Xian Yuan dan abangnya untuk mengambil alih syarikat mereka kelak tapi kedua-duanya tidak mempunyai minat ke arah tersebut.

Suatu hari, Datuk Xian Yuan bagi cabaran untuk dia selamatkan Velin, sebuah anak syarikat datuknya yang hampir bankrupt. Kalau dia berjaya pulihkan syarikat tersebut, datuk dia janji yang Xian Yuan boleh buat apa sahaja dengan hidup dia dan datuk dia juga takkan paksa Xian Yuan berkahwin sebab dia selesa hidup single.

Bila memulakan kerja di Velin, Xian Yuan ditugaskan dalam technical team dan bertemu semula dengan crush dia zaman sekolah dulu iaitu Xu Yan Shi (Vin Zhang) yang juga team leader untuk team tersebut.

Here We Meet Again (2023) | Review Chinese Drama

Zaman sekolah dulu Xiang Yuan minat dengan Xu Yan Shi yang merupakan pelajar cemerlang, dia selalu mencari peluang untuk mendekati Xu Yan Shi dengan meminta lelaki itu mengajar dia subjek yang lemah. tapi tak lama lepas tu, Yan Shi tiba-tiba tukar sekolah dan menghilang macam tu sahaja.

First episode ingatkan Xiang Yuan sahaja yang crush dengan Yan Shi sebab Yan Shi ni jenis yang beku dan pendiam tapi bila flashback balik zaman sekolah rupanya Yan Shi pun crush dengan Xiang Yuan juga.

paling sedih bila Yan Shi tiba-tiba kena tukar sekolah sebab bapa dia ada masalah hutang so family dia tak boleh stay satu-satu tempat lebih dari setahun.

Here We Meet Again (2023) | Review Chinese Drama

jalan cerita Here We Meet Again berkisarkan kerjaya mereka yang bekerja dalam syarikat IT berkaitan sistem navigasi. Watak Yan Shi agak misteri sikit sampai Xiang Yuan pun tertanya-tanya apa  sebenarnya yang terjadi sampai Yan Shi memilih bekerja di syarikat tersebut padahal Yan Shi pelajar pandai dan banyak syarikat berminat nak rekrut dia sebab skill yang dia ada. Di Velin pun tak nampak Yan Shi berminat nak naik pangkat just stay dengan jawatan team leader.

Rupa-rupanya waktu study dulu, roommate dia hack satu company secara haram guna komputer dia. Pada mulanya mereka sepakat nak menyelesaikan perkara tersebut bersama tapi last minit member tu anak orang kaya, bapa dia hantar ke luar negara. disebabkan. terpaksa Yan Shi tanggung  semuanya.

Oleh sebab itu, Xu Yan Shi stay di Velin sebab Chen Shan dah janji yang mereka takkan saman dia kalau dia terima tawaran tersebut. tapi ramai orang sebab gosip buruk hubungan antara Xu Yan Shi dan Chen Shan sampai Xiang Yuan pun salah faham sebab tak tahu cerita sebenar.

Here We Meet Again (2023) | Review Chinese Drama

Xiang Yuan sangat low profile sampai orang tak tahu dia anak orang kaya dan e-sport player. Bila bekerja di Velin, tiada siapa yang tahu dia cucu kepada chairman termasuklah Xu Yan Shi.

Di pejabat ramai juga yang suka bergosip dan cari pasal dengan Xiang Yuan, ada tu yang sombong betul sebab ada kabel. so dia target orang tersebut dengan mengubah polisi syarikat dan bila hantar kat HQ cepat sahaja mereka approve, dia bukan hairan pun sebab dia punya kabel lagi besar.

part yang ofis ni, suka tengok perangai anak buah Xiang Yuan dan Yan Shi. kalau dengan Yan Shi laju je mereka setuju tapi dengan Xiang Yuan macam-macam alasan yang diberi. macam mana agaknya kalau mereka tahu identiti sebenar Xiang Yuan?

Here We Meet Again (2023) | Review Chinese Drama

bagi aku, jalan cerita agak bosan dan slow sikit tapi tapi nak sampai episod 20++ ceritanya makin menarik sebab ada banyak konflik yang berlaku. tapi yang paling aku suka sebenarnya bila tengok scene Xu Yan Shi dan Xiang Yuan. alahai sweetnya chemistry mereka berdua tak pasal dok tersengih sorang-sorang. aishhh sweet betul hero dia wei!

tapi itulah penat sikit sebab memanjang mereka flirt dan main tarik tali. bila Yan Shi luah perasaan, Xian Yuang reject pula tapi ada sebab kenapa Xian Yuang buat begitu. bila mereka start bercinta, Yan Shi pula tukar kerja di Shanghai terpaksalah bercinta jarak jauh. banyak juga dugaan mereka.

pendek cakap, drama chinese ni suka sangat buat cerita pasal first love, aku pun tak ingat ini cdrama ke berapa yang aku tengok pasal first love. walaupun agak slow sikit tapi gandingan watak utama yang buat drama Here We Meet Again menarik untuk ditonton.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments