Love Like The Galaxy (2022) | Review Chinese Drama

Love Like the Galaxy (2022) | Review Chinese Drama

Title : Love Like the Galaxy
Director : Fei Zhen Xiang
Screenwriter : Zou Yue, An Yi Mo
Network : Mango TV/ iQIYI/ WeTV
Release Date : 5 July 2022
Duration : 45 minutes
Episod : 56 (2 Season)
Genre : Historical, Mystery, Romance, Political
Cast : Leo Wu, Zhao Lu Si, Guo Tao, Zeng Li, Yu Cheng En, Li Yun Rui, Xu Jiao, Jiang Yi Ming, Mickey Zhao, Zhang Yue, Bao Jian Feng

SYNOPSIS:
Ling Bu Yi, foster son of Emperor Wen and a talented & ruthless general of the Black Armour Army, was on a personal mission to uncover hidden truths about the past which had led to the massacre of an entire city & of his clan, when he met Cheng Shao Shang during a mission to apprehend a fugitive in a rural village.

Love Like the Galaxy (2022) | Review Chinese Drama

Love Like the Galaxy mengisahkan Chen Shao Shang atau Niao Niao (Zhao Lu Si) yang dibesarkan oleh nenek dan ibu saudaranya sejak dilahirkan kerana ayah dan ibunya adalah panglima sibuk bertugas di medan perang.

Kehidupannya agak menyedihkan sebab selalu ditindas oleh mak ciknya. Panglima Cheng Shi (Guo Tao) dan Xiao Yuan Yi (Zhen Li) pulang ke rumah selepas 15 tahun, Shao Shang ingatkan nasibnya akan terbela dan ada tempat untuk bermanja tapi ibunya tak gembira bila melihat kelakuan anaknya yang kurang beradab dan tiada pendidikan.

Shao Shang rasa semakin terpinggir bila Yuan Yi tak habis membandingkan dirinya dengan kakak sepupunya. bila buat salah memang teruk hukuman yang dia terima. bila abang-abangnya kembali semula ke rumah baru nampak Shao Shang gembira sikit bila dilayan seperti princess oleh ayah dan abang-abangnya.

Love Like the Galaxy (2022) | Review Chinese Drama

Ling Bu Yi atau Zi Sheng (Leo Wu) merupakan jenaral muda yang hebat dan anak angkat kesayangan Maharaja kerana jasa bapa saudaranya, Jeneral Huo yang terkorban dalam mempertahankan negara.

Selepas kejayaannya di medan perang, Ling Buyi kembali ke ibu kota untuk menyiasat kes senjata angkatan tentera yang diseludup keluar untuk dijual. Waktu ini Ling Bu Yi bertembung dengan Shao Shang dan jatuh hati dengan perwatakan gadis itu.

Walaupun begitu, Ling Buyi terlalu sibuk dengan urusan negara sampai tiada masa untuk bercinta. tahu-tahu je gadis pujaan hatinya sudah bertunang, mahu tak kecewa kawan. tapi ada konflik yang berlaku menyebabkan Shao Shang terpaksa memutuskan pertunangannya.

So bila Shao Shang kembali single, Ling Buyi tak teragak untuk menunjukkan perasaannya pada Shao Shang di hadapan khalayak  ramai dan bila ada peluang terus dia melamar Shao Shang di depan Maharaja.

Love Like the Galaxy (2022) | Review Chinese Drama

Drama Love Like The Galaxy mempunyai dua bahagia. Part 1 (27 EPISOD) lebih kepada konflik Shao Shang dengan keluarganya dan juga keluarga tunangnya, Lou Yao (Yu Cheng En). Part 2 (29 EPISOD) lebih banyak mengenai kehidupan Ling Bu Yi dan konflik politik yang berlaku dalam istana dan negara.

Memang ramai yang tak suka dengan Shao Shang sebab dia jenis yang nakal dan suka melawan dan bila bertunang dengan Ling Buyi makin banyak musuh dia sebab ramai anak gadis pembesar di ibu kota yang meminati Ling Buyi tapi sikit pun Buyi tak pandang dan layan diorang.

Walaupun Shao Shang tak pernah mengadu tapi Ling Buyi pantang bila tahu orang membuli tunangnya memang dikerjakan orang tu cukup-cukup tak kira apa pangkat sekalipun. Part 2 juga lebih banyak fasa Ling Buyi dan Shao Shang belajar mengenali hati budi masing-masing sebelum Shao Shang sedar perasaan cintanya kepada Ling Buyi.

Love Like The Galaxy (2022) | Review Chinese Drama

Negara mereka baru sahaja beberapa tahun mencapai keamanan selepas perang yang berpanjangan so keadaan masih lagi belum stabil. Maharaja Wen (Bao Jian Feng) sangat menyanjung jasa jeneral perang yang terkorban dalam mempertahankan negara.

Dalam drama ni, aku agak annoying juga dengan keluarga yang jenis mengungkit jasa nenek moyang mereka depan maharaja bila kemahuan mereka tidak dituruti. macam kes Ling Buyi nak berkahwin dengan Shao Shang, kemain ramai yang membantah sebabnya bukan anak gadis mereka yang menjadi pilihan. 

watak baik dan watak jahat dalam drama ni agak balance. walaupun ramai betul watak annoying tapi banyak juga watak yang best. Paling suka dengan watak Maharaja Wen yang sempoi. Maharani Xuan dan Gundik Yue pun best juga sebab watak ni nampak bijak dan bukan tipikal watak lady dalam istana.

Love Like The Galaxy (2022) | Review Chinese Drama

bagi aku, dekat 10 episod terakhir lagi menarik jalan ceritanya sebab awal-awal tu aku tak berapa faham sangat dengan konflik yang berlaku pada Ling Buyi. ingatkan dia marah bapa dia sebab mengabaikan ibunya dan berkahwin lain rupa-rupanya ada sebab lain kenapa dia begitu berdendam dan membenci bapa sendiri.

Ling Buyi sebenarnya ada identiti tersembunyi dan dia mahu membalas dendam kepada mereka yang merancang kemusnahan Kota Gu yang menyebabkan seluruh keluarga paciknya, Jeneral Huo dibunuh. dari awal lagi memang dia dah tahu siapa pembunuhnya tapi perjalanan tu agak jauh sebab nak menyiasat siapa lagi terlibat mengkhianati Jeneral Huo.

Dia masih lagi trauma dengan masa silamnya so misi pentingnya adalah membalas dendam kalau tidak dia akan terus rasa bersalah pada keluarganya. Walaupun Ling Buyi sangat mencintai Shao Shang tapi dia terpaksa mengenepikan cintanya sebab tak nak Shao Shang dan keluarganya terheret sekali dengan dendam dia.

Love Like The Galaxy (2022) | Review Chinese Drama

pendek cakap, drama ni sebenarnya agak berat dan complicated. tengok episod yang panjang pun agak penat juga nak habiskan tapi aku suka dengan main plot dia sebab tu terjebak dengan drama ni.

Barisan pelakon drama ni pun best juga. banyak scene yang nampak cantik bila pelakon boleh deliver skrip dan emosi masing-masing ditambah pula dengan cinematography dan angle shot kamera yang cantik. ini kali kedua tengok Zhao Lusi dan Leo bekerjasama selepas drama The Long Ballad, suka tengok chemistry mereka berdua bila diganding sebagai pasangan kekasih. lakonan mereka sangat mantap dan nampak matang.

sebenarnya banyak juga part yang meleret dan ada scene macam sengaja dimasukkan tapi sebenarnya tak penting pun. kat hujung-hujung Part 1 macam bosan sikit sebab terlalu dragging dengan konflik keluarga tunang tak jadi Shao Shang. Part 2 best sebab Shao Shang dan Ling Buyi dah start bercinta walaupun tak banyak pun scene romantik dalam drama ni. tapi overall,best juga melayan jalan ceritanya.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. Heroin perempuan tu berlakon dlam who rules the world pun best sweet je tapi pandai kungfu.

    ReplyDelete
  2. tak habis tengok Part 1...watak emperor yg best...sporting betul..

    ReplyDelete