Review Movie | Upcoming Summer (2021)


Title : Upcoming Summer
Country : China
Director : Leste Chen
Screenwriter : Shen Yang
Network : Netflix
Release Date : 30 July 2021
Duration : 1 hour 54 minutes
Cast : Wendy Zhang, Leo Wu, Hao Lei, Zu Feng, Liu Xiao Hai, Liu Dan

Upcoming Summer mengisahkan Chen Chen (Wendy Zhang) yang repeat sekolah tinggi kerana gagal ujian kemasukan kolej manakala Zheng Yu Xin (Leo Wu) kembali semula ke sekolah kerana langsung tidak hadir pada hari ujian.


Chen Chen merupakan pelajar pandai sebab itu ibunya kecewa dan terus mendesak Chen Chen untuk memberitahu masalah sebenar. so Chen Chen cipta satu kebohongan yang dia gagal ujian tersebut kerana putus cinta dengan seorang pelajar bernama Chen Yu Xing.

hakikatnya Chen Chen kecewa dengan ibu bapanya, pada malam ujian dia dapat tahu yang ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan masing-masing sudah mempunyai kekasih baru. sebab itu, Chen Chen sengaja tak jawab exam dengan harapan dalam masa setahun tersebut, ibu bapanya akan bersatu semula.


Zheng Yu Xing (Leo Wu) adalah influencer terkenal di Tik Tok, dia tak hadir pada hari ujian kerana putus cinta dengan kekasihnya, Ming yang lapan tahun lebih tua daripadanya. Yu Xing minat dengan muzik dan bercita-cita untuk menjadi DJ. mostly video yang dia buat di tik tok sebenarnya untuk meraih perhatian Ming tapi tak sangaka ramai pula yang menjadi peminat dia.

berbanding Chen Chen, Zheng Yu Xin tak pernah kisah dengan study, bila kembali semula ke sekolah dia terkejut apabila cikgu kelas warning jangan kacau Chen Chen padahal mereka tak pernah kenal pun sebelum ini.


orang dewasa dalam movie ni toksik betul, macam ibu bapa Chen Chen yang terus menipu status mereka daripada berterus-terang hal sebenar. 

cikgu kelas lagilah toxic, sepatutnya panggil Chen Chen dan Zheng Yu Xin buat kaunseling untuk tahu masalah sebenar tapi cikgu ni boleh cerita kat satu kelas, tak pasal kecoh satu sekolah. langsung tak fikir perasaan pelajar tersebut.


despite of segala rumor mengatakan mereka bercinta, Chen Chen dan Zheng Yu Xing menjadi kawan baik bila tahu rahsia masing-masing. Zheng Yu Xing langsung tak kisah bila Chen Chen gunakan dia untuk menipu semua orang. Chen Chen juga dapat explore dunia baru melalui Zheng Yu Xin yang passion dengan muzik electronic.


chemistry antara Chen Chen dan Zheng Yu Xin sangat comel dan kelakar tapi filem ni agak sedih dan jalan cerita lebih realistik. 

cerita dia bukan mengenai first love atau cinta monyet, tapi tentang dua remaja yang memberontak dengan cara mereka sendiri dan mereka sendiri tak sedar kesan yang mereka dapat di kemudian hari. tapi itu semua mengajar Chen Chen dan Zheng Yu Xing untuk lebih jujur dan menjadi berani dengan segala masalah yang mereka hadapi.

Post a Comment

12 Comments

  1. suka cerita budak2 sekolah China Mainland..mereka ni asyik pakai baju sukan je..

    Leo Wu jd hero...tengok dia berlakon dlm Nirvana In Fire & the Long Ballad....not bad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok dia berlakon dalam long ballad, itu yang tengok movie ni sebab ada Leo Wu..haha

      Delete
    2. dah tengok...drama china suka sgt buat ending open...huhu..

      Delete
    3. aah..tak suka sangat dengan ending dia :(

      Delete
  2. Comelnya pelakon dia... ok boleh tengok nanti...hahaha

    ReplyDelete
  3. cerita yang realistik ni best untuk dihayati kan

    ReplyDelete
  4. memang ikut peredaran zaman cerita ni...sekarang tiktok pulak trending..

    ReplyDelete
  5. kiut-kiut pelakon utamanya, plot cerita pun nampak menarik. ^^ rasa tertarik dekat isu parents dgn guru toksik

    ReplyDelete
  6. Saya nak tgok sbb Leo Wu. Br hbs tgok Amist A snowstorm of love (AASOL) Beriye ni gali drama Leo Wu..😅 AASOL sdg tyg di Netflix. Bila tgok AASOL terlupa umur kita skjp..hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk juga drama dia yg best. saya paling suka dia berlakon dalam drama Love Like the Galaxy..hehe

      Delete