Title : The Sleepless Princess
Network : Mango TV
Broadcast Date : 30 July 2020
Episodes : 35
Duration : 45 minutes
Genre : Romance Comedy, Historical, Wuxia
Cast : Hu Yi Xuan, Zheng Ye Cheng, Lin Xin Yi, Yang Lin, Huang Can Can
lama rasanya tak tengok period drama, yg boleh tersangkut tengok drama ni sebab hero dan heroin dia comel..hehe. hero ni pernah berlakon watak perbantu dalam drama Love O2O, sekarang dah jadi hero. watak dia dalam ni sangat matang, sangat kagum dengan lakonan dia dalam drama ni.
The Sleepless Princess mengisahkan Chu Yue anak kepada fortune teller macam ahli nujum negara kemudiannya dijadikan anak angkat raja selepas kematian bapanya. Chu Yue menderita imsonia dan selalu merayau-rayau sekitar istana pada waktu malam sehingga ramai pengawal menyangka istana mereka berhantu.
sebenar Chu Yue ada satu rahsia besar yg mana dia memiliki batu hikmat kepunyaan bapanya yg membolehkan dia dapat melihat masa depan ketika tidur. Chu Yue akan terkena sumpahan jika dia cuba mengubah ramalan tersebut. sebab tu Chu Yue mengelak dari tidur waktu tengah malam dan sebar khabar angin yg dia ada penyakit pelik.
kehidupan sebagai seorang tak bahagia mana pun apabila raja selalu abai dan mengelak daripada jumpa Chu Yue. Chu Yue dikahwin dengan General Xue oleh raja yg ada muslihat sendiri.
General Xue Yao seorang panglima hebat yg berjaya membawa banyak kejayaan besar pada negara tapi kesetiaannya diragui raja. Xue Yao cuba menyiasat kematian abangnya yg meninggal ketika bertugas di dalam istana sebab tu raja ni risau kalau Xue Yao belot kalau tahu hal sebenar.
untuk menguji kesetiaanya, raja mengahwinkan Xue Yao dengan Princess Chu Yue, waktu tu kalau lelaki yg kahwin dengan puteri raja, dia tak boleh pegang jawatan dan masuk campur hal politik.
Xue Yao boleh teka agenda raja tu tapi dia tetap terima perkahwinan tersebut walaupun terpaksa lepaskan jawatan tertinggi dalam negara.
awal perkahwinan masing-masing memang tak sebulu, Chu Yue selalu cari jalan untuk lari daripada rumah General Xue dan bercerai sebab tak nak rahsia dia terbongkar. yg tak best bila Chu Yue selalu diserang geng bertopeng yg mahu ambil batu tersebut daripada Chu Yue sampai Xue Yao pelik juga kenapa Chu Yue kena serang padahal puteri ni langsung tak reti martial art.
Chu Yue mula rasa selesa dengan Xue Yao bila dia sedar dia boleh tidur dengan nyenyak tanpa mimpi bila Xue Yao ada dengan dia. start dari situ juga Chu Yue mula jatuh hati pada suami sendiri dan terus lupakan niat dia untuk lari dia, pada masa yg sama cuba bantu Xue Yao menyiasat kematian abangnya.
tapi Chu Yue tak boleh nak rasa tenang sangat bila ada rahsia besar yg tersimpan dan dia mula terfikir sama ada Xue Yao boleh dipercayai dan boleh terima dirinya.
sebenarya aku tak habis tengok drama ni, stuck di episode 20 sebab subtitle lambat sangat keluar. time tu aku rasa ending dia macam sedih terus tengok last episode tanpa subtitle dan memang tepat tekaanku bila ending dia buat aku sakit hati. drama ni bagi open ending wei macam drama Legend of Han YunXi.
Baca juga: Drama China | Legend of Yunxi (2018)
based on komen yg aku baca sepatutnya happy ending tapi broadcast tv nak ending yg sebgitu, tak tahu kenapa so ada yg bagi link untuk tengok special episode. yeah memang happy ending tapi aku dah tak ada mood nak habiskan baki episode drama ni.
11 Comments
nice.. i suka accent chinese drama dari modern :)
ReplyDeletei pun suka juga tapi sebab episode dia panjang sgt selalu malas nak tengok..haha
DeleteCerita cerita klasik kadang best juga tengok kan. hebat tu tengok tanpa subtitle..kira faham sendiri je lah dari lakonan dorang tu. :)
ReplyDeletepenat nak tunggu subtitle, itu yg tengok juga walaupun tak faham..haha
DeleteAla.. open ending yang tak best.. Kenapa lah tak buat happy ending je.. Baru cadang nak tengok tapi bila baca bukan happy ending terus give up.. hehehe..
ReplyDeletememang geram la..kalau tahu dari awal memang malas nak tengok..haha
DeleteBaru nak tengok. Tapi ending tak best tak mau lah. Nanti sakit hati macam drama korea scarlet Ryeo.
ReplyDeletesampai sekarang masih frust dengan ending scarlet ryeo :(
Deletemama penah mcm ni gak tgk ending terus xde mood nak tgk sampai habis huhu
ReplyDeletedulu2 suka juga layan period drama macam ni...
ReplyDeletelama tak tengok drama cina klasik macam ni.. memang suka sangat drama cina yang zaman dulu2 ni.. :)
ReplyDelete