Review Drama | Weakest Beast (2018)

Review Drama | Weakest Beast (2018)

Title : Kemono ni Narenai Watashitachi
Another Title : Weakest Beast
Director : Mizuta Nabuo
Screenwriter : Nogi Akiko
Network : Netflix
Aired : 10 October 2018 - 12 December 2018
Episode : 10
Duration : 60 minutes
Cast  Aragaki Yui, Matsuda Ryohei, Tanaka Kei, Kikuchi Rinko, Kuraki Haru, Matsuo Takashi, Yamauchi Takaya, Inukai Atsuhiro, Ito Sairi, Tanaka Misako

Weakest Beast mengisahkan Shinkai Akira (Aragaki Yui) yang selalu tersenyum nampak sangat perfect di tempat kerja dan Nemoto Kosei (Matsuda Ryohei) bekerja sebagai akauntan, mereka bertemu di sebuah bar dan mula menjadi rapat.


Shinkai Akira bekerja sebagai assistant sales di sebuah syarikat IT tapi selepas empat tahun bekerja di situ, dia sendiri dah tak tahu skop kerja dia yang sebenar apabila terpaksa melakukan semua kerja, dari kerja setiausaha sampailah kena ambil alih presentation kerja orang lain.

masalah juga bila bos kat situ sekali bagi arahan sangat laju sampai orang lain susah nak kejar timing dia, banyak pekerja senior dah berhenti tak tahan dengan cara bekerja di situ manakala pekerja baru pula semuanya mengharapkan pada Akira. bila ada yang buat silap semuanya lepas tangan sampai Akira terpaksa perbetulkan kesilapan mereka.

ending first episode agak sedih juga bila Akira terlampau penat dan stress dengan kerja, sampai satu saat hampir terlintas fikiran nak bunuh diri nasib baik tersedar tapi Akira jadi trauma juga setiap kali tunggu train.


Selepas melalui fasa tersebut, Akira tekad untuk protes dan demand pada bos dia supaya specify skop kerja dia, selagi tak putuskan benda ni dia akan teruskan protes. boss Akira tak jawab pun demand dia tapi bagi dia naik pangkat tapi tetap sama juga bila dia kena buat semua kerja dalam ofis tersebut.

Akira merasakan tak guna buat protes bila majikan tak pernah ambil kisah dengan kebajikan dan kesihatan mental pekerja dia. nasib baik rakan sekerjanya dah mula berubah dan belajar buat kerja masing-masing.


kehidupan peribadi Akira pun nampak perfect bila ada teman lelaki yang baik hati dan bakal mak mertua yang sayang pada dia. Akira dan Hanai Kyoya (Tanaka Kei) sudah berpacaran hampir empat tahun so ramai yang assume mereka tinggal serumah sebab Kyoya dah beli rumah sendiri.

hakikatnya Kyoya tinggal serumah dengan bekas teman wanitanya, Nagato Shuri (Kuroki Haru) dan Akira tahu hal tersebut. sewaktu Kyoya breakup dengan Shuri dulu, Shuri hilang kerja tak ada tempat nak tuju so dia kesian bagilah Shuri tinggal kat rumahnya sementara dapat kerja baru. alih-alih dah empat tahun Shuri menganggur tak ada tanda nak pindah keluar, kerjanya cuma main game.

Kyoya sangatlah baik tapi jadi masalah juga dalam hubungannya bersama Akira bila masing-masing kurang berkomunikasi. mereka tak pernah bincang mengenai hala tuju hubungan mereka, masalah kerja mahupun hal Shuri. Akira pura-pura ok dengan keadaan tersebut untuk mengekalkan hubungannya dengan Kohei tapi dah banyak makan hati.


Nemoto Kosei seorang akauntan dan bekerja sendiri. perwatakan Kosei sangat berbeza kalau dibandingkan dengan Akira sebab Kohei lebih suka buat hal sendiri dan mulut dia pun boleh tahan pedas.

Kosei selalu melepak di bar bernama 5Tap bersama kawan baiknya Tachibana Kureha (Kikuchi Renko) sampai orang lain di bar tersebut ingat mereka akan berkahwin alih-alih Kureha umum yang dia akan berkahwin dengan orang lain dan merahsiakan identiti suaminya.

Kosei juga mempunyai masalah kerja apabila dia pernah terlibat dalam pemalsuan dokumen sebab nak tolong abang dia. walaupun Kosei mahu berhenti tapi pihak tersebut mengugut sama ada untuk teruskan kerja tersebut atau hilang kerjanya sebagai akauntan.


Akira dan Kosei sudah lama menjadi pelanggan tetap di bar 5Tap tapi mereka tak pernah bertegur sapa dan mereka mula bersembang selepas Kureha umum nak kahwin sebab Akira curious dan tanya pada Kohei macam mana Kureha tahu suaminya the right one sampai decide nak kahwin.

Suatu hari, Akira terdengar Kosei mengutuk senyuman Akira plastik dan creepy. Kosei juga menyampah dengan perangai Akira yang baik tak bertempat dan sibuk nak jaga perasaan orang lain. sejak hari itu juga mereka berdua makin rapat dan saling meluah masalah berkaitan kerja dan hal peribadi.


menyampah juga dengan perangai manusia dalam drama ni terutamanya bos dan rakan sekerja Akira, buat kerja separuh mati tapi bos tak pernah hargai, baik cabut awal daripada melayan kerenah manusia kat situ, bos pula tak habis nak tengking pekerja dia.

ada juga perangai yang pelik macam Kureha dan Shuri sampai terfikir wujud ke manusia macam ni sebab aku belum pernah jumpa lagi. Kureha ni watak dia sangat sempoi dan open minded tapi apa yang dia buat pada Kyoya dah cross line sebab tak hormat perasaan Akira.

tapi tindakan Kureha yang membantu Akira untuk membuat keputusan sama ada teruskan atau putuskan hubungannya dengan Kyoya. niat Kureha nampak baik tapi cara dia tu susah kita nak terima.


tak tahu kalau di jepun normal ke tidak bila bekas kekasih datang menumpang di rumah sebab ini bukan first drama jepun yang aku jumpa kes macam ni. kalau kita lepas breakup bukan cakap muka, bayang pun kalau boleh tak nak terserempak.

tak kisahlah kalau Shuri ni ada anxiety ke apa untuk dia cari kerja tapi seriusly tak faham kenapa nak menyusahkan bekas teman lelaki yang sah-sah dah tak ada kena mengena. kalau tak nak bekerja pergi duduk dengan family dan better menyusahkan family sendiri.

annoying betul dengan Shuri bila tak habis salahkan orang lain sebab kes berhenti kerja dulu,  salahkan Akira macam Akira tu punca segala nasib malang dia. bila sekali kena sound dengan Kosei tahu pula sentap. memang padan muka, kau datang tempat Akira selalu lepak, lepas tu mengutuk Akira depan Kosei dengan harapan orang lain simpati dengan nasib kau, memang salah tempat nak mengumpat pun.


waktu nampak drama ni dulu tak rasa nak tengok, bila keluar di Netflix layan je lah sebab aku suka follow drama Aragaki Yui dulu. jalan cerita Weakest Beast sangat menarik maybe sebab boleh relate banyak benda dengan drama ni dan suka dialog dia. jalan cerita dia agak berat, ada juga part yang sedih tapi ada juga part yang aku tergelak terutama scene Akira dan Kosei berdua.

tak ingat pernah tengok ke tidak drama Matsuda Ryuhei sebelum ni tapi satu benda yang aku suka dengan pelakon senior adalah mereka ada aura tersendiri termasuk dengan hero drama ni. walaupun tak hensem tapi jatuh cinta dengan lakonan dan aura Ryuhei..haha

dalam drama jepun memang normal jalan cerita lebih fokus kepada kerjaya dan kedekut dengan romance. sebab tu juga aku tak puas hati tengok drama ni sebab suka tengok chemistry Akira dan Kosei tapi scene romantik mereka berdua tak banyak but well drama jepun memang begitu so kau nak expect apa lagi. 

kesimpulannya, Weakest Beast sebuah drama mengenai masalah yang dihadapi oleh orang dewasa berkaitan tempat kerja dan juga relationship. overall, nice story, nice ending.

Post a Comment

1 Comments