One And Only (2021) | Review Chinese Drama


Title : One And Only
Director : Guo Hu
Screenwriter : Mo Bao Fei Bao
Network : iQIYI
Release Date : 18 Aug 2021
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Genre : Wuxia, Political, Romance
Cast : Ren Jia Lun, Bai Lu, Wang Xing Yue, Li Yi Ru, Zhao Lu La, Ethan Yao, Zhang Zhang, Yuan Ruo Hang, Wu Man Si

SYNOPSIS:
Zhou Sheng Chen was raised by his brother, the Emperor, until the age of thirteen, when he set out to defend the border and establish himself as a loyal and accomplished general. Cui Shi Yi, the well-read daughter of an esteemed family, has been betrothed to the Crown Prince since birth. However, political scheming and tragic events result in Cui Shi Yi falling mute, her former fiance becoming a child Emperor, and Zhou Sheng Chen returning to the capital amidst a cloud of political turmoil.

One And Only (2021) | Review Chinese Drama

Dah lama nampak drama One and Only di iQIYI tapi ambil mood sikit nak tengok sebab selalu drama historical ni mesti ending dia menyedihkan. warning awal-awal, review drama ni sis letak spoiler.

One And Only mengisahkan Cui Shi Yi (Bai Lu), anak gadis keluarga bangsawan paling berpengaruh yang ditunangkan dengan putera mahkota sebelum dilahirkan lagi. Shi Yi tidak boleh bercakap apabila mengalami depression selepas terpisah dengan ayahnya.

Manakala Zhao Shengchen (Ren Jia Lun) merupakan adik kepada maharaja tapi dalam usia muda memilih untuk melepaskan segala gelaran dirajanya untuk pergi berperang dan mempertahankan sempadan negara. Zhao Sheng Chen menjadi panglima perang yang hebat kerana tidak pernah kalah dan dia bersumpah akan tinggal di sempadan dan tidak akan kembali ke ibu kota.

One And Only (2021) | Review Chinese Drama

Suatu hari, berlaku peralihan kuasa apabila maharaja mangkat dan putera mahkota, Liu Hui (Jeremy Luo) yang masih kecil diangkat menjadi pemerintah seterusnya. General Zhao membuat keputusan untuk kembali ke ibu kota untuk menghadiri permakaman abangnya. Kepulangan General Zhao menimbulkan gosip liar mengatakan dia akan memberontak kerana pada masa tersebut dia memiliki angkatan tentera yang terbesar. 

Di hadapan maharaja baru dan pembesar istana, General Zhao bersumpah akan terus saat setia kepada raja dan berjanji tidak akan kahwin. sebab bila tiada isteri dan zuriat tak ada point dia nak memberontak.

Pada masa ini juga, pak cik Shiyi yang merupakan penasihat diraja meminta General Zhao mengambil Shiyi sebagai anak muridnya dan General Zhao bersetuju untuk menerima Shiyi selepas dia habis berperang.

One And Only (2021) | Review Chinese Drama

Selepas beberapa tahun Shiyi pergi bertemu dengan General Zhao. Selain Shiyi, General Zhao mempunyai 10 orang murid yang sangat setia dan mengikutnya keluar berperang. 

General Zhao sebenarnya tak tahu nak mengajar Shiyi apa sebab Shiyi dari keluarga bangsawan dan bakal crown princess pula tu, nak tolak pun dia serba salah dengan pacik Shiyi. Disebabkan Shiyi suka membaca, General Zhao membenarkan Shiyi menjaga perpustakaan di kediamannya. 

Shiyi dari bisu slowly dapat bercakap semula sebab gigih nak bercakap  dengan General Zhao. Semakin lama hubungan mereka semakin rapat, dalam diam Shiyi dan General Zhao saling jatuh cinta tapi disebabkan mereka tahu kedudukan dan tanggungjawab masing-masing, perasaan tersebut tersimpan di hati tanpa dapat diluahkan.

One And Only (2021) | Review Chinese Drama

sebenarnya banyak kali juga pacik Shiyi minta pertunangan anak saudaranya dibatalkan sebab dalam perjanjian tersebut hanya disebut siapa yang jadi putera mahkota akan jadi tunang Shiyi. Apabila Liu Hui yang masih kecil diangkat sebagai maharaja, mereputlah nak tunggu dia kahwin dan ada putera mahkota.

Tapi disebabkan pengaruh keluarga Cui sangat besar, Queen Dowager masih lagi nak dapatkan support daripada pacik Shiyi untuk mempertahankan kedudukannya so dia lantik anak saudaranya, Liu Zi Xing (Wang Xing Yue) untuk jadi teman permainan raja dan juga bakal putera mahkota yang juga tunang kepada Shiyi.

Selepas Maharaja Liu Hui meningkat remaja, pemerintahannya jadi lemah sebab tak reti nak buat keputusan dan hal ini menyebabkan Eunuch (lupa nama) mengawal Liu Hui dan jadi berkuasa dalam istana dan memecat ramai pembesar yang setia. So waktu ni, Liu Hui hantar Liu Zi Xing berjumpa pacik dia iaitu General Zhao untuk minta bantuan.

One And Only (2021) | Review Chinese Drama

Liu Zi Xing tahu dia takkan ada peluang untuk jadi putera mahkota bila Maharaja Liu Hui berkahwin dan bakal mempunyai zuriat. Dalam diam dia buat perjanjian dengan Queen Dowager (sebab time ni pun kena buang dengan Liu Hui disebabkan pengaruh Eunuch) untuk kembalikan kuasa Queen Dowager sebagai balasan dia akan diangkat sebagai pemerintan kelak.

Dia ni macam psiko juga sebab tak pernah jumpa Shiyi tapi tengok gambar Shiyi pun dah gila bayang dan obsess gila dengan Shiyi maybe sebab pengaruh kuasa keluarga Cui juga kot. Bila bertemu dengan Shiyi dan General Zhao, dia cemburu melihat hubungan mereka yang sangat rapat lebih dari seorang guru dan anak murid pastu Shiyi pula tak layan dia.

One And Only (2021) | Review Chinese Drama

Selepas Eunuch tersebut dihapuskan banyak benda yang perlu dibaiki terutama sekali untuk dapatkan sokongan pembesar yang masih taat setia kepada Maharaja Liu Hui. tapi disebabkan pacik Shiyi ada pengaruh yang besar ramai yang tak berani lawan dan ikut juga bersumpah untuk setia pada raja.

Masa ni juga pacik Shiyi dah nazak dan minta sekali lagi pada Queen Dowager untuk membatalkan pertunangan Shiyi sebab Liu Zi Xing bukan ada kepentingan politik pun. pastu dia minta Queen Dowager untuk menjodohkan anak lelakinya, Cui Feng dengan anak saudara Queen Dowager untuk menunjukkan sokongan keluarga Cui pada keluarga diraja. Jadi Queen Dowager terpaksa bersetuju dengan permintaan pacik Shiyi yang sudah banyak berjasa.

Walaupun Shiyi sudah tidak terikat dengan tali pertunangan bukan bermakna yang dia boleh terus bercinta dengan General Zhao sebab banyak tanggungjawab mereka lagi pula General Zhao pernah bersumpah tidak akan berkahwin so dari awal lagi dah ada hint yang kisah cinta mereka tidak kesampaian.

One And Only (2021) | Review Chinese Drama

Dalam drama ni, Liu Zixing dan Queen Dowager yang paling licik dan gila kuasa. Queen Dowager sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasanya termasuk membunuh anaknya, Liu Hui dan beri laluan kepada Liu Zi Xing untuk menjadi pemerintah. 

Liu Zixing pun licik juga sebab dia tahu Liu Hui ada sokongan daripada General Zhao so dia pakat juga dengan orang luar untuk buat rampasan kuasa secara senyap. pastu tercapailah impian untuk jadi raja dan berkahwin dengan Shiyi.

ok spoiler, ending dia memang sedih gila hurmmm sedih wei rabak betul tengok ending. si Zixing bangang ni fitnah General Zhao kata General Zhao nak memberontak dan seksa dia sampai mati. Shiyi memang kecewa dan sedih bila tahu apa yang jadi pada General Zhao dan pengikutnya padahal General Zhao paling banyak jasa pada negara last sekali dia decide untuk bunuh diri.

padan muka si Zixing. so begitulah bila orang tamak kuasa pegang pemerintahan, hancur negara. hidup dia pun berakhir dengan sadis juga sebab sakit dan hilang sokongan dari tentera lepas apa yang di buat pada General Zhao.

One And Only (2021) | Review Chinese Drama

General Zhao sepatutnya tak payah balik ibu kota dan stay je dekat sempadan tu sebab orang dalam istana ni toxic gila dan tak habis bergaduh berebut kuasa. punyalah dia bersusah payah setia mempertahankan negara sampai sanggup ketepikan perasaan dia pada Shiyi, tapi last sekali dia pula yang kena bunuh dengan raja tak guna ni. sampai kesudah bengang aku dengan raja dia.

so kesimpulannya, walaupun ending dia sedih tapi best drama ni sebab plot dan jalan cerita dia menarik dan watak utama dia sangat strong. Bailu dan Allen Ren bawa watak masing-masing dengan baik sekali dan emosi tu memang menusuk ke hati dengan chemistry mereka yang kuat. walaupun tak ada babak romantis antara Shiyi dan General Zhao tapi boleh rasa diorang punya chemistry.

sebenarnya drama One and Only ada sekuel musim kedua bertajuk Forever And Ever. jalan cerita dia mengenai kisah cinta Shiyi dan Zhao Sheng Chen dalam kehidupan lain iaitu di zaman moden. kiranya drama healing lepas kecewa dengan ending One and Only.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. cerita ni bukan modern version ke? Ritu tgk separuh sebab konon nak layan drama si hero tuu. tpnyaaa. tunggu laa. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sekuel dia, kisah diorang dalam kehidupan lain pula. better tengok yang ni sebab plot dia best.

      Delete