Drama China | The Blooms At Ruyi Pavilion (2020)


Title : The Blooms At Ruyi Pavilion
Director : Lin Jian Long, Chen Guo Hua
Screenwriter : Jin Yuan Yuan
Network : iQiyi
Aired : 21 October 2020 - 13 November 2020
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Cast : Ju Jing Yi, Zhan Zhe Han, Liu Yi Chang, 
Wang You Shuo, Kiki Xu, Jiang Shan, Wang Yi Ting, Gong Bei Bi


selepas drama Legend Han Yun Xi memang tak sabar nak tengok Zhang Zhehan dan Ju Jingyi berganding semula dalam The Blooms At Ruyi Pavilion. sebenarnya aku ada juga try tengok drama Zhang Zhehan dan Ju Jing Yi berlakon dengan orang lain tapi macam bosan je. bila diorang berganding bersama baru best sebab chemistry ada di situ..haha

Baca juga : Drama China Legend Of Yun Xi (2018)



The Blooms At Ruyi Pavilion mengisahkan Duke Su atau Xu Jin, putera keempat Raja Dayu yg dikatakan bernasib malang sejak dilahirkan. atas desakan menteri, Raja Dayu terpaksa menghantar puteranya ke sempadan. sejak kecil lagi Xu Jin telah dilatih dengan ilmu ketenteraan dan menjaga sempadan negara.

setelah sekian lama berkhidmat di sempadan, Xu Jin diseru kembali ke ibu kota kerana banyak kes rasuah di kalangan pembesar negara. Raja Dayu mengarahkan Xu Jin untuk menyiasat pengawal yg terlibat.

ramai yg tak senang bila tahu Duke Su kembali ke ibu kota dan mengambil alih tugas ketua imperial guard. terdapat beberapa percubaan untuk membunuh Xu Jin. waktu Xu Jin kena serang tu juga mesti dia bertembung dengan Fu Rong hingga Xu Jin syak perempuan ni berkomplot nak membunuhnya.

bila disiasat background Furong, Xujin percaya yg Furong tak ada kena mengena dengan kes yg dia tengah siasat tambahan pula Furong langsung tak tahu martial art. sebenarnya dari awal lagi dah boleh nampak Xu Jin suka pada Furong.


Furong dari keluarga pembesar juga tapi bapa dia pengawal bawahan sahaja. dia ni agak nakal juga dan selalu curi-curi keluar rumah, nasib baik kakak dia selalu backup dia tapi kadang-kadang kantoi juga dengan bapa dia.

Furong sebenarnya ada keistimewaan bila boleh tengok masa depan dalam mimpi dan Furong ternampak yg Duke Su adalah suaminya so Furong cuba nak ubah mimpu dia tu. tapi itulah makin nak mengelak, makin kerap pula berjumpa dengan Duke Su. 

perlahan-lahan hubungan mereka makin rapat bila banyak kali nyawa mereka terancam dek kerana orang-orang yg cuba membunuh Xu Jin dan kebetulan pula Furong berada di tempat kejadian. 

Suatu hari Furong dituduh membunuh gurunya, pemilik kedai barangan kemas Ruyi Pavilion dan terus dijatuhkan hukuman mati tanpa sebarang siasatan. kebetulan pula Furong berada pada waktu yg salah tapi nasib baik Xu Jin dapat jumpa bukti yg Furong tak bersalah.


Selepas kes tersebut selesai, Xu Jin mohon pada ayahanda dia untuk berkahwin dengan Fu Rong, malangnya malam perkahwinan Furong pula nak bunuh dia sebab syak yg Xu Jin pembunuh sebenar.

time ni memang kecewa giler Xu Jin, dah la nak minta kahwin dengan Furong jenuh merayu pada bapa dia itupun dapat ambil Furong jadi gundik sahaja. Raja Dayu tak habis suruh Xu Jin cari isteri lain sebab tak berkenan dengan Furong.

lepas malam perkahwinan tersebut Furong jadi insaf sebab tak percaya suami sendiri lagipun banyak pengorbanan yg Xu Jin dah buat untuk dia. Furong sebenarnya dah mula jatuh cinta pada Xu Jin tapi sebab termakan hasutan orang, dia pun jadi ragu-ragu dengan kebaikan Xu Jin.


Duke An adalah adik kepada Raja Dayu dan juga pacik Xu Jin. Duke An juga menyamar sebagai Farmer Ju Shui seorang penyajak terkenal untuk lari daripada urusan politik negara. Duke An juga ada hati pada Fu Rong memandangkan mereka pernah berkenalan waktu kecil dulu.

Duke An ni sebenarnya baik tapi dia dah salah faham bila ingatkan yg Xu Jin ada kena mengena dengan kematian bondanya. sejak itu dia cuba cari jalan nak bunuh Duke Su tapi tak sangka pula Duke Su dan Furong saling jatuh cinta. banyak juga rancangan jahat dia pada Duke Su secara tak langsung Furong jadi mangsa keadaan.

bagi aku, Duke An ni watak yg cerdik tapi sebenarnya bodoh amat. dia boleh guna networking yg dia ada untuk siasat punca sebenar kematian bondanya tapi Duke An pilih untuk membalas dendam. tak pasal ramai yg terkorban kerana dendam yg berpunca dari salah faham tersebut.


second couple dalam drama ni, kakak Furong iaitu Xuan dengan Wu Bai Qi. Xuan sangat matang dan cerdik dan Wu Bai Qi pula general yg lebih suka bersuka ria dan tak ada matlamat hidup. bila kena dengan Fu Xuan, Wu Bai Qi mula berubah menjadi lebih matang.


ada apa dengan RuYi Pavilian tu? Ruyi Pavilion ni kedai yg menjual barang kemas. namun di sebalik semua itu tersembunyi satu organisasi rahsia yg menjual maklumat ataupun orang tengah antara dua pihak. Furong sendiri tak tahu pasal benda ni sebab guru iaitu Li Riuyi tak nak dia terlibat.

masalah bila kena buat urusan dengan orang jahat, memang tak seronok bila nak sampaikan maklumat tu dapat tahu ada kejahatan yg cuba dibuat oleh pihak lain.

kemuncaknya bila Duke An tahu pasal organisasi rahsia ni dan cuba gunakan maklumat yg Ruyi Pavilion ada untuk kepentingan diri sendiri. Liu Riuyi tak berkenan dengan niat Duke An dan cuba warning Furong untuk jauhkan diri daripada Duke An. malangnya Liu Riuyi terbunuh.


biasalah dalam ancient drama ni jalan cerita dia agak complicated, watak yg ada pun kadang annoying juga macam Duke An ni. kat penghujung baru terdedah segala tipu muslihat Duke An,siapa sebenarnya pembunuh Liu Riuyi dan apa yg sebenarnya terjadi kepada bonda Duke An.

tapi itulah bila diri dah dikuasai perasaan dendam dan cinta yg terlalu obsess, memang dah tak nampak jalan lurus. dah terlambat untuk Duke An betulkan segala kesalahan atas semua kejahatan yg dilakukan.

banyak juga cabaran dan halangan Xu Jin dan Furong nak kena hadapi untuk pertahankan cinta mereka. sampai satu tahap mereka terpaksa berpisah supaya dapat melindungi orang yg mereka cinta daripada bahaya. pengakhirannya mereka dapat hidup bahagia.


sebenarnya ada sambungan kisah Xu Jin dan Furong di kehidupan moden dalam The Blooms At Ruyi Pavilion: Spin Off. dalam special episode kisah dia pendek sahaja tentang Xu Jin yg bertemu semula dengan Furong. time ni Furong yg sibuk kejar cinta Xu Jin. yg kelakar Duke An pun ada juga tapi dia jadi tukang penasihat pada Furong untuk mengorat Xu Jin.

walaupun pendek sahaja special episode tapi puas hatilah dapat tengok kisah Furong dan Xujin je.. best juga dapat tengok Zhang Zhehan dan Ju Jingyi dalam moden life. hopefully ada projek drama diorang bersama lagi lepas ni kalau boleh nak tengok mereka berlakon dalam modern drama pula.

Post a Comment

19 Comments

  1. suka drama ni sbb tak heavy sangat, light2 je..main leads and 2nd couple mmg best, part lovey-dovey tu yg tak tahan..haha...handsome giler ZZH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang handsome, itu yg semangat nak tengok sebenarnya..haha

      Delete
  2. i baru habis tgk DANCE OF PHEONIX ! cita ni next in the list :)

    ReplyDelete
  3. Macam biasa dengar nama Ruyi ni. Mungkin cerita lain kot. Terima kasih tinggalkan komen tanpa letak link di blog saya. Kalau letak link saya tak boleh publish sebab takut nanti broken link melambak. maaf ye.
    Terima kasih sekali lagi :)

    ReplyDelete
  4. Pandai betul TS mengulas, nampak jalan cerita..
    Best..

    ReplyDelete
  5. suka tgk drama mcm ni, sebab rasa sweet pastu ade babak lawan lawan heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sweet tapi penat juga nak tengok sampai 40 episode..haha

      Delete
  6. bahahahaha alaaa baru syok tengok muka handsome Duke An rupanya tak bijak adoiii zaman klasik ataupun moden, dua2 tetap sama cantik sama padan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam spin off episode tu watak dia best.dan dia lebih hensem dalam moden drama..haha

      Delete
  7. sesekali tu layan juga drama cina ni...

    ReplyDelete
  8. Lepas baca review macam nak tengok yang versi spin off tu je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la tengok. yg special episode tu santai je..hehe

      Delete