Movie | 99 Nama Cinta (2019)


Movie : 99 Nama Cinta
Country : Indonesia
Director : Danial Rifki
Screenwriter : Garin Nugroho
Network : Netflix
Release Date : 14 November 2019
Duration : 106 minutes
Cast : Acha Septriasa, Deva Mahendra, Ira Wibowo, Donny Damara, Chiki Fawzi, Adinda Thomas, Susan Sameh, Dzawin Nur, Robby Purba, Muhammad Soufan


seminggu dua ni hilang mood nak tengok drama sebab tu lately ni banyak habiskan waktu dengan movie dan layan show Sixth Sense, hilang stress kejap layan Yoo Jae Suk dengan geng sixth sense yang lain.

lagi satu cerita sedih aku, hari tu semangat nak habiskan tulis review untuk filem 99 Nama Cinta, lagi sikit lagi nak tiba-tiba tak dapat save sebab wifi rumah buat hal terus entry ni terperam dalam draft. siapa pernah kena macam ni hurmm memang potong mood betul 😒


99 Nama Cinta mengisahkan Talia (Acha Septriasa) seorang penerbit dan juga pengacara tv terkenal rancangan gosip, Bibir Talia. Suatu hari, muncul seorang ustaz muda di pejabat Talia mengatakan mahu mengajar Talia membaca al-quran atas permintaan ibu Talia.  sudah tentu Talia terkejut dan tak percaya dengan Kiblat sebab dia sendiri tak ingat siapa sebenarnya Kiblat ni.

ayah mereka sebenarnya berkawan baik, ayah Talia sangat cintakan ilmu agama sehingga dia banyak menderma dan mewakafkan hartanya untuk kegunaan sekolah pondok milik ayah Kiblat, Kiai Umar (Donny Tamara). sebelum meninggal dunia, ayah Talia ada meninggalkan wasiat mahu Kiblat mengajar Talia ilmu agama apabila mereka  dewasa..


Talia menerima berita buruk apabila rancangannya dihentikan gara-gara ada pihak yang mahu menyaman mereka lalu diminta menjadi produser untuk program keagamaan bertajuk Kuliah Subuh. 

bukan senang mahu naikkan rating rancangan keagamaan nasiblah Mlenuk(Adinda Thomas) memberi idea supaya Talia membawa Kiblat sebagai ustaz jemputan ke dalam program tersebut dan Kiblat pula membawa Husna (Chiki Fawzi) yang juga guru baru di sekolahnya. 


ternyata percaturan tersebut berjaya menaikkan rating Kuliah Subuh, bukan sahaja dengan imej Kiblat sebagai ustaz muda malah ramai tertarik dengan gaya penyampaian Kiblat yang santai dan fresh menggunakan 99 nama Allah sebagai medium dakwahnya. topik yang dibawa Husna mengenai seni dan fesyen islamik juga banyak menarik minat  golongan remaja dan wanita.

bagi aku, 99 Nama Cinta sebuah filem islamik yang sangat menarik sebab jalan ceritanya tak terlalu menumpukan kepada percintaan sebaliknya banyak menyelit mesej dan dakwah ringan dalam kehidupan dan juga kritikan halus kepada golongan agamawan. selain itu, banyak juga tunjuk kerja di belakang tabir untuk sesebuah rancangan tv.


Allah itu bekerja dengan cara tersendiri

bukan senang Kiblat nak mengajar agama kepada Talia bila tuan badan sendiri menolak. siapa sangka dengan mengendalikan rancangan dakwah, Talia sendiri dalam diam tertarik untuk belajar agama dan melalui Kuliah Subuh juga banyak mengubah peribadi Talia ke arah kebaikan.


kebanyakkan karakter dalam filem ini sangat menarik seperti Mlenuk yang sentiasa positif, Husna yang sentiasa bersemangat menyampaikan dakwah melalui seni dan fesyen. watak parent Kiblat dan Talia pun best, tak ada macam drama melayu asal jumpa anak sembang pasal jodoh.

yang paling aku suka watak Pak Bambu (Dzawin Nur), scene dia tak banyak tapi setiap kali dia muncul berdekah gelak dengan dialog dan lakonan dia yang bersahaja. rupanya Dzawin Nur seorang pelawak, pernah join Maharaja Lawak Mega pada tahun 2017 dan menang tempat ketiga. siapa yang rajin tengok MLM mungkin kenal kot dengan Dzawin ni.


dalam filem ni memang tak ada scene romantis antara Kiblat dan Talia tapi chemistry antara mereka berdua tu sangat bagus. dari renungan mata pun dah cair dengan ustaz Kiblat ni, bila scene dia melamar Talia tu aww so sweet 💘

overall, plot dan jalan cerita 99 Nama Cinta sangat bagus dengan mesej dan dakwah ringan yang cuba disampaikan, kritikan halus yang diberikan pun sangat menarik diselitkan dengan komedi yang tidak keterlaluan. kiranya jalan cerita dia sangat berbeza dengan filem islamik yang aku pernah tonton sebelum ini, kalau ada sekuel sure aku akan tengok 😊

Post a Comment

14 Comments

  1. pernah jugak jadi macam tu, dah nak habis karang dah tiberr pulak laptop terpadam. Nasib baik buat draft dekat word, ada la autosave haha. Best kan movie ni. Suka tengok chemistry diorang. Cara pengarah sampaikan dakwah pun lembut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah apa masalah wifi ni asyik terputus je lately ni. geram betul bila jadi macam tu..haha

      betul..cara dia sampaikan mesej dan kritikan tu memang menarik dan chemistry acha dan deva memang best rasa macam nak repeat tengok lagi sekali :)

      Delete
  2. Menarik jalan cerita ni. Watak pun function semuanya. Boleh masuk dalam list movie best ni. Tq share.

    ReplyDelete
  3. suka drama yg content mcm ni...kreatif..

    ReplyDelete
  4. Perasan gak movie nie kat Netflix tapi sebab ngah layan K-drama, so letak dalam My List dulu. Hehe

    ReplyDelete
  5. Lama betul tak layan movie Indonesia .. nanti nak masuk wishlist sebab jalan cerita nampak menarik. Suka tengok artis Indo sebab ralit tengok muka dyorang yang mulus tu .. hehehe

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing this, never watch any movie from indonesia, wanna watch this :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Alamak nak tgkla cerita Ni.. suka jalan cerita mcm Ni.. X berapa berat Dan sangat santai

    ReplyDelete
  8. Time2 sekarang ni memang dari satu movie ke satu movie sis tengok. Nanti nak tengok yg ni pulak..macam menarik je cerita dia

    ReplyDelete
  9. Ada kat Netflix kan..nanti free boleh la tengok juga dengan family. Nampak menarik jalan cerita dia.

    ReplyDelete
  10. Nowadays I jarang tengok cerita Indonesia, time I was at the uni memang selalu tengok sebab housemate student from Indonesia.

    ReplyDelete
  11. My favorite genre ni...boleh tengok la.. I think pernah tengok trailer dia sebelum ni... 👍 Sure best...

    ReplyDelete