Tarik Aku Ke Syurga (TV3) | Sinopsis Drama

Tarik Aku Ke Syurga (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Tarik Aku Ke Syurga
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Malek Rahman
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 23 Jun 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 28
OST/ Lagu Tema : Wanie Ooi - Bukti Cinta
Pelakon : Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Lisdawati, Keith Foo, Izzendra, Ayra Messi, Esma Daniel, Idzham Ismail, Afzan A.Rahman, Myra Zareil

Drama Tarik Aku Ke Syurga diinspirasi dari novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam di bawah arahan sutradara Malek Rahman bakal ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Tarik Aku Ke Syurga (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga

Tarik Aku Ke Syurga mengisahkan Zamri (Zul Ariffin) yang tidak pernah terfikir untuk berkahwin, hubungannya dengan Natasha (Izzendra) juga tidak pernah serius walaupun mereka tinggal bersama.

Suatu hari, hubungan Zamri dan Natasha telah diketahui ibunya, Hajah Raudah (Lisdawati). Dia kecewa bila dia selaku pendakwah tapi tidak sedar anak tunggalnya bergelumang dengan dosa, Hajah Raudah meminta Zamri untuk berkahwin dengan gadis pilihannya, Zara Adelia (Nelissa Nizam).

Zamri tiada pilihan dan terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Zara demi mendapatkan keampunan ibunya. Zara juga tidak mengenali Zamri dan bersetuju atas perkahwinan tersebut kerana keluarganya. Mampukah Zara menerima masa lalu Zamri?

Post a Comment

13 Comments

  1. macam besar je age gap hero dengan heroin tu

    ReplyDelete
  2. Wow... the storyline sounds intriguing. You make me wanna watch this drama. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Owh. Adaptasi dari novel ek. Ok. I nak baca novel dulu la - baru kita tau jalan sebenar kan

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak layan drama melayu..jalan cerita mcm menarik

    ReplyDelete
  5. Wahh luckily sis share about drama ni.. kalau tak, terlepas peluang tonton drama ni.. menarik juga ye jalan cerita drama ni,, sgt relatable dan seiring dengan isu2 semasa.. modern lifestyle...

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing this, the storyline macam interesting juga nanti nak check out

    ReplyDelete
  7. Baru tengok semalam untukpertama kali..huhu..macam best je, kene layan selalu

    ReplyDelete
  8. The synopsis sounds nice it's been a while since I had time to watch TV will try it out

    ReplyDelete
  9. lama x nampak zul ariffin.. kembali dah dia ya.. tapi jalan cerita dia agak beratkan walapun berkisarkan cinta.

    ReplyDelete
  10. wah drama baru ya. Menarik cerita tarik aku ke syurga ni. Lagi bertambah menarik Zul Ariffin yang berlakon hehe

    ReplyDelete
  11. macam best je citer ni... nak kena tengok ni

    ReplyDelete
  12. Wahh tak pernah lagi tengok drama pasal gay rasanye. Boleh layan ni

    ReplyDelete
  13. Skrg drama byk yg amik dari novel, kak jrg tgk drama melayu, baca SINOPSIS dia mcm best jer

    ReplyDelete