Misteri Akil Balik (TV3) | Review Telefilem

Misteri Akil Balik (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Misteri Akil Balik
Produksi : Pencil Pictures & Records
Pengarah : Amie Maziah
Penulis Skrip : Norsyiella Anuar
Siaran : TV3
Tayangan : 21 September 2019
Pelakon : Izzue Islam, Azar Azmi, Faiz Tapaw, Akmal Ahmad, Wanna Ali, Aprena Manrose, Emma Latah, Mama Syida

Misteri Akil Balik (TV3) | Review Telefilem

Misteri Akil Balik mengisahkan Akil (Izzue Islam) yang tiba-tiba muncul di kampung halamannya. Akil membuka gerai menjual sate dan mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.

Oleh kerana perangai Akil yang pelik, misteri dan suka menghilangkan diri secara tiba-tiba menyebabkan orang kampung mengata Akil membela saka. Oden (Faiz Tapaw) dan Ucop (Akmal Ahmad) cuba menyiasat dan merungkai misteri yang berlaku di kampung tersebut.

Misteri Akil Balik (TV3) | Review Telefilem

Hani (Azar Azmi), Hanim (Wanna Ali) dan Hanum (Aprena Manrose) berkawan baik sejak sekolah lagi. Mereka bertiga jatuh hati dan saling bersaing untuk mendapatkan perhatian Akil.

Oleh kerana sikap Akil yang pelik, Hanim dan Hanum berasa takut dan percaya Akil adalah jelmaan hantu. Namun begitu, Hani masih lagi tidak berputus asa dan cuba mendekati Akil.

Misteri Akil Balik (TV3) | Review Telefilem

telemovie Misteri Akil Balik kelakar sebab perangai Akil yang pelik dan random, part dia tiba-tiba menyanyi lagu gelang si paku gelang dengan muka serius memang lawak tapi plot dia simple sangat dan tak dikembangkan dengan baik.

dari awal sampai habis isu dia Akil tu hantu atau manusia pastu si Akil buat perangai pelik sekejap ada sekejap hilang mostly repeat benda tu jelah, agak bosan bila ceritanya tak diolah dengan baik, nasiblah Izzue Islam dan Azar Azmi ni kelakar, terhiburlah juga dengan lakonan mereka.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments