Review Drama | Hantu Raya Pergi Perang (Sooka Originals)


Drama : Hantu Raya Pergi Perang
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah :  Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin
Penulis Skrip : Panel KL Motion Pictures
Siaran : Sooka
Tayangan : 24 Jun 2022
Episod : 8
Durasi : 45 minit
Genre : Komedi, Seram
Pelakon : Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Azhar Sulaiman, Rashidi Rashid, Adibah Noor, Syanie, Iman Corrine, Nadine Faisal, Ustaz Nazeri Md Isa, Syed Nahar, Henzi Andalas, Sobri Anuar, Kamarul Eqif

Hantu Raya Pergi Perang merupakan siri original kedua Sooka selepas drama Sepi Tanpa Cinta dan drama arahan bersama pengarah Wan Hasliza dan Wan Alak yang sebelum ini pernah mengarahkan drama komedi popular Kampung People dan Keluarga Iskandar.

Untuk menonton drama ini, korang boleh subscribe di website atau aplikasi Sooka dengan harga RM 15.90 sebulan untuk full access semua episod drama Hantu Raya Pergi Perang.

Review Drama | Hantu Raya Pergi Perang (Sooka Original)

Hantu Raya Pergi Perang mengisahkan Manisah (Sharifah Sakinah) seorang penguam yang terhandal di Tetuang Ong & Rahimon telah terpilih oleh Datuk Null (Adibah Noor) untuk mendapatkan tanah di Kampung Geliga supaya projek pembangunan Null Corporation dapat dijalankan di situ.

Boss Laywer Ong (Azhar Sulaiman) juga telah menjanjikan akan menjadikan Manisah sebagai partner-nya kelak sekiranya Manisah berjaya dalam misi tersebut.

Antara sebab Manisah dipilih kerana berasal dari Kampung Geliga dan anak ketua kampung di situ walaupun Manisah macam lupa daratan sikit tak mengaku orang kampung tapi tak dapat nak deny bila Datuk Null dah siasat latar belakang dia.

Review Drama | Hantu Raya Pergi Perang (Sooka Original)

Penduduk di Kampung Geliga ni setting di lebih kurang macam drama Kampung People tapi Kampung Geliga ada kisah mistik yang tersendiri. Orang kampung percaya Ustaz Dahlan (Ustaz Nazeri) telah memagar kampung tersebut dari serangan hantu raya tapi mereka tak tahu yang Ustaz Dahlan ada kaitan dengan Pawangis.

Di kampung tersebut, ramai yang menghormati Pak Osman Buaya (Rashidi Ishak) kerana mengajar silat walaupun dia sembang merapu kononnya boleh kalahkan buaya dengan tali rapia tetap juga orang kampung percaya kecuali anaknya, Kadir (Hun Haqeem).

Hal ini juga menyebabkan Pak Osman selalu bertelingkah dengan anaknya. Kadir yang mengusahakan madu lebah terpaksa memendam rasa dengan sikap ayahnya itu. Kadir menyukai Manisah yang tua enam tahun daripadanya dan pernah meluahkan perasaan semasa gadis itu mahu ke sekolah asrama malangnya dirinya ditolak.


Manisah kembali ke Kampung Geliga untuk menyakinkan penduduk kampung menjual tanah mereka kepada Null Corporation malah syarikat terbabit juga menjanjikan untuk menggantikan dengan sehektar tanah. 

Boss Lawyer juga turut menyakinkan penduduk kononnya kampung mereka diancam bencana bahaya yang bila-bila sahaja boleh meletus jadi ramai penduduk kampung yang panik dan membuat keputusan untuk menyerahkan tanah mereka termasuk Pak Osman.

Selepas penyerahan tanah, penduduk Kampung Geliga menyedari yang mereka telah ditipu dan tanah yang dijanjikan tersebut merupakan tanah lombong yang mempunyai potensi menjadi kawasan banjir. Pak Osman mengisytiharkan untuk berperang dengan Null Corporation. Manisah pula berubah fikiran dan menyebelahi penduduk Kampung Geliga selepas menyedari kelicikan Dato Null.

Review Drama | Hantu Raya Pergi Perang (Sooka Original)

Dalam masa sama, Kampung Geliga digemparkan juga dengan kemunculan semula Pawangis (Iman Corrine) seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam. Apa kaitan Pawangis dengan sejarah Kampung Geliga?

Walaupun ramai yang takut dengan kemunculan Pawangis tapi Kadir pergi bertemu dengan Pawangis untuk mendapatkan hantu raya bagi membantunya pergi berperang demi cintanya pada Manisah. Adakah Kadir dan penduduk Kampung Geliga berjaya mendapatkan semula hak mereka?


tertengok Tayangan Perdana Hantu Raya Pergi Perang di youtube, tak sangka kelakar pula terus tengok episod 1 di Sooka. vibe drama ni macam Kampung People tapi ada misteri dan kisah mistik yang diselitkan menjadi drama ni lebih menarik untuk ditonton.

kalau drama dari KL Motion sure lah semua best lagi-lagi drama komedi memang terhibur dengan gaya dan dialog dari kesemua pelakon plus camera work dan cinematography dalam drama ni sangat cantik. kalau di Sooka drama ni baru keluar sampai episod 3, so siapa nak menonton Hantu Raya Pergi Perang boleh subscribe di platform penstriman Sooka.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. nampak ada pelakon Kampung People mesti pengarah dah selesa bekerja dengan pelakon2 tu. Macam menarik juga drama ni

    ReplyDelete
  2. Memang peminat drama adik beradik wan hasliza ni. Ingat dah hbis nanti, nak subscribe layan semua terus. Jimat sikit hehe

    ReplyDelete