Review Drama Korea | Alchemy of Souls (2022)

Review Drama Korea | Alchemy of Souls (2022)

Title : Alchemy of Souls
Director : Park Joon Hwa
Screenwriter : Hong Sister
Network : TVN/ Netflix
Aired : 18 June - 21 August 2022
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Action, Historical, Romance, Fantasy
Cast : Lee Jae Wook, Jung So Min, Hwang Min Hyun, Shin Seung Ho, Yoo Joon Sang, Oh Na Ra, Yoon In Sun, Arin, Go Yoon Jung

Alchemy of Souls sebuah drama fantasi romantik yang ditulis oleh Hong Sisters (Hong Jung Eun dan Hong Mi Ran) yang sebelum ini pernah menulis skrip untuk drama popular seperti Hotel Del Luna, The Master's Sun, My Girlfriend is a Gumiho dan banyak lagi.

Review Drama Korea | Alchemy of Souls (2022)

Alkisahnya Alchemy of Souls berlaku di sebuah kerajaan fiksyen yang diberi nama Daeho dan mempunyai ramai ahli sihir terhebat yang diketuai Jang Kang (Lee Sang Wook). Jang Kang mencipta satu ilmu baru, Alchemy of Souls atau pemindah roh. tapi ilmu ini mempunyai risiko yang tinggi untuk gagal jika roh tersebut tidak menemui jasad yang serasi dan bertukar menjadi batu.

Suatu hari, Raja Daeho yang lemah telah menitahkan Jang Kang untuk memindahkan roh baginda ke dalam jasad Jang Kang dalam tempoh seminggu. Jang Kang tiada pilihan bila raja dah keluarkan arahan tapi raja ni dah buat onar pergi tidur dengan isterinya siap sampai pesan jika isteri Jang Kang mengandung anak tersebut adalah pewarisnya.

tak lama selepas itu, raja tersebut mangkat dan kemudiannya isteri Jang Kang meninggal dunia selepas melahirkan anak. Namun Jang Kang tak boleh terima anak tersebut lalu menyekat tenaga anaknya dari mempelajari sebarang jampi mantera.

Review Drama Korea | Alchemy of Souls (2022)

Selepas 20 tahun, Jang Uk (Lee Jae Wook) menderita dengan tindakan bapanya apabila tiada seorang tok guru hebat di Daeho yang mahu mengajarnya kerana menghormati Jang Kang. di samping, tersebar juga gosip mengenai kelahiran Jang Uk di Daeho.

Jang Uk tidak mahu membuang masa pergi bila semua orang di Daeho takut dengan ayahnya lalu dia bersumpah untuk mencari sendiri guru yang boleh mengajarnya dan buka sumber tenaga yang dikunci oleh ayahnya.

Jang Uk kemudiannya bertemu dengan Mu Deok (Jung So Min), dari awal lagi dia tahu yang roh Mu Deok adalah Noksu si pembunuh bayang dan mahu gadis itu menjadi gurunya.

Review Drama Korea | Alchemy of Souls (2022)

Di Daeho terdapat empat keluarga bangsawan yang berpengaruh yang menjadi orang kuat dalam Songrim. Pewaris keluarga ini iaitu Seo Yul (Hwang Min Hyun) dan Park Dang Gu (Yoo In Soo) merupakan kawan baik Jang Uk manakala Jin Cho Yeon pula merupakan bekas tunang Jang Uk.

Park Jin (Yoo Joon Sang) yang mengetuai Songrim selepas Jang Kang menjaga Jang Uk seperti anaknya sendiri tapi dalam masa yang sama terpaksa tegas apabila Jang Uk selalu mempersoalkan tindakan bapanya.

Review Drama Korea | Alchemy of Souls (2022)

Noksu (Go Yoon Jung) yang dikenali sebagai pembunuh bayang telah mendapat arahan untuk menghapuskan Park Jin namun misinya gagal dan cedera parah. Semasa melarikan diri, Noksu telah menggunakan ilmu Alchemy of Souls dan roh Noksu telah berpindah masuk ke jasad Mu Deok tapi tubuh Mu Deok terlalu lemah sehingga Noksu tidak dapat menggunakan kuasanya

Noksu terpaksa bertahan di dalam tubuh Mu Deok dan kemudiannya menjadi hamba kepada Jang Uk. Walaupun tiada kesan Alchemy of Soul pada tubuh Mu Deok tapi Jang Uk dapat melihat kesan tersebut pada mata Mu Deok. sebab tu dari awal lagi dia dah tahu yang Mu Deok adalah Noksu.


Noksu kemudiannya menyedari yang orang mengupahnya telah mengkhianati dirinya, tubuhnya pula telah dihapuskan. Walaupun Jang Uk berjaya mendapatkan pedangnya kembali tapi tubuh Mu Deok terlalu lemah untuk Noksu menggunakan pedang dan kuasanya.

Noksu agak licik juga sebab dia berjaya buat orang di Songrim unlock sumber tenaga Jang Uk dan kemudianya menjadi guru kepada Jang Uk. Mereka berdua ada kepentingan masing-masing bila Jang Uk perlukan guru manakala Noksu perlukan Jang Uk untuk medapatkan kuasanya kembali. dalam tempoh tersebut, Noksu perlu melatih Jang Uk untuk menjadi yang terhebat.


actually aku tengok drama ni sebab Lee Jae Wook tapi watak dia sebagai Jang Uk. watak Noksu/Mu Deok pula bagi aku agak kelakar sebab dia tak teragak nak bunuh orang tapi sebab tubuh Mu Deok terlalu lemah, dia tak dapat nak buat apa. chemistry Lee Jae Wook dan Jung So Min agak bagus juga.

konsep dan jalan cerita Alchemy of Souls sangat menarik tapi konflik dalam drama ni agak complicated plus aku agak struggle sebab banyak sangat watak maybe belum familiar lagi dengan setting drama ni. Walaupun baru dua episod tapi banyak persoalan menarik ditimbulkan seperti apa kaitan antara Noksu dan Seo Yul, ke mana Jang Kang menghilang ataupun dia dah meninggal dunia. Selain itu, apa motif Jin Mu untuk menjatuhkan Songrim. tak sabar nak tunggu next episod.

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments