Sepi Tanpa Cinta (Sooka) | Sinopsis Drama

Sepi Tanpa Cinta (Sooka) | Sinopsis Drama

Drama : Sepi Tanpa Cinta
Produksi : Opera Klasik Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Siaran : Sooka
Mula Tayangan : 8 April 2022
Masa : Jumaat
Episod : 20
Pelakon : Nadzim Othman, Yuna Rahim, Jihaa Sham, Zulhelmy, Asyiqin Zaed, Sheila Mambo, Fauziah Nawi, Fikri Bazli, Rosnah Mat Aris, Adam Shadan, Maria Farida

Sinopsis Drama Sepi Tanpa Cinta 

sebuah drama adaptasi novel karya Damya Hanna mengisahkan Haziqah (Yuna Rahim) yang menghitung hari untuk disatukan dengan Yusri (Zulhelmy) namun timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya menyebabkan impiannya musnah.

Haziqah nekad untuk meneruskan majlis perkahwinannya lalu memilih Fakhrul (Nazim Othman) sebagai suaminya. Walaupun Haziqah tidak mecintai Fakhrul, dia tidak kisah asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya semua tidak seperti yang diharapkan apabila, Haziqah dikeji dan digantung tidak bertali.

Bagi Fakhrul, dia benci apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isterinya. namun pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina?

Saksikan drama Sepi Tanpa Cinta lakonan Yuna Rahim dan Nazim Othman yang mula ditayangkan pada 8 April 2022, setiap jumaat di platform penstriman Sooka.

Post a Comment

0 Comments