Cinta Hilang Kata (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Cinta Hilang Kata (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Drama : Cinta Hilang Kata
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Kyoll Hamzah
Penulis Skrip : PGRs Team, Ab Zartih, Chinta Nadessha, Azuwan Ahmad
Siaran : Astro Prima 105
Mula Tayangan : 18 Julai 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 40
Lagu Tema/OST : Bahagiakan Dia (Shila Amzah & Liza Hanim)
Pelakon : Sophia AlBarakbah, Shahz Jaszle, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Anne Abdullah, Lizza Abdullah, Ainina Ahmad, Abd Manan Sulaiman, Amelia Christie, Ayunie Rizal, Amanda Misbun, Talha Harith, Aqil Taqee, Faa Zaini, Nadia Kesuma, Syazwan Zulkifly, Zalfa Zin, Azhar Sulaiman

Saksikan Drama Cinta Hilang Kata yang diadaptasi dari novel Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir bagi menggantikan drama Dendam Seorang Isteri mulai 18 Julai 2022, setiap hari isnin hingga jumaat pukul 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima.


Cinta Hilang Kata sebuah drama yang penuh dengan emosi dan konflik yang diarahkan oleh sutradara Kyoll Hamzah dan menampilkan gabungan pelakon baru dan berpengalaman seperti Shah Jaszle, Sophia Albarakbah, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Nama pelakon Sophia Albarakbah semakin meningkat naik pada tahun ini apabila beberapa drama lakonannya ditayangkan pada tahun ini seperti Suamiku Lelaki Pendosa, Air Mata Allisya dan terbaru dengan Cinta Hilang Kata.


Cinta Hilang Kata (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata

Drama Cinta Hilang Kata mengisahkan percintaan Nurul Masmin (Sophia Albarakbah) dan Rain Akhtar (Shah Jaszle) di universiti terhalang apabila ibu Nurul Masmin memaksanya berkahwin dengan Amirul (Iqram Dinzly), anak kepada Jah Gayah (Liza Abdullah)

Namun perkahwinan Nurul dengan Amirul tidak bahagia dan Nurul tekad mahu bercerai selepas mengetahui yang Jah Gayah mempunyai niat buruk mahu membolot harta kekayaan keluarganya.

Kehidupan Nurul Masmin nampak bahagia apabila dia berjaya mencapai kejayaan sebagai seorang penulis namun sebalik semua itu, hidupnya penuh cabaran dan halangan apabila gagal dalam perkahwinan dan ada juga cemburu sehingga sanggup melakukan perbuatan syirik terhadap dirinya.

Rain pula masih lagi tidak putus asa mengejar cinta Nurul Masmin walaupun Nurul masih lagi trauma dengan dengan peristiwa lalu. Adakah Nurul Masmin berjaya mencari cinta sejatinya dan bahagia dengan kehidupannya? Saksikan kesemuanya dalam drama Cinta Hilang Kata.

Post a Comment

0 Comments