Nenda (TV3) | Sinopsis Drama


Drama : Nenda
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Harris Fadzillah
Siaran : TV3, Disney+Hotstar
Mula Tayangan : 12 Julai 2022
Masa: Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 20
Pelakon : Fauziah Nawi, Nabil Aqil, Camelia Natasya, Didie Alias, Shaharuddin Thamby, Rosli Rahman Adam, Mandy Chong, Kuna Muzani, Ani Maiyuni, Erry Putra, Izuan Razali, Naim Shamshol


Drama terbitan Saphire Screen ini menjalani penggambaran selama dua bulan di sekitar lokasi Sekinchan dan Sungai Besar, Selangor dan diarahkan oleh sutradara Harris Fadzillah dan skrip ditulis oleh PGRs Team.

Drama Nenda menampilkan barisan pelakon senior seperti Fauziah Nawi sebagai Hajah Aminah, Didie Alias sebagai Hajah Maisara atau Tok Ma, Kuna Muzani sebagai Hajah Intan atau Mek Wan, Mandy Chong sebagai Ah Cheng atau Popo dan Rosli Rahman Adam sebagai Haji Hadari serta barisan pelakon baru seperti Camelia Natasya, Nabil Aqil, Izuan Razali dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Nenda (TV3)

Sinopsis Drama Nenda 

Hajah Aminah, Hajah Maisarah, Hajah Intan dan Ah Cheng yang pernah berkawan baik kini bertemu semula di kampung halaman mereka setelah bertahun terpisah.

Haji Hadari yang merupakan ketua kampung di situ datang mengadu kepada Hajah Aminah tentang orang kampung yang sudah tidak menghormati dirinya kerana termakan hasutan Andak serta masalah perebutan jawatan di masjid. Hajah Aminah tidak boleh berdiam diri lalu mengumpulkan rakan-rakannya untuk menyelesaikan setiap masalah yang berlaku di kampung mereka.

Drama Nenda sebuah kisah masyarakat kampung, setiap episod akan disajikan dengan masalah yang berbeza dan dihiburkan dengan pelbagai ragam dan gelagat dari barisan pelakonnya. Saksikan kesemuanya dalam Nenda di slot Sakura TV3.

Post a Comment

0 Comments