Selamanya Suri Cinta (TV9) | Sinopsis Drama

Selamanya Suri Cinta (TV9) | Sinopsis Drama

Drama : Selamanya Suri Cinta
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Ramlah Rashid, Azilah Wahab, Eita Cardoba, Haslizawati Hassan
Siaran : TV9
Mula Tayangan : 15 Jun 2022
Masa : Khamis-Jumaat | 9.30 Malam
Episod : 20
Pelakon : Siti Nordiana, Sham Visa, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Raja Azmi, Adriana Alyssa, Ziqri Mikhail, Aryan Adzrin

Selepas drama Satukan Rasa bersama Khai Bahar, Siti Nordiana ambil masa selama 4 tahun untuk comeback dengan drama terbaru bertajuk Selamanya Suri Cinta yang bersiaran setiap khamis dan jumaat jam 9.30 malam mulai 15 Julai 2022 di TV9.

Selamanya Suri Cinta (TV9) | Sinopsis Drama

Selamanya Suri Cinta bukan drama adaptasi novel dan kali ini Siti Nordiana bergandingan dengan Sham Visa sebagai suami isteri. satu lagi kisah mengenai suami isteri dan orang ketiga, tema yang masih lagi popular di kaca tv Malaysia.

watak Nana sebagai Wanda Nurhayati nampak sangat berat dari segi emosi apabila memegang peranan sebagai seorang ibu dan wanita kerjaya. konfliknya apabila emak mertuanya suruh Wanda berhenti kerja dan jaga anak lepas tu dapat tahu suami pula ada skandal. siapakah skandal suaminya itu? 

Selamanya Suri Cinta (TV9) | Sinopsis Drama

Antara pelakon yang membintangi drama Selamanya Suri Cinta adalah Sham Visa sebagai Fairuz, Farahdhiya sebagai Maisarah, Fahrin Ahmad sebagai Amirul dan Raja Azmi sebagai Hajah Noriah.

watak Fahrin kali ini lain dari watak yang biasa dibawa olehnya sebab sis ternampak satu scene di instagram dia pukul orang. siapa pula yang kena pukul tu? sama-sama kita nantikan.

Selamanya Suri Cinta (TV9) | Sinopsis Drama

Sinopsis Selamanya Suri Cinta

Mengisahkan Wanda dan Fairuz yang suka bersaing sejak zaman persekolahan sehinggalah ke alam perkahwinan, mereka tidak mahu kalah dan sentiasa ingin menjadi ibu & bapa terbaik. 

Sehinggalah, anak bongsu mereka iaitu Shazni menghidap Hemofilia dan Wanda terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan tertinggi di syarikat dan melepaskan impiannya dan kini dia menjadi suri rumah. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Post a Comment

0 Comments