Review: Lovely Runner (2024)

Review: Lovely Runner (2024)

Title : Lovely Runner
Director : Yoon Jong Ho, Kim Tae Yub
Screenwriter : Lee Shi Eun
Network : TVN/ Netflix
Release Date : 8 April 2024
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Romance, Comedy, Youth, Fantasy
Cast : Byeon Woo Seok, Kim Hye Yoon, Song Geon Hee, Lee Seung Hyub, Jung Young Joo, Sung Byung Sook, Song Ji Ho, Seo Hye Won, Kim Won Hae

Review: Lovely Runner (2024)

Lovely Runner mengisahkan Im Sol (Kim Hye Yoon) seorang gadis lumpuh yang sangat meminati Ryu Sun Jae (Byeon Wook Seok), vocalist kumpulan Eclipse yang sangat popular. 

Suatu hari, Ryu Sun Jae dilapor telah meninggal dunia kerana membunuh diri menyebabkan Im Sol sangat sedih sehingga tiba-tiba satu keajaiban telah berlaku apabila dia dapat mengembara ke masa lalu untuk menyelamatkan Sunjae.

15 tahun yang lepas, Im Sol tak perasan pun kewujudan Sun Jae sebab waktu ni dia minat giler dengan Kim Tae Sung (Song Geon Hee) pastu bila travel balik baru dia sedar yang mereka ni sekolah sebelah-sebelah pastu berjiran lagi.

Review: Lovely Runner (2024)

Im Sol menggunakan kesempatan yang ada untuk menyelamat Sun Jae dari mati pada masa hadapan tapi masalahnya dia boleh cakap hal sebenar sebab setiap kali dia beritahu hal yang berlaku pada masa depan mesti masa akan berhenti. Adakah Im Sol dapat mengubah masa hadapan dan menyelamatkan Ryu Sun Jae daripada tragedi yang berlaku?

plot drama ni mengingatkan aku dengan chinese drama bertajuk Shining For One Thing kisah heroin travel back ke masa lalu untuk menyelamatkan orang tersayang. cuma yang versi chinese tu agak sadis sebab heroin tu tak pernah perasan kewujudan lelaki tu sampailah dia dapat pergi ke masa lalu baru dia sedar yang lelaki tu selalu protect dia setiap kali dia dalam bahaya.

at least Lovely Runner ni, Im Sol jadi hard fan Sun Jae walaupun dia tak pernah sedar kewujudan lelaki ni pada masa lalu.

Review: Lovely Runner (2024)

dua episod pertama agak menarik tapi lepas tu agak susah aku nak hadap drama ni sebab plot tak dikembang dengan baik dan masalah utama bila watak heroin tak dibangunkan dengan baik so aku jadi agak annoying dengan watak Im Sol.

keseluruhan cerita hanya fokus pada Im Sol so dia yang mengerakkan jalan cerita tapi agak geram bila dia tak ada misi dan rancangan yang jelas dalam usahanya nak menyelamatkan Sun Jae. iye faham kau tak boleh beritahu kebenaran yang berlaku tapi at least bagilah warning pada Sun Jae ini tak, banyak peluang tapi tersia sahaja pastu asyik menangis konon nak protect Sun Jae last-last Sun Jae juga yang kena jadi penyelamat kau. hurmm LEMAH!

bagi aku watak Im Sol sangatlah selfish sebab dalam kepala dia cuba fikir pasal Sun Jae, langsung tak pernah terfikir apa impak yang akan berlaku pada orang sekeliling bila dia cuba mengubah masa lalu. 

Review: Lovely Runner (2024)

banyak plot hole dalam drama ni pastu watak lain juga tak dikembangkan dengan baik. contoh nenek Im Sol yang ada dementia dan setiap kali Im Sol ubah masa depan, memori sebelum ini akan terpadam tapi cuma nenek dia macam tahu dan ingat apa yang berlaku sebelum ni. so aku macam curious juga kenapa nenek je macam takde effect.

pastu satu lagi watak pembunuh bersiri, serius aku tak faham apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa dia begitu gigih nak buru Im Sol padahal Im Sol tak pernah ingat pun apa yang jadi. seriusly watak ni macam penting juga tapi jadi tak penting sebab at the end watak ni cuma macam penghalang hubungan Im Sol dan Sun Jae.

Review: Lovely Runner (2024)

bagi aku, plot drama ni best dan ada potensi yang besar kalau penulis buat jadi genre misteri dan thriller. tapi itulah bila buat jadi rom-com, ada la beberapa scene yang menghiburkan tapi ntah kenapa aku rasa cringe giler dengan watak Sun Jae. overall, drama ni agak overrated sebab banyak lagi drama dengan tema yang sama ada jalan cerita yang lebih bagus. 

Baca juga:

Post a Comment

3 Comments