20th Century Girl (2022) | Review Movie

Review Movie | 20th Century Girl (2022)

Title : 20th Century Girl
Director : Bang Woo Ri
Screenwriter : Bang Woo Ri
Network : Netflix
Release Date : 21 Oktober 2022
Duration : 1 hour 59 minutes
Genre : Romance, Youth, Melodrama
Cast : Kim Yoo Jung, Byeon Woo Seok, Park Jung Woo, Roh Yeon Seo, Kim Sung Kyung, Jung Suk Yong, Han Hyoo Joo, Gong Myung, Ong Seong Wu

Review Movie | 20th Century Girl (2022)

Berlatarkan tahun 1999, 20th Century Girl mengisahkan Na Bo Ra (Kim Yoo Jung) seorang gadis berusia 17 tahun memulakan persekolahannya dengan satu misi iaitu untuk mencari maklumat pelajar lelaki bernama Baek Hyun Jin (Park Jung Woo) yang merupakan crush kepada kawan baiknya, Yeon Du (Roh Yeon Soo).

Na Bo Ra sanggup berkorban apa sahaja untuk Yeon Du termasuk juga stalk pelajar lelaki yang diminati Yeon Du. asalkan kawan baiknya itu dapat menjalani pembedahan jantung dengan selamat di Amerika.

Review Movie | 20th Century Girl (2022)

keadaan menjadi kacau-bilau buat Bora apabila tiba-tiba Baek Hyun Jin confess pada dia tapi dia memang tak boleh suka pada Hyun Jin sebab dari awal lagi dah tahu Yeon Du crush pada mamat tu.

dalam masa yang sama Na Bo Ra jatuh hati pada kawan baik Baek Hyun Jin iaitu Pung Woon Ho (Byeon Woo Seok). hubungan mereka makin rapat apabila join kelab yang sama di sekolah dan Woon Ho kerja part time dekat dengan kedai bapanya.

apabila Na Bo Ra dan Pung Woon Ho buat keputusan untuk dating, waktu tu juga Yeon Du pulang dari Amerika dan kemudiannya Bo Ra sedar dia dah buat satu kesilapan. adakah kisah mereka akan berakhir dengan kegembiraan?

Review Movie | 20th Century Girl (2022)

20th Century Girl sebuah filem yang ringan, best tengok zaman sekolah tahun 90-an. main cast dia comel dan chemistry pun best. overall, just nice movie la tapi aku tak suka ending dia sebab tak explain apa sebenarnya jadi pada Woon Ho, tak tahu kenapa citer korea pasal first love selalu berakhir sebegini rupa.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments